Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live

Sitiawan - KLIA - Kota Kinabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency

$
0
0

Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Pengalaman Pertama Menaiki Kapal Terbang | Masih ingat entri Persediaan Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency sebelum ini? Cik en ambil masa juga untuk menaip untuk entri berkaitan travel ke Sabah ini. Sebabnya banyak gambar yang perlu cik en selected dan watermark kannya, So akan ada siri siri selepas ini akan terlewat sedikit. Ok, tanpa nak habiskan masa korang baca benda yang tak ada point ini, jom kita teruskan pengalaman cik en yang pertama kali di KLIA dan menaiki flight

Jam 12.30 tengah malam 20 September 2016, cik en dah keluar rumah dan bas cik en akan sampai pukul 1 pagi, jadi ada masa untuk lepak sekejap di kedai mamak bersebelahan dengan Star Shuttle di Sitiawan ini. Bas sampai jam 1.00 pagi dan cik en pun memulakan perjalanan yang panjang. Kalau diikutkan perjalanan bas ini dari Lumut-Sitiawan-Teluk Intan-KLIA-KLIA2. So sepanjang perjalanan, cik en tidur tak sedar diri. Sampailah di satu terminal lebih kurang pukul 5 pagi, Cik en tak pasti terminal apa. Sebabnya tak pernah sampai ke terminal tersebut. So cik en agak Terminal TBS kot. Hahhaha, sedangkan tahu yang bas ini direct ke KLIA. Cik en releks la.. sampai la rasa mcam dengar KLIA. cepat cepat cik en tanya orang sebelah dan guees what?? Yes, Inilah KLIA. Fuh.. cepat cepat la cik en dan adik turun kalau tak ke KLIA2 la kami. Tak malu la cik en cakap, cik en tak pernah sampai ke KLIA lagi lagi tempat basnya. Nasib baik dan cik en nak story, bermula dari saat cik en turun dari bas, semuanya asing dan cik en tak pernah lalui. Kalau KLIA sendiri pun, cik en tak tahu, apatah lagi nak kek bahagian berlepas. Kami adik beradik berpusing mencari bahagian berlepas. Ada peta di KLIA tapi mungkin baru bangun tidur buat cik en blur sedikit. 

Tapi kami sampai juga bahagian berlepas dann.. satu lagi, macam mana cik en nak check in dan nk letak beg besar kami ini?? Dah sudah.. dok perati je orang sekeliling. Dah buntu sangat, terus ke kaunter Malindo dan dia bagi guide untuk terus check in barang. Alhamdulillah.. semuanya selesai. Dan kami terus cari makan sebab lapar dan kami makan la di Old Town KLIA. Kos makan RM26.00


Selepas makan, kami ke anjung tinjau semata mata nak tengok kawasan parking untuk kapal terbang. Hahahha. Nampak jakun kan? tapi cik en still control ayu dan confident yang tinggi. Gaya kena ada okey! Hahahha.


Dalam pukul 8 pagi, KLIA dah mula hujan. Dok fikir juga, kalau hujan, flight delay ke? Yela kan.. cuaca tak ok. Rupanya tak ada yang delay. Dalam 20 minit, hujan pun berhenti.

Jam 8.30 pagi cik en dah check in dan stanby di kawasan kaunter Malindo. Dan tunggu sampai pukul 9.00 pagi tiba tiba flight delay 30 minit. Pukul 9.30 pagi kami dah duduk dalam flight. Wa! teruja sungguh. Start tengok movie yang ada. Sebenarnya cik en nak alih perhatian sebabnya nerveous naik flight. Cik en takut dengan ketinggian. Dan cik en cabar diri duduk di tepi tingkap. Kena lawan ketakutan itu. Masa flight start untuk fly, rasa laju macam naik ferrari tu (walaupun lebih laju) dan perlahan lahan naik ke udara. Mata yang tengah tengok movie curi curi juga pandang luar. Hampir 30 minit nak bagi kuat semangat dan akhirnya berjaya. Langgar awan pun bergoyang jadi kepala ini dah berfikir macam macam. Hahha. Bila di ingat kelakar gila. 









Perjalanan ambil masa 2 jam 30 minit. Sempat la layan kartun dan cik en terasa sesak nafas juga bila di atas awan. Tak pasti kenapa mungkin tekanan udara buat cik en rasa tak selesa. Mungkin ada yang baca entri ini akan beri penjelasan kenapa cik en terasa sesak nafas bila di atas awan. 





Kami sampai di Kota Kinabalu dalam jam 12.30 tengah hari. Turun saja terus cik en ke bahagian pendaftaran untuk pelancong semenanjung, Sampai di kaunter berikan kad pengenalan dan tiket flight. Dan pihak imegrasen akan beri satu pas yang boleh bertahan selema 30 hari. Kecik saja dan simpan baik baik sebab nanti nak balik semenanjung kena pulangkan balik. 

Selesai ambil bagasi cik en bergegas berjumpa dengan Kak Azizi yang merupakan rakan kongsi Faizul untuk ambil kereta. Kak Azizi memang ramah sangat dan banyak benda di sembang terutama kawasan makan dan kawasan kawasan best di KK. Disamping itu, dia bagi guide line harga barangan kering di KK. Dalam 30 minit juga berborak di tepi jalan dan kak Azizi berpesan, jika ada masalah, hubungi dia. Sebelum bergerak, cik en check dulu kereta, pastikan tiada kemik, tekanan tayar yang cukup dan sebagainya. So bermulalah aktiviti aktiviti kami di KK untuk hari pertama.. Tapiii.. bukan di entri ini.. Kena tunggu next entri yeh!

Perbelanjaan Hari Pertama di KLIA

Sarapan Pagi Di Old Town : RM 26.00

Jumlah : RM26.00

Cuci Mata di Sekitar Kota KInabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency Hari Pertama

$
0
0

Cuci Mata di Sekitar Kota KInabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency Hari Pertama | Kota Kinabalu adalah sebuah bandar yang tidak lah sesibuk di Kuala Lumpur. Semua pemandu kenderaan di sana sangat berhemah. Kalau nak masuk keluar simpang pun, mereka sangat prihatin dan bertolak ansur. Mereka akan memberi ruang untuk kita keluar dari simpang dahulu. Tak la di satu negeri ini, lagi kita nak keluar simpang, lagi mereka merapatkan kereta dengan kereta depan. So menunggu la kita nak keluar simpang. Memang cik en puji pemandu di Kota Kinabalu ini. 

Keluar sahaja dari Airport, cik en perlu mencari stesen minyak. Isi minyak kali ini kena penuh la sebabnya cik en sendiri tak boleh agak lagi perjalanan cik en . Kali pertama cik en isi RM36.00. Selesai semuanya, kami ke Promenade Service Apartment di Api Api Centre mengguna Waze. Perjalanan dalam 15 minit dari airport dengan bawa 80km sejam saja. (sopan cik en drive kan?) Sampai saja, cik en check in apartment dan berehat dalam sejam dua sebelum cuci mata sekitar Kota Kinabalu. 


So mengikut perancangan asal
  1. Sampai KK
  2. Check In Hotel 
  3. Muzium Sabah
  4. Window Shopping
  5. Tempat Bersejarah
  6. Zoo
  7. Pulau Sapi (Jessleton Point)
  8. Ladang Buaya (Putatan)
Mana yang cik en potong itu kira tak sempat cik en nak pergi sebabnya pukul 6 pun dah mula gelap sebabnya cik en keluar jam 4 petang.

So destinasi pertama adalah city mosque, so sempatlah adik cik en rakam permandangan sebelum sampai masjid tersebut




1. City Mosque


City Mosque Sabah atau ada yang panggil Masjid Terapung sabah ini terletak de tepi jalan besar dan Pantai Tanjung Lipat Likas. Dari pekan KK, korang kena menuju ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sebelum sampai, korang akan jumpa round-bout dan masjid itu betul betul sebelah kanan korang kalau dari pekan KK. Cantik masjid ini cuma tak berkesempatan masuk kerana kejar masa untuk lihat matahari terbenan di Signal Hill.

2. Signal Hill Observatory Tower



Sebenarnya cik en ke Signal Hill ini untuk tengok permandangan laut dan matahari terbenam cuma kecewa sedikit sebabnya bangunan tinggi menghalang cik en menghayati permandangan. Bagi cik en sayang sangat sangat sebab kan pembangunan, port best tengok permandangan laut terhalang. Apa apa pun, kalau korang nak ke Signal Hill ini kena naik bukit sedikit. Kalau nak kesana boleh waze saja lebih senang. Dan juga Free Of Charge ye. Tiada bayaran..

3. Pasar Filipino


Pasar Filipino ini dibuka malam. Kawasan ni besar. Dan bersebelahan dengan Pusat Kraftangan Kota Kinabalu. Ada bahagian untuk gerai makanan, gerai jual kepak ayam bakar (banyak sangat yang jual), barangan basah (ayam, ikan daging) seperti gambar diatas, ada jual sayur sayuran, makanan ringan dan sebagainya. Tempat ini di persisiran laut dan terasa la angin laut malam. 


Masa utama adalah makan malam, so dalam mencari jumpa gerai yang jual seafood. So diatas itu, adalah menu menu yang ada. Cik en memilih satu ekor ikan sebesar tapak tangan cik en (RM20.00) dan sotong sebesar tapak tangan cik en juga (RM18.00). Ikan dibakar dan dicicah air asam manakala sotong masak pedas. Tambahan lain, kami masing masing order nasi putih dan air sirap limau, 


Ye. sampai dah makanan dan selfie sikit. Nampak macam kecil kan? tapi memang kenyang sangat sangat.


Inilah menu secara close up. Sotong di potong kecil so nampaklah sikit sedangkan jenuh nak habiskan tau! Total semua sekali untuk makan malam adalah RM 48.00

4. Pasar Kraftangan


Pasar Kraftangan bersebelahan je dengan Pasar Filipino. Kami cuci mata sahaja sebabnya akan shopping untuk hari terakhir kami di Sabah. Pasar ini ada jual barangan cenderahati untuk dibawa balik. Sebelahnya ada satu tempat jual ikan ikan masin dan kering. Gambar diatas gamabr hari terakhir so tu yang gambar siang ye. 

Selesai jalan jalan cuci mata, kami balik kek apartment dan perlu tidur awal untuk aktiviti seterusnya. 

So perbelanjaan kami untuk Hari Pertama (Kota Kinabalu dan KLIA)

Minyak kereta : RM36.00
Makan Malam di Pasar Filipino : RM 48.00
Sarapan Pagi Di Old Town (KLIA) : RM 26.00
Jumlah : RM 110.00

Tunggu untuk next entri perjalan kami dari Kota Kinabalu ke Kundasang pulak ye. Sesiapa yang terlepas boleh rujuk sidebar blog ( kalau menggunakan PC) dan scroll ke bawah lagi untuk cari widget Trip Ke sabah (Mobile View)

Rumah Terbalik Tamparulli | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency

$
0
0

Rumah Terbalik | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Toot Toot Toot, jam cik en berbunyi jam 6.30 pagi. Alamak dah terlewat sepatutnya 6.00 pagi dah mula bergerak. Tapi tak apa la.. masih awal, selak la tingkap dan... APA??? cerahnya!! macam pukul 9 pagi kot. Kelam kabut cik en mandi dan kejut adik cik en. Hahaha.. rupanya di Sabah memang cerah jam 6 pagi lagi. Kejutan sikit la bagi cik en yang pertama kali di Sabah.

Selesai mandi dan menunggu adik cik en mandi, cik en listkan perjalanan untuk hari kedua Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency.
  1. Rumah Terbalik Tamparulli / Updown House
  2. Kinabalu Park (Botanical Garden)
  3. Desa Cattle Dairy Farm
  4. J Residence
Jam 7 pagi, cik en dan adik mula bergerak ke Kundasang. Sepanjang perjalan ke Kundasang, kami akan menempuhi Tamparulli iaitu tempat terletaknya Rumah Terbalik yang pertama di Asia. 




Gambar diatas ini, gambar sebelum masuk ke dalam Rumah Terbalik Di Tamparulli ini. Bergambar dalam Rumah Terbalik adalah di LARANG sama sekali. Katanya ianya adalah milik persendirian, jadi mengikut syarat syarat persendirian. Akan ada seorang guide untuk menerangkan segala dalam rumah terbalik ini. Dan syarat pertama, perlu ketuk pintu sebelum masuk. Selepas pintu dibuka, syarat keduanya perlu berjalan atas karpert bewarna merah sahaja. Masuk masuk, semuanya terbalik. Dan guide terangkan rumah ini daripada sumber inspirasi rumah Orang Kadazan pada era 90 an. Jadi ada peti ais, mesin jahit, dapur, gas, TV, katil dan sebagainya. Lengkap sebuah rumah. Tak lama korang akan duduk dalam Rumah Terbalik ini sebab tak luas mana pun. 

Selesai berjalan dalam rumah terbalik, sampai lah pintu keluar... Jadi selepas itu, barulah kami dibenarkan untuk menangkap gambar. 






Nak tahu tak berapa harga masuk Rumah Terbalik atau The Upside Down House Of Borneo. Ini cik en dah sertakan senarai bayarannya.


3D Museum ini masih baru. Jadi ada tambahan kalau nak masuk 3D Musuem ini. Cik en cuma masuk Rumah Terbalik sebabnya 3D museum dah jemu masuk di Penang tempoh hari. Gambar bawah ini kenderaan yang akan menemani kami sepanjang di Sabah. Hari pertama tak sempat nak tangkap gambar. 


Oleh sebab banyak gambar cik en dalam entri ini, cik en akan sambung Kinabalu Park (Botanical Garden) untuk entri seterusnya. 

Perbelanjaan Untuk Di Rumah Terbalik ini

Tiket Dewasa : RM 10.60 seorang 
(Adik cik en RM5.30 sebab ada kad Jabatan Kebajikan Masyarakat) 

Shopping cenderahati : RM 69.00

Kinabalu Park (Botanical Garden) Kundasang | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency

$
0
0

Kinabalu Park (Botanical Garden) | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Selesai di Rumah Terbalik, cik en teruskan perjalanan ke Kundasang. Lebih kurang 1 jam, kami sampai di Pekan Nabalu, cik en berhenti untuk cuci mata dulu sambil survey harga untuk shopping sebelum balik ke KK. Selepas itu, cik en dan adik meneruskan perjalanan. Lebih kurang 1 jam perjalanan kami berhenti di Kinabalu Park untuk masuk Botanical Garden dan pemandangan Gunung Kinabalu. 

sumber google

Untuk masuk dengan membawa kenderaan, korang perlu bayar RM3.00 untuk seorang. Dan dalam ini ada satu garden yang dipanggil Botanical Garden. Untuk masuk Botanical Garden pula korang perlu bayar RM4.00 seorang















Puas di Botanical Garden kami terus ke tempat view Kota Kinabalu sebelum keluar daripada Kinabalu Park. Kebetulan masa datang baru lepas hujan, nampak la view kabus tu.



Puas tak scrool gambar? Mesti penat kan? Disebabkan banyak sangat gambar cik en nak forword ke entri seterusnya. Next entry mengenai Desa Cattle Dairy Farm. 


Perbelanjaan Untuk Di Rumah Terbalik ini

Jumah Tiket (Kinabalu Park + Botanical Garden)  : RM 7.00 seorang 

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency

$
0
0

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Perjalanan dari Kinabalu Park ke Desa Desa Cattle Dairy Farm Kundasang lebih kurang 45 minit saja. Tak jauh tapi korang kena sampai pekan kundasang. Korang akan jumpa roundout dan korang kena ke kanan. Perjalanan ini korang akan jumpa perkampungan seakan akan jalan di Cameron Highland. 





Dari pekan kundasang ke Desa Cattle Dairy Farm ini ambil masa dalam 15 minit. Jalan di kecik dan agak mencabar juga pada yang dah biasa memandu di jalan yang rata. Sampai sahaj, korang akan nampak signboard di bawah dan dinyatakan masa melawat, aktiviti dan bayaran masuk.


Jika ada yang kurang jelas, cik en listkan

Waktu melawat
8.00 pagi hingga 5.00 petang (setiap hari)

Aktiviti
Kandang anak lembu (pemberian susu dan makanan-sendiri) 
9.00 pagi hingga 4.00 petang (setiap hari)
Pemerahan susu 
2.30 petang hingga 4.30 petang (setiap hari)
Pusat Pemprosesan Susu 
10.00 pagi  hingga 3.00 petang (selasa, khamis dan ahad sahaja)

Bayaran
Dewasa : RM5.00 seorang
Kanak Kanak RM4.00 seorang
Fotografi Kahwin : RM106.00
Pergambaran Video/Filem : RM 2120.00

Masuk saja, ladang ini ada biosekuritinya sendiri. Ini perkara asas setiap ladang lagi lagi yang menerima kunjungan orang awam. So lalulah di wheel Deep (cuci hama). Tak terkecuali. moto atau bas pun. 


Masa kami datang, tak ramai orang mungkin waktu bekerja kan? So dibawah ini gambar pintu masuk ladang. Dikawasan ini ada beberapa bahagian. So ada bahagian yang cik en tak sempat nak jelajah sebabnya hujan lebat.







Selesai selfie di bahagian hadapan (permandangan), cik en dan adik mencuba aiskrim susu lembu. Ada 2 perasa. Yogurt dan Coklat. Yogurt lebih mahal dari coklat. Total aiskrim RM10.60


Tak sah juga kalau tak cuba susu segar Desa ini. Memang fresh dan yummy sangat. Terasa kesegarannya. 


Ada satu bahagian untuk anak lembu dan kambing. Kat sini korang boleh bagi susu pada anak lembu dan bagi makan rumput pada kambing. Tiket untuk 

Berikan susu pada anak lembu RM1.50 
Rumput pada kambing RM1.00





Jam menunjuk pukul 2.30 petang, adik cik en beria nak tengok pemerahan susu (hakikatnya bayang susu pun tak nampak). Disini teknologi pemerahan moden dan semuanya menggunakan mesin dan susu terus ke tempat pemprosesan. Ini untuk mengelakkan berlaku contaminate pada susu. 



Ini half saja sebabnya cik en tak rakam keseluruhan proses. 

Puas tengok pemerahan invisible , kami shopping untuk beli sourvenir. Cik en beli baju, keychain dan frigemagnet. Selesai kami nak beransur balik sebabnya berkejar nak ke Hot Spring Poring pula. Tapi hujan pula. Kena tunggu reda sekejap sebelum kami berlari ke kereata.


Dalam perjalanan keluar, sempatlah kami snap beberapa permandangan. Kalau tak hujan kemungkinan nak bergambar lagi. Tapi akur juga la..




Babai Desa Dairy Farm. Satu satu tempat impian cik en dalam 2 tahun sebelum ini. Insyallah akan datang lagi nanti.

Sampai saja di Pekan Kundasang, cik en mencari mesin ATM dan selesai keluarkan duit, cik en terpandang signboard di bawah ini



Hahha. Deep kan? Tapi bagus juga la. Baru rasa kesedaran. Hahahah

Perbelanjaan di Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Jumlah Tiket : RM 10.00
Aiskrim : RM10.60
Susu : Terlupa harga

Cenderahati : RM52.40

Kami bergegas ke Hot Spring Poring di Ranau dan ianya sia sia sebabnya kami sampai pukul 3.45 petang dan Hot Spring tutup pukul 4 petang. Jadi, kami patah balik ke Kundasang dan terus check in di J Residence Kundasang. Untuk next entry cik en akan cerita mengenai Ladang Teh Sabah. Memang cantik sangat permandangan menghadap Gunung Kinabalu.

J Residence Kundasang | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency

$
0
0

J Residence Kundasang | Trip Percutian Ke Sabah  Tanpa Travel Agency | J Residence ni jalan di agak mencabar. Mungkin faktor muka bumi, jadi J Residence ini perlu menuruni bukit. Lebih kurang 80 darjah. So korang bayang kanlah. Tapi berjaya juga naik dan turun. Alhamdullilah. Tak besar mana J Residence ni. So bilik cik en 2A. 



Kami disambut oleh seekor kucing oren. Memang manja sangat. Bulu dia kembang mungkin faktor cuaca yang sejuk. Selalunya kes sebegini tandanya cacing. Tapi cik en tak rasa sebabnya dia gemuk dan tak terasa tulang belakang dia. So cik en ambil dia sebagai model. Hahaha




Cik en nak belanja suasana bilik. Tak besar mana. Ada 2 katil, TV, pemain video dan bilik air. Sini tiada line tau terutama Celcom. Jadi ada wifi dan korang boleh guna. 




Selesai mandi, cik en dan adik dah kelaparan, so keluar la sekejap, tak jauh mana pun, 300 meter dan sampai di Kinabalu Park. Berdepan dengan Kinabalu Park ada Restoran Penataran. 


Ini menu kami malam itu dan sup tu sedap sangat tau! Sup Wantan. Sebenarnya semuanya ada 5 menu. Kelaparan sebab kami tak makan sehari suntuk. So jangan terkejut perbelanjaan untuk makan nanti. Memang kami order banyak.


Malam kena tidur berstoking sebab sejuk sangat dan cik en pukul 9.00 malam dah tidur, Tiada siaran TV dan faktor penat drive buat cik en dah berlabuh awal.  

Jam 5.30 pagi dah bangun tau sebabnya cik en nak dapatkan moment pagi di Kundasang ini. So gambar ini lebih kurang 6.00 pagi 






Dari gambar macam tak puas kan? Cik en ada rakam sedikit suasana di J Residence ini. So layan....


So, untuk next entri cik en akan mulakan perjalanan untuk hari ke tiga. Stay Tuned!

Perbelanjaan

Makan Malam : RM50.00

Ladang Teh Sabah Ranau | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency

$
0
0

Ladang Teh Sabah Ranau | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Selesai semua urusan di J Residence dan seawal 7 pagi cik en dah check-out dan terus cik en buat plan ke :

  1. Ladang Teh Sabah 
  2. Fish Spa 
  3. Hot Spring Poring - Conopy Walk
  4. Kota Kinabalu
Kami sampai di Ladang Teh Sabah lebih kurang 8.15 pagi. Sebelum itu, cik en ke Fish Spa dulu yang mana bersebelahan je. Nampaknya malam sebelum ini hujan lebat dan air sungai keruh dan ianya masih ditutup dan cik en berharap selepas kami selesai melawat di Ladang Teh Sabah, air sungai akan kembali jernih. Rugi juga kalau datang tapi tak dapat spa kaki ini kan? Hahahha.

Dari jalan, ada signboard masuk ke Ladang Teh Sabah dan sebelum masuk ada pondok guard disebelah kanan dan korang perlu melalui titi  sebelum sampai jalan ladang. Jalan agak mencabar, ialah jalan ladang so gedegak geduguk juga lah, Korang teruskan je sampai jumpa signboard ladang. Sampai saja, korang akan tengok permandangan ladang teh dan nampak Gunung Kinabalu.







Selesai bergambar, kami breakfast di Cafe berhampiran. Disini cik en cuba Teh Halia dan adik cik en cuba Teh Pandan. Sambil menikmati permandangan , terasa dingin dan lapang fikiran. 


Selesai sarapan, kami ke taman mini dihadapan cafe dan jumpa tugu The Royal Artillery Marching Contingent Sabah Salute 2011. 





Disebelahan ada Sabah Tea Love Teapot. Ala ala di Penang Hill. Korang boleh tulis dan manggakan di Teapot ini. Harga untuk mangga RM25 dan boleh beli di kedai cenderahati. 





Selesai belek belek mangga, masa untuk shopping dan cik en memborong teh untuk dijadikan cenderamata kawan kawan di semenanjung. Yang best, kat sini bukan saja ada original teh, tetapi ada 8 jenis perasa lagi iaitu 

  1. Agarwood (gaharu) 
  2. Lemongrass (serai)
  3. Geranium (sejenis bunga)
  4. Ginger (Halia)
  5. Pandan
  6. Cinamon
  7. Misai Kucing
  8. Tongkat Ali



Di sini kesemua itu dipanggil Sabah Tea Exotic. Dan setiap itu ada khasiatnya yang tertentu. 


Kat sini, korang boleh lawat kilang pembuatan teh. Tapi kena ada guide. Cik en kejar masa, so cik en tak join trip tu.

Perbelanjaan di Ladang Teh Sabah Ranau

Sarapan Pagi : RM 35.00
Cenderahati : RM 134.00

Untuk next entry kita tengok, boleh ke cik en spa kaki cik en ni di Spa Fish. Harap harap buka la..

Fish Spa Sungai Moroli Ranau | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency

$
0
0

Fish Spa Sungai Moroli Ranau | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Pintu masuk Ladang Teh Sabah dan Fish Spa Sungai Moroli ini sebelahan sahaja. Korang akan jumpa Ladang Teh sabah dahulu sebelum Fish Spa Ini. Masa awal awal kami datang, pintu didepan ditutup dan kata sungai banjir. Berikutan hujan malam sebelum ini. Lepak di Ladang Teh lebih kurang 2 jam dan kami kembali balik, nampaknya dah boleh masuk. Yepiiiiiiii! So, kami masuk ke dalam dan parking di hadapan padang. Disitu ada gerai kecil kecil jual air, keropok dan barangan jajan. 


Harga tiket untuk masuk adalah RM5.00 seorang dan korang boleh beli makanan ikan dengan RM0.20 sepeket dan terhad seorang satu. So masa kami sampai, kami group kedua. Dan guess what! ikan dia besar hokey! Dah macam nk makan kaki orang. Jom layan dan cik en nak bagi trick untuk bagi ikan datang pada korang dan cara untuk ikan ikan ini makan kaki korang. 




ok, cik en nak cerita sikit skill kat sini. 

  1. Penting korang perlu ada dalam air. Kalau di darat macamana ikan nak datang kaki korang kan? Hahhahaha
  2. Untuk panggil ikan, korang taburkan makanan ikan di kawasan kaki korang
  3. Lepas dah ikan datang, biarkan ikan ikan gesel gesel kaki korang. Masa ini ikan takkan gigit korang. Ikan hanya ngesel ngesel macam kucing ngesel manja.
  4. Jangan tabur makanan tau.
  5. Tunggu sekejap.. Jika ikan dah mula gigit (sebenarnya hisap je) korang akan rasa macam spa. 
  6. Tapi kan sampai satu masa, korang akan rasa sakit. Jadi korang tabur balik makanan ikan itu. Automatic ikan ikan akan berhenti menghisap. 
  7. So ulang la step sampailah makanan ikan habis dan sampai kaki korang dapat bertahan. 



Ini adik cik en, penakut sikit. Dan ada satu wanita ini sampai terjatuh tergolek sebab geli. Kami tak sempat nak menahan. Lenjun habis. Hahah


Sebenarnya beruntung pada kami sebab tak ramai dan masih awal pagi. Ikan masih lapar dan bilangan lebih banyak. Kalau ramai semestinya ada yang dapat beberapa ekor sahaja.. 


Perbelanjaan di Fish Spa Sungai Moroli Ranau

Tiket : RM10.00
Makanan Ikan : RM 0.40 (tak dikira pun dalam bajet so kami ignoredkan. sikit sangat. hahaha)


Hot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency

$
0
0

Hot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Perjalanan dari Fish Spa Sg Moroli ke Poring Hot Spring lebih kurang 40 minit. Jalan ini cik en dah pergi semalam jadi cik en dah arif sikit simpang. Tempat ini ada beberapa tempat korang boleh lawat. Jadi setiap tempat korang akan bayar tiket yang berasingan


Untuk masuk pintu utama, korang perlu bayar RM 3.00 seorang. Yang ini untuk bayaran masuk saja tau.. Jangan anggap korang boleh masuk tempat lain juga. Dibawah ini ada senarai harga tiket dan tempat tempat yang ada di sekitar sini.


DI Hot Spring Poring ini ada beberapa tempat


  1. Kolam air panas
  2. Conopy Walk
  3. Air Terjun Kipungit
  4. Gua Kelawar
  5. Air Terjun Langanan
  6. Orchid Garden
  7. Tropical Garden
  8. Butterfly Garden

Yang bawah ini pintu masuk ke Kolam Air Panas, Conopy Walk, Air Terjun dan gua. So sini dorang akan check untuk tiket masuk kat Pintu Utama RM 3.00


Masuk sahaja, korang akan jumpa kawasan kolam renang air panas, restoran, bilik mandi tertutup. Part ini cik en tak pergi la, sebab nak mandi pula kan?



Selepas itu, korang akan jumpa butterfly garden. Yang ini cik en tak masuk sebabnya kejar masa.


Jalan kedepan sedikit jumpa Titian Konopi Poring atau Conopy Walk. Kat sini koang kena bayar harga tiket RM 3.00 seorang dan kamera atau kamera handpone kena bayar juga ye. 1 kamera RM 5.00. Jangan ngelat bayar sebab masa di dalam nanti diorang akan check sekali lagi.


Ini pintu masuk conopy walk. 


Untuk sampai ke atas, korang kena mendaki sedikit. Sebaiknya pakai kasut sarung, jangan bertumit tinggi pula ye. 




Sampai diatas, nampakya kena tunggu giliran. Punyalah ramai orang. Masa ini bukan cuti. Kalau hari cuti tak tahu la panjang mana kena berbaris



Sebelum sampai giliran cik en, cik en temu ramah juga pengawai yang menjaga jambatan gantung ini. Ada 3 pokok yang berhubungkan satu sama lain. Kira ada 4 jambatan semuanya. Cik en ada selitkan video dari ig cik en. so layan la ya..












Selesai berjalan di jambatan masa untuk turun. Jalan turun lebih baik sedikit dari naik. 


Selesai di kawasan air panas kami ke Tropical Garden, Orchid dan Bamboo Garden. Maaf la kata, yang ini, semuanya tak ok. Macam tak terjaga. Tak pastilah sebab apa. atau mungkin bukan musim orkid. So, cik en tak suggest untuk pergi ke 3 tempat ini. Tak percaya, korang tengok la gambar dibawah ini. Kosong!




So untuk Hot Spring ini cik en cuma suggestkan korang datang time bunga pakma atau Raflesia berkembang. Nak tahu bila, kena call Hot Spring Poring sendiri sebabnya bunga ini ambil masa 9 bulan untuk berkembang dan hanya bertahan lebih kurang seminggu je. Cik en cuba google bulan berapa dia berkembang, tapi tak jumpa. Mungkin tengok pada tempat sebab tiada spesifik masa. So habis round lebih kurang 2 jam setengah di Poring ini. Cik en perlu bergegas ke Kota Kinabalu sebelum gelap. Sambil itu akan shopping di Pekan Nabalu dulu. Disebabkan gambar di Pekan Nabalu tak banyak, jadi Cik en ringkaskan di dalam entri ini ye. 

Pekan Nabalu adalah tempat untuk orang ramai shopping. So cik en sempat rakan persekitaran tapi masa ini berkabus teruk. 


Kat sini cik en gila sikit shopping. Harga boleh  nego lagi tapi kena pandai la ye. Selesai shopping, masa untuk pulang ke Kota Kinabalu. Cik en nak kongsi pemanduan cik en semasa kabus terbal.


Mencabar la. Dengan kabus tebal dan jalan berlengkang lengkok. Sampai Kota Kinabalu cik en duduk di Hotel Stay-In dan kami shopping mutiara di Kampung Air serta makan malam di Pasar Filipino. Kali ini cik en makan mee seafood dan adik cik en nasi seafood sahaja.

Perbelanjaan di Hot Spring Poring ,Pekan Nabalu dan Kota Kinabalu

Harga Tiket Masuk : RM 6.00
Harga Tiket Conopy Walk : RM11.00
Harga Tiket Masuk Orchid Garden : RM 8.00
Cenderahati di Pekan Nabalu : RM598.00
Minyak Kereta : RM 36.00
Hotel Stay -In : RM 80.00
Cenderahati di Kota Kinabalu : RM 38.00
Makan Malam di Kota Kinabalu : RM 15.00

So untuk next, cik en akan cerita untuk hari ke 4 di Sabah. Hari last okeh! Stay Tuned

Pantai Tanjung Lipat Likas, Aquarium And Marine Museum UMS Dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi

$
0
0

Pantai Tanjung Lipat Likas, Aquarium And Marine Museum UMS Dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Pergh panjangnya tajuk cik en untuk entri ini kan?Sampaikan cik en kena skip Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency di tajuk. Tapi tak apa, cik en nak gabungkan 3 tempat ini sebabnya tak banyak gambar yang cik en ambil untuk hari terakhir ini. 

Untuk 1st story ini, cik en nak cerita mengenai Pantai Tanjung Lipat Likas. Sebelum ke UMS cik en berhenti singgah di pantai ini sebab seperjalanan pun. Pantai ini bukan untuk mandi manda pun. Cuma ada trek untuk jogging dan lepak tepi pantai. Ada taman kanak kanak. Sesuai la untuk santai bawa keluarga. 





Tak ambil masa lama pun, terus cik en ke Aquarium And Marine Museum UMS. Masa masuk, cik en ambil pass di guard. So museum ini ambil masa 6 minit kalau drive dari pondok guard. Terus cari signboar Marine Research Institute atau guna waze sahaja. Sampai saja, korang akan nampak muzium ini berdepan dengan cafe. Harga tiket RM5.00 seorang. Tak besar mana so padanlah harga macamtu kan?








Selesai di muzium, kami sarapan pagi di cafe depan muzium. Terasa macam budak student balik je. So, next cik en terus ke Bandar Kota Kinabalu balik untuk shopping ikan kering. Ambil masa 1 jam dan jam menunjukkan pukul 10 pagi. 



Masih ada 2 jam setengah sebelum kena sampai di airport KK. Try waze ke Pusat Hidupan Liar Lok Kawi dan ambil masa lebih kurang 30 minit je. Sempat ini nak pergi. So kami terus ke Lok Kawi atau Pusat Hidupan Liar Lok Kawi. Harga tiket RM10.00 seorang ye dan ada perkhidmatan train tapi ada masa dan kena bayaran. RM2.00 seorang dan bertolak jam 10.00 pagi, 11.15 pagi, 2.00 petang dan 3.15 petang.










Hahaha. Jangan terkejut jika ada sighboard di atas ini. Mungkin ramai yang memburu pokemon di kawasan ini kot. Hahaha. 

Masa masuk tadi, ada satu keluarga semanjung beri cik en dan adik satu buah ini. Sedap dan manis. Namanya buah tarap. itu pun tanya kawan di media sosial. ahahha.


Jam menunjukkan 12.00 tengah hari. Kira hari ini rushing juga sebab tu tak banyak masa untuk selfie. Kami bergegas ke Airport KK. dan sampai lebih kurang 12.35 petang. Selsai berborak dengan kak azizi dan serahkan kunci kereta, kami terus check in barang. Kami fly balik ke semananjung pada pukul 3.00 petang menggunakan flight Malindo. Kami sampai di KLIA1 jam 5.00 petang dan bas kami ke Sitiawan jam 9.00 malam. so kami jalan jalan sampai bosan di KLIA. Hahahah

Perbelanjaan 

Tiket di UMS : RM 10.00
Makan di Cafe UMS : RM 10.00
Shopping di Kota Kinabalu : RM 65.00
Tiket Pusat Hidupan Liar Lok Kawi : RM10.00 (adik cik en free)
Cenderamata di Lok Kawi : RM 10.60
Makan di Airport KK MCD : RM32.00

So habis sudah cerita di Sabah. Untuk next entri cik en akan kongsi tips, perbelanjaan dan kesimpulan untuk semua entri cik en ini ye. 

Harga Rawatan Di Klinik Veterinar

$
0
0


Harga Rawatan Di Klinik Veterinar | Ramai yang bertanya harga rawatan di klinik veterinar dan ianya sebenarnya berbeza mengikut negeri, swasta dan kerajaan. Dan juga rawatan akan dibuat selesai selesai didiagnosis oleh vet. Jadi kalau dinyatakan secara kasar melalui media sosial atau panggilan telefon kemungkinan harga rawatan yang diberikan tidak tepat.

Untuk Harga Rawatan di Klinik Veterinar Sekitar Negeri Perak 2016 ( tempat cik en bekerja), rawatan akan diberikan kepada jenis penyakit dan harga seperti di bawah :




  1. Pemandulan : Jantan RM 40.00++ Betina RM80.00++
  2. Vaksin : RM30.00++ (kucing dan anjing)
  3. Deworming Inj : RM 5.00++ (Kucing) RM10.00++ (Anjing)
  4. Suntikan Perancang : Tiada 
  5. Suntikan Antibiotik (selsema, demam, luka, bengkak dll) : RM5.00++ (mengikut umur, jika kecil kadang kadang cas RM3.00++ sahaja)
  6. Small Surgery dan Suturing (jahit) beserta Perlalian : RM 30.00++ (kucing) RM50.00++ (Anjing)
  7. Smal Surgery dan Suturing Tanpa Perlalian : RM15.00 (kucing) RM30.00 (Anjing)
  8. Ubatan (tablet/sepapan) RM3.00
  9. Vitamin syrup : RM5.00 (30 ml)
  10. Ubat Mandi Kutu (Anjing) : RM5.00 (30 ml)
  11. Segala ubat syrup yang menggunakan botol 30ml selalunya kami cas rm5.00
  12. Segala ubat syrup yang menggunakan botol 60ml selalunya RM10.00
  13. Ubat ubat lain : bergantung kepada rawatan dan stok semasa.

So, harga di atas ini harga yangtidak tetap dan akan berubah bergantung kepada stok ubat terkini juga. Sebabnya ubat ini akan berubah ubah dalam jangka masa tertentu. Kalau ubat yang sama sahaja berpuluh tahun, ianya dah tak releven dan takut ianya dah imun dengan haiwan. 

Jadi, dinasihatkan untuk bawa haiwan ke klinik veterinar untuk pemeriksaan dahulu. Dan juga, di Klinik Veterinar Sekitar Negeri Perak terutama di daerah daerah, ubatan dan peralatan agak terhad, jadi untuk kes kes berat perlu mendapat rawatan di klinik swasta . Untuk perkhidmatan X-Ray, cuma ada di Klinik Veterinar Ipoh sahaja. 

Bagi Klinik Veterinar Kerajaan di negeri lain, cik en sendiri tidak dapat untuk mencari dan hanya ada harga rawatan Klinik Veterinar di seluruh Selangor. Gambar di bawah cik en ambil dari blog kujie2


Kalau nak tahu lebih banyak mengenai harga rawatan di Selangor boleh rujuk blog kujie2.

So diharap entri ini dapat membantu serba sedikit pemilik haiwan kesayangan dan dapatkan anggaran kos rawatan. List di atas hanya klinik haiwan kerajaan sahaja tau. Swasta berbeza ye.

Perbelanjaan dan Tips Penting Jika Melawat Sabah

$
0
0

Perbelanjaan dan Tips Penting Jika Melawat Sabah | Alhamdulillah, sampai juga ke entri terakhir travel ke sabah ini. So cik en nak buat rumusan balik la dari awal hingga akhir trip ini. Cik en pertama kali ke Sabah dan mencabar diri untuk pergi ke Sabah tanpa ada guide sepanjang percutian kali ini. 

Jadi cik en ambil masa beberapa bulan selepas membeli tiket untuk survey dan buat research mengenai Sabah terutama Tempat Menarik Di Sekitar Kota Kinabalu Sabah dan Tempat Menarik Di Sekitar Tamparulli, Pekan Nabalu, Kundasang dan Ranau . So selepas itu, cik en pun buatlah Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency .

So pada tarikh 20 September 2016, bermulalah perjalanan kami Sitiawan - KLIA - Kota Kinabalu . Fuh, first time naik flight buat kenangan manis buat cik en. Cik en dah boleh travel sendiri dah. Sampai di Airport Kota Kinabalu dalam tengah hari dan terus cik en dan adik Cuci Mata di Sekitar Kota Kinabalu sehingga malam. 

Untuk hari kedua, cik en terus ke Kundasang dan sepanjang perjalanan cik en melawat Rumah Terbalik Tamparulli , Kinabalu Park (Botanical Garden) dan Desa Cattle Dairy Farm Kundasang . Dan kami bermalam di J Residence Kundasang

Hari ketiga, kami ke Ladang Teh Sabah RanauFish Spa Sungai Moroli RanauHot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu sebelum balik semula di Kota Kinabalu. Badan dah mula keletihan tapi cik en perlu gagahkan diri juga untuk habis satu hari lagi.

Masuk hari keempat dan terakhir bagi cik en dan adik cik di Sabah. Sempat juga kami melawat Pantai Tanjung Lipat Likas, Aquarium And Marine Museum UMS Dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi walaupun ada setengah hari sahaja sebelum flight dipercepatkan dari 3.30 petang ke 3.00 petang. 

Jumlah Perbelanjaan 

Mesti tertanya perbelanjaan dan tips tips yang cik en rasa perlu. So kita kira bajet dulu yek.. 

Transport (Bas, Flight, Kereta Sewa - termasuk minyak ) : RM 1179.80
Hotel : RM 256.30
Tiket - Tiket masuk ke setiap tempat : RM 84.90
Makan : RM 217.00
Cenderahati : RM 846.50 

Jumlah Keseluruhan : RM 2,584.50

Jumlah diatas adalah trip travel untuk 2 orang. So kalau di bahagi kedua pun RM 1,292.25 . Dan sebenarnya ianya lebih jimat kalau korang travel 3 atau 4 orang. Kalau di ikutkan kos transport dan shopping paling banyak. So untuk 1st travel ini, memang cik en spend lebih sedikit untuk shopping. Makan pun agak mewah sebab jenis melantak aje. Hahaaha. Memang pulun dan all out habis. 

Kedai Makanan di Kota Kinabalu

Untuk tips pula cik en nak kongsi tempat makanan yang dipercayai Halal. sebab menurut Kak Azizi, di Sabah, Hanya 40% beragama Islam so kena lebih berhati hati. Jadi kak azizi ada listkan kedai makanan yang ok di Kota Kinabalu

  1. Welcome Seafood Restaurant
  2. Todak Waterfront (cari gerai yang bersih)
  3. D'Lengkuas Restoren Selera Kampung (restoran semenanjung, recommended Sedap!
  4. Restoran Sri Melaka Sdn Bhd. Jalan Laiman Diki KK
  5. Pasar Filipin, KK
  6. Port View Seafood Village 
Panduan harga makanan kering di Pasar Kota Kinabalu. 

Harga minimum. Jika mahal jangan beli ye.

  1. Ikan bilis 1st class, jalur halus dan badan kuning cerah : RM22 perkg
  2. Udang kering sandakan:  RM33 perkg 
  3. Ikan kering keropok: RM per 38kg

Selain itu, kalau nak beli ikan kering yang dah berbalut tapi harga murah gila, kena check betul betul. takut bukan ikan yang di katakan oleh penjual. 

Hotel 

Kalau nak survey Hotel pula, korang boleh gunakan Traveloka, Booking.com atau Trivago. Survey kawasan yang berhampiran dengan bandar dan tempat makan. Lagi lagi di Kota Kinabalu. Parking susah kot. Banyak gila kereta ye. So jangan stress kan diri untuk cari parking. Cari hotel berdekatan dengan pusat. So keluar jalan kaki je nanti ye. 

Kenderaan

Untuk kenderaan sewa, cik en suggestkan Kak Azizi 012-7857221. Sebabnya kereta dia tip top dan baru. Kak Azizi ramah dan banyak kongsi tips kat cik en dan adik. Orang semenanjung tapi dah lama di KK.

Shopping Mutiara 

Ada 2 tempat yang cik en boleh suggest, Jamilah Jewellery dan Kampung Air. Pandai tawar menawar okey.

Benda Wajib kena ada dalam aplikasi Telefon

  1. Waze
  2. Google Map
  3. Aplikasi seperti Trivago, Traveloka atau booking.com
  4. Line Internet
  5. Kredit mencukupi 
Apa lagi ye cik en terlupa. Setakat itu saja kot sharing cik en mengenai Sabah. Lepas ini cik en akan buat trip ke Sabah dengan lebih terurus sebabnya dah ada pengalaman pertama di sana.  So, terima kasih sebab sudi baca semua cerita cik en di Sabah. Jika ada pertanyaan boleh email cik en atau pm cik en di facebook personal atau pages. 

SAFI Shayla Pilihan Wanita Bertudung

$
0
0

SAFI Shayla Pilihan Wanita Bertudung | Jika zaman kanak kanak dulu, cik en akan basuh rambut selepas balik dari sekolah. Sebabnya kalau basuh rambut pagi dan pakai tudung, rambut akan berbau hapak dan akan timbul masalah masalah lain. Tapi kini, zaman yang menggunakan inovasi terbaru, menjadikan korang boleh basuh rambut bila bila masa sahaja. Hebat dah kan? cik en nak kongsi cerita SAFI Shayla Pek Fleksi: Pelbagai fungsi untuk lebih jimat tanpa kompromi



Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.


Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikannilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.



Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkansatu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.



“SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.



Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shaylamelengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”







Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.



Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


Dan terima kasih kepada Safi kerana beri cik en mencuba produk hebat ini dalam bentuk pek fleksi, Murah juga kan. Memudahkan juga untuk yang suka travel. 


Sepotong Ayat Al Quran 9 : Surat Al-Kahf Ayat 9

$
0
0


أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan?

Entri Pilihan Eintan Nurfuzie

$
0
0

Entri Pilihan Eintan Nurfuzie | Misi cik en kali ini nak kongsi entri atau artikel yang menarik dan terbaru dari blogger blogger hebat di Malaysia ini. Pada yang tengah free itu, cik en nak kongsi 10 entri terawal yang komen di sini


Klik di setiap tajuk untuk terus ke entri.
  1. SAFI Shayla pek fleksi lebih jimat 
  2. RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA
  3. Kucing Pink Ditemui!
  4. Buku SERENITY Syira Lokman dikritik ??
  5. Cara Buat Jus Buah Rozel
  6. Tips membeli barangan emas
  7. Review Filem Deepwater Horizon
  8. TERSENARAI SEBAGAI PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA BY SYSTCARE
  9. 3 Hari 2 Malam Bercuti di Kelantantan dengan Xcell Travel and Tours
  10. Terus Sarung Dengan Lixy Butterfly Shawl N.U.R Luxury
Ini 10 entri terawal, jika ada lagi yang komen nanti cik en akan buat Entri Pilihan Eintan Nurfuzie 1, kalau ada lepas tu lagi Entri Pilihan Eintan Nurfuzie 2 dan seterusnya. Itu pun kalau ada yang sudi dropkan url entri mereka. Terima kasih pada yang sudi bagi url entri korang. 

Normal Ke Buang Air Besar 2 Kali Sehari?

$
0
0

Normal Ke Buang Air Besar 2 Kali Sehari? | Buang air besar atau cik en ringkaskan membuang ini menjadi satu masalah besar bagi cik en. Dulu sebelum cik en amalkan makanan tak seimbang, setiap hari cik en akan membuang. Semenjaklah mengenali makanan fast food semuanya jadi berubah. Pernah sekali seminggu cik en tak membuang. Teruk kan? Masalah itu buat perut cik en sedikit boroi dan susah nak turunkan berat badan. Pendek kata cik en mengalami sembelit yang teruk. Sampailah ada yang perkenalkan satu produk ini, Killoss. 



Killoss tablet kunyah terus dan mudah dibawa ini menjadi kelebihan untuk cik en yang sangat sibuk dengan kerja, so dari situ cik en amalkan lebih kurang sebulan. Tak sangka sebab amalkan Herbaworks Killoss ini, cik en akan membuang sehari sampai 2 atau 3 kali. Waktu pagi dan petang wajib stanby ada di rumah atau pejabat. Kiranya melawaskan pembuangan dan melegakan sembelitKilloss ini juga buat cik en yang selalu letih dan tidak bermaya setiap pagi menjadi cergas. Yela kan.. dah barang busuk dan toksik dibuang setiap hari so badan jadi ringan dan cergas. Perut cik en pun dah kurang sedikit boroi. Berjaya kempiskan perut ini. Haahaha. 


Bagi peha pula cik en tak banyak perubahan. Tak sampai 1 cm pun tapi tetap mengecil juga kan? 


Berat cik en naik turun juga sebabnya cik en sendiri tak control makan lagi lagi cik en bercuti ke Sabah hari itu. Jadi cik en ambil berat awal dan berat paling rendah cik en dapat sepanjang ambil Killoss. Jadi berjaya la turunkan berat badan juga kan? Cuma diri je tak berdisplin.


Tapi dengan selesaikan masalah utama cik en SEMBELIT dan dapat kurangkan boroi dan kecilkan sedikit peha cik en itu dah cukup memuaskan hati cik en. Mungkin dengan lebih berdisplin, cik en akan dapatkan badan lebih ideal. Insyallah. 

Tapi apa itu produk Killoss ??


Ini cik en nak sembang Killoss ini adalah tablet detox, kempiskan perut. singkirkan lemak dan detox melawaskan. Ada 4 bahan utama Killoss ini iaitu Garcinia Cambagia , Capsium Extract, Guarana Extract dan Ginger Extract yang mana setiap satu mempunyai fungsi yang baik dalam penurunan berat badan.


Keistimewaan Killoss 



  1. Tablet Kunyah mudah yang mempunyai 60 tablet dalam satu botol. Penggunaan untuk sebulan. 
  2. Nak tahu apa rasa? Perasa Oren ye. Memang sedap
  3. 1 botol mampu turunkan berat bada dari 3 kg hingga 15 kg tau!
  4. Melawaskan dan melegakan sembelit yang teruk
  5. Membuang dan nyahkan (singkirkan) terus lemak degil yang lama dalam badan korang
  6. Hanya kunyah kunyah dan kunyah saja
  7. Dan yang penting tiada kesan sampingan. 

Fungsi Killoss

  1. Killoss ni untuk detox, mencuci racun dan toksin dari dalam badan serta bertindak balas untuk membakar lemak korang tu
  2. Sisa bahan-bahan ini akan dibuang melalui pencernaan. 
  3. Kesan dapat diihat selepas beberapa hari (biasanya 5-14 hari), berat badan akan menurun (Bergantung kepada individu) Insyaallah, Jika belum turun berat badan, teruskan ambil Killoss secara konsisten. 

Cara pengambilan Killoss yang berkesan


  1. Kunyah 2 biji tablet semasa perut kosong 
  2. Ambil sebelum makan atau sebelum tidur malam. Bila bangun pagi akan terasa ingin membuang, badan lebih ringan dan bertenaga. 
  3. Minum air kosong minimum 2-3 liter sehari 
  4. Elakkan makan berat pada waktu malam seperti nasi dan minuman berais 
  5. Nak lebih cepat boleh amalkan 2 tablet pagi dan 2 tablet malam semasa perut kosong 
  6. Ambil secara konsisten terus menerus. Jangan tertinggal 1 hari pun 
Nak tengok testimoni pengguna lain selain cik en? Yela.. maatau kata cik en ini bohong kan? Nah cik en kepilkan sekali ini




Kalau ada yang mencari cari produk terbaik untuk turunkan berat badan dan tiada kesan sampingan. Produk Killoss - tablet detox, kempiskan perut lah produk terbaik cik en akan cadangkan. Nak dapatkannya? bolehlah baca detail di bawah ini

Harga sebotol (60 tablet)
RM80.00
Whatsapp : 019-6102496
Laman Web : www.herbaworks.com
Email : herbaworks3in1@gmail.com


Panadol Toxicity Pada Kucing Dan Anjing Serta Cara Rawatan

$
0
0

Panadol Toxicity Pada Kucing Dan Anjing Serta Cara Rawatan | Pernah dengar kes kematian kepada haiwan terutama kucing dan anjing seleps diberi panadol atau paracetamol atau acetaminophen . Ataupun korang sendiri ada pengalaman sebegini. Ha.. kalau korang sendiri pernah alami atau sesiapa yang ingin tahu kenapa Panadol ini boleh sampai membunuh kucing, cik en akan sharing sedikit sebanyak untuk pengetahuan masing masing

Bagaimana Panadol ini memberi toksik pada kucing? 

Panadol ini adalah ubatan manusia dan berfungsi sebagai ubat tahan sakit dan ubat sakit kepala. Dan bagi kucing, hati mereka tidak mempunyai enzim (glucoronly transferase) untuk mencernakan paracetamol ini. Jadi ianya menjadi toksik pada hati kucing. Dos toksik pada kucing adalah 25-30mg/perkg manakala anjing 200mg/perkg. 

Macamana nak tahu kucing atau anjing Panadol Toxicity?

  1. Membran mulkosa (gusi dll) biru dan pucat
  2. Muntah
  3. Mulut berbuih
  4. Kejang
  5. Bengkak pada muka dan kaki
Rawatan awal yang boelh dilakukan di rumah

  1. Jika tidak muntah, cuba cari Actived Charcoal dan berikan 
  2. Air kelapa
  3. Berikan air yang banyak tapi hati hati jangan sampai tersedak
  4. Drip
  5. Atau bawa terus ke klinik veterinar berdekatan.
Jadi, cik en nak pesan, NO PANADOL FOR ANIMAL atau PANADOL BOLEH MEMBUNUH KUCING DAN ANJING. 


Happy Apabila Blog Nurfuzie.Com Jadi Rujukan Ramai

$
0
0
Nurfuzie.com

Happy Apabila Blog Nurfuzie.Com Jadi Rujukan Ramai | Seorang blogger akan rasa puas dan bangga apabila blog kesayangan yang dibina bertahun tahun menjadi sumber rujukan orang ramai. Perasaan itu tak boleh digambarkan dan hanya blogger sahaja yang faham perasaan itu. Alhamdulillah, setiap hari ada saja pertanyaan di page nurfuzie.com. Ada juga yang sanggup cari personal facebook untuk bertanya. Selalunya berkaitan rawatan dan tips kucing dan anjing. Pelbagai kaum akan private massanger di page. Ada yang sempat cik en balas ada yang terlepas pandang. Ada juga yang email dan direct massanger di instgram personal cik en. 

Ini antara cik en sempat capture. Yang bawah ini mengenai tempat menarik di kundasang. Sedangkan masa ini, cik en belum habis lagi buat keseluruhan entri di Sabah. Terima kasih kakak yang sudi add friends di facebook.


Yang ini pula, dijadikan sumber rujukan pelanggan di klinik. Akak ini satu jabatan tapi lain lain negeri


Yang ini melalui email dan email ini cik en terlepas pandang untuk balas. Mungkin sibuk atau cik en ter"read" dan terus lupa. 


Dan banyak lagi sebenarnya. Tak boleh nak capture semuanya. Diharap cik en berusaha untuk membantu orang lain dan tak pernah mengharapkan balasan apa apa. Bantuan yang ikhlas untuk membantu orang lain. Terima kasih menyokong cik en dan blog nurfuzie.com! Insyallah cik en akan bagi idea idea dan info yang fresh pada semua orang. Terima kasih sekali lagi. 

Name Card Percuma dari Pixajoy

$
0
0

Name Card Percuma dari Pixajoy | Cantik kan design naif dari cik en di atas ini? Inilah name card atau kad nama kedua yang cik en buat untuk blog nurfuzie.com. Sebelum ini cik en tempah dengan blogger maisarah sebanyak 300 keping. Sebenarnya tak habis lagi cuma cik en buat yang baru khas untuk pelanggan yang ingin masuk ke blog dan laman sosial cik en. Nampakkan tiada no telefon?. Yang name card lama ada no telefon dan khas untuk job sahaja.

Sebenarnya cik en grab name card ni sebab FREE. Tengah ada offer di Pixajoy . Design terhad dan terhad untuk 100 keping sahaja. Satu email untuk satu free sahaja. Kalau berminat, boleh la ke www.pixajoy.com.my. Cepat cepat sebelum mereka tutup tawaran ini. 

Pengalaman Pertama Cabut Gigi Geraham

$
0
0

Pengalaman Pertama Cabut Gigi Geraham | Sesiapa yang ada pengalaman cabut gigi geraham semestinya boleh feel perasaan cik en pada masa ini. Sakitnya tak boleh cik en nak gambarkan macamana. Nama pun gigi geraham, gigi yang paling kuat dalam barisan gigi yang ada dalam mulut kita ini. Rasa menyesal cik en tak tampal gigi hari itu. Sebab sayangkan duit dan nak buat di klinik gigi kerajaan cik en tunda hampir setahun. 

Sebelum ini, kira kira setahun yang lepas, cik en ke klinik pergigian swasta D'Smile di Sitiawan Perak untuk cuci gigi. Sebabnya setiap kali memberus gigi, mesti ada darah. Jadi dengan nasihat kawan kawan cik en pun pergi la cuci. Memang tip top doktor gigi di klinik itu. Lembut dan menenangkan. Selesai, cik en perlu datang semula untuk menampal gigi sebabnya apabila kita buat cuci gigi, segala tampalan perlu dikeluarkan dahulu. Dalam beberapa hari perlu tampal semula. Tapi sebabkan sayangkan duit dan budget kurang, cik en tunda. Sampailah setahun. Cik en mula rasa sakit dibahagian geraham tu tapi abaikan dan rasa boleh baik. Lama lama, dibahagian leher cik en mula membengkak 



Cik en rasa dah mula ada jangkitan berpunca dari gigi yang crack itu. So nak la ke klinik kerajaan untuk tampal. Apabila diperiksa oleh doktor gigi, rupanya inilah cik en dapat. 


Ada nanah di bahagian kaki gigi. Teruk juga, Gigi dah crack sampai ke bawah. Nanah dah penuh dan WAJIB di cabut walaupun gigi masih elok lagi. Alahai.. demi kebaikan cik en memberanikan diri walaupun ini lah kali pertama ke klinik gigi untuk cabut gigi. 

Cik en diberi ubat bius dan dibiarkan sekejap. Dalam 15 minit, cik en dipanggil masuk dan cik en diberitahu, gigi akan di crack kan lebih untuk dicabut berasingan. Rasa la dia pecahkan gigi tu. Dan sampai proses untuk cabut. Arghhhh.. terasa kot! dan cik en diberi sedos lagi ubat bius dan barulah boleh dicabut. Itu pun masa tarik (goyang kanan kiri) tiba tiba dengar "krak". Aduh, gigi yang nak cabut tu terpatah dua. Nasiblah yang tertinggal agak panjang, boleh la tarik. Kalau tak kena surgery la wei!. 

Settle satu bahagian, satu bahagian lagi. Dan Alhamdulillah, berjaya. Tapi doktor beritahu, banyak tisu dah rosak. So cik en terbayang tisu hitam yang selalu cik en buang kalau kucing atau anjing luka teruk. Fuh teruknya! dan doktor pun guntinglah mana tisu yang rosak. Tisu rosak kalau dipotong pun tak sakit sebabnya dah jadi macam daging mati. Selesai semuanya Cik en masih tersenyum, iyelah sebab masih ada rasa ubat bius. Doktor bekalkan paracetamol dan gauze. Cik en balik dengan senyuman lagi

Tak sampai 2 jam, cik en dah mula rasa sakit yang teramat sangat. Kesan ubat bius dah habis. Ya Allah, rasa sakit tu sampaikan cik en menangis tak berhenti henti. Makan Paracetamol pun tak jalan. Hilang dah senyuman manis cik en ni. Lastnya cik en cari ketul ais dan tekap. Dan masa yang sama cik en makan la ubat Prednisolone yang ada di klinik cik en tu. Hihihi. Dan sampailah hari ini hari ketiga cik en masih rasa sakit dan pipi masih bengkak. Nak belanja sikit keadaan dalam mulut cik en ini. Ini cik en rakam sendiri sebab cik en tak puas hati selagi tak tengok. 


Yang hitam itu tisu rosak. Dan ianya akan hilang sendiri nanti. Cik en tak mau buang sendiri lagi sebab nak bagi bahagian itu cukup sihat supaya tidak berdarah lagi. Apa yang cik en rasa sakit tu sebab kesan cabutan gigi dan kesan injectian ubat bius. Seksa weh! Ini baru sakit gigi, macamana la kalau cik en mengandung dan melahirkan anak nanti. Adakah sakitnya camni. Tapi kalau bersalin at least ada anak kan? Yang ini kena buang gigi.. Hahaha

So sesiapa yang rajin terjah blog cik en, dah tahu kenapa lama sangat cik en tak ada story baru. Sebabnya sepanjang cik en sakit ini, cik en tak ada mood langsung. Even upload gambar di Instagram dan Facebook. Tapi sebabkan job, cik en gagahkan juga! Kerja tetap kerja kan? Makan pun dah kurang ini. Ada can nak kuruskan badan. Hahaha..Ok. Jumpa next entry. 

Viewing all 1599 articles
Browse latest View live