Kucing Untuk Dijual Di Kawasan Perak | Sesiapa yang berminat untuk membeli kucing berbaka maincoon campuran ( mix maincoon ) dan kucing parsi muka kemek ( Persian Flatface ) di kawasan Perak terutama sekitar Kuala Kangsar, Ipoh, Taiping dan Manjung dengan harga mampu milik bolehlah tengok kucing dibawah ini.
Gambar diatas
Code : PF Male
Breed : Persian Flatface non cert
Age : 8 bulan
Jantina : Jantan
Gambar diatas
Code : MM Male
Breed : Mix Maincoon
Age : 1 Tahun 3 bulan
Jantina : Jantan
Gambar diatas
Code : MM Female
Breed : Mix Maincoon
Age : 8 Bulan
Jantina : Betina
Kucing diatas ini telah di beri ubat cacing dan vaksin. Harga dan rundingan boleh lah menghubungi :
Whatsaap 011-11666030 (Ehan)
Boleh Letgo sampai jadi. Owner tinggal di Kuala Kangsar Perak
Nak Jadi Blogger? Sanggup Ke Korang... | Entri kali ini entri santai sebabnya cik en masih dalam minggu kursus. Untuk minggu ini cik en ke Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Kualiti Pengawai Pemeriksaan Pensikilan myGAP Jabatan Perkhidmatan Veterinar kali ke 2 untuk tahun 2016. So bila dah kursus ini, agak terhad untuk cik en ber"karya" dalam blog.
Tapi cik en bukannya nak bercerita mengenai kursus ini tapi dalam berkursus dapatlah beberapa orang private massanger cik en untuk jadi blogger. Mungkin nampak cik en asyik promosi produk dan ada la sesekali dapat undangan event dan review, so menarik minat mereka untuk jadi sebahagian daripada blogger. So nak cerita la sikit. Nak jadi blogger sangat senang. Korang create blog dan korang boleh gelar diri blogger tapi untuk jadi blogger yang berpengaruh susah sangat sebabnya korang perlu korbankan separuh daripada kehidupan korang yang sekarang ini dan ada yang 90 peratus untuk menjenamakan diri korang sendiri. Nak cerita wang ringgit memang banyak la seperti internet, domain, bil elektrik dan sebagainya, masa korang lagi lagi yang sebagai part time blogger, korang kena settlekan task walaupun masa itu masa korang rehat, korang kena rajin tonjolkan diri di media sosial lebih lebih lagi untuk tarik perhatian PR, korang kerna korbankan masa bercuti korang (kena update blog).
So janganlah korang anggap apa yang kami ini dapat sekarang ini, hasil sebulan dua. Ada yang berblog dari 2009 lagi dan cik en sendiri bermula 2010. Itu pun selama 4 tahun, blog bersawang tanpa pembaca. Cuma setahun dua ini, dengan usaha melobi diri sendiri dapatlah masuk "paper" , dapat job berbayar, dapat produk percuma dan sebagainya.
Jadi nasihat cik en, kalau nak jadi blogger, tak salah.. tapi betulkan niat balik. Jangan jadi blogger sebab nak dapatkan income semata mata. Yang jenis macamtu la yang merosakkan nama baik blogger. Sebab apa? sebab dorang buat entri fitnah dan panas untuk dapatkan trafik. Salah tu ye....
Cara Beli Siaran Berbayar Di Njoi | Siapa pengguna Njoi? Njoi adalah satu siaran satelit percuma daripada ASTRO. Perbezaan ASTRO dan NJOI adalah siaran Astro berbayar tapi siaran Njoi percuma. Tapi siaran Njoi terhad seperti
CH 100
CH 101 - TV 1
CH 102 - TV 2
CH 103 - TV 3
CH 105 - Astro Prima
CH 106 - Astro Oasis
CH 107 - NTV7
CH 114 - Al-Hijrah
CH 118 - Go Shop
CH 119 - TV9
CH 135 - Maya HD
CH 180 - I TV
CH 201 - Astro Vaanival
CH 203
CH 300
CH 301
CH 302
CH 304
CH 318
CH 321
CH 325
CH 334
CH 501 - Astro Awani
CH 502 - Tutor UPSR
CH 601 - Tutor PT3
CH 602 - Tutor SPM
CH 603CH 708 - 8 TV
CH 852 - Ch 871 - 20 siaran radio
Dan yang lain lain perlu berbayar. Cik en tahun lepas layan Gegar Vaganza menggunakan siaran housemate cik en. Tapi dia dah pindah so tak boleh la cik en nak layan Gegar Vaganza di Astro Ria. Cik en dah 3 tahun menggunakan Njoi ini. Sememangnya masa di rumah terhad so cik en rasa berbaloi ambil Njoi.
Disebabkan Gegar Vaganza 2016 ini, cik en terpaksa la beli siaran berbayar. Kali ini cik en nak macam mana nak beli siaran berbayar menggunakan Prabayar Njoi. Prabayar Njoi ada bernilai
RM10
RM20
RM30
Prabayar Njoi boleh didapati di
Kalau korang beli di outlets, korang akan dapat macam kad prabayar telefon. So caranya
Goreskan dan dapatkan 16 digit pin code
Taip 111IC Number / Smartcard Number16 Digit Pin Code dan SMS ke 33310.
Nanti akan sampai mesej yang baucar anda berjaya diaktifkan dan akan beritahu berapa baki yang ada
Selepas itu korang boleh ke CH 200 (tunggu sekejap sebabnya dia ambil masa untuk display) dan pilih channel yang nak di beli.
Bila click korang ikut step yang dikeluarkan
Kalau menggunakan banking online, korang perlu masukkan nombor telefon untuk dorang masukkan 16 digit pin code dan buat step macam di atas juga.
Nak tahu berapa harga siaran berbayar ini? Boleh tengok bawah ini
So diharapkan dengan panduan ini boleh bantu kawan kawan cik en yang menggunakan Njoi. Nak tahu ke berapa cik en bayar masa mula mula masuk Njoi. Kalau tak silap RM380 (harga 3 tahun lepas) termasuk piring njoi dan decoder semua. Kalau yang transfer lagi murah sikit. Kalau nak masuk Njoi ini boleh la rujuk NJOI Dealers Nationwide. Dan sekarang pun ada siaran percuma juga kan. Cuma cik en tak layak menerima. Hahha sebab dah check.
Lagu Gegar Vaganza 2016 minggu ke 3 | Gegar vaganza 2016 menampilkan penyanyi Ameng, Azharina, Elly Mazlein, G-Mie (Screen), Intan Sharafina, Nora, Siti Sarah, Razis Ismail, Rem, Shidi (Data), Siti Sarah, Zarul dan Zur Eda telah masuk minggu ke 3.
Tugasan mereka untuk minggu ke 3 bertemakan Ada Bran adalah :
Ameng - Lelaki Seperti Aku (Aliff Satar)
Azharina - No Women No Cry (Bob Martin)
Elly Mazlein - Perawan atau Janda (Gita)
G-Mie (Screen) - Seni Berzaman (Tok Ki)
Intan Sharafina - Penantian (Blackrose)
Nora - Sudahku Tahu (Projectar Band)
Razis Ismail - TERSINGKIR
Rem - Penawar Rindu (Orked)
Shidi (Data) - Mengapa Dikenang Mengapa Di fikir (Herman Tino)
Siti Sarah - Joget Sayang Disayang ( Anita Sarawak)
#PrayForHSA | Terkejut juga cik en baca pagi tadi mengenai kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu. Banyak khabar angin yang ada yang meninggal dunia. Mangsa terdiri daripada pesakit di wad Kecemasan dan ICU dan kakitangan hospital. Dikatakan berlaku litar pintas sehingga terjadi kebakaran. Bomba mendapat panggilan pada jam lebih kurang 8.45 pagi. Apa apa pun kita doakan yang terbaik dan semuanya selamat. Jangan percaya sangat khabar angin. Tunggu kenyataan rasmi. Elakkan daripada menyebarkan berita tidak sahih. Alfatihah
Wangian ENCHANTEUR Menghidupkan Detik - Detik Romantis | ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Cik en rasa bertuah sebabnya di pilih untuk mencuba ke tiga tiga jenis wangian ini. Dari dulu Enchanteur merupakan pilihan minyak wangi dan losyen cik en. Faktor mudah didapati dan mampu milik menjadi pilihan rakyat Malaysia
Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.
Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.
Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:
ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.
ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.
ENCHANTEUR PARIS Adore
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.
Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.
Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
12 Tahun Menanggung Masalah Fungas Dan Ianya Semakin Hilang Dengan Semburan Spray 8 | 12 tahun bukan satu jangka masa yang pendek untuk menanggung masalah kulit lebih lebih lagi di bahagian yang terbuka seperti sebelah atas tapak kaki. Kalau nak mengayakan kasut bertumit tinggi ke party atau majlis makan, semestinya susah untuk cik en cari kasut yang bertutup sebabnya kebanyakkan kasut trend terkini lebih simple dengan tali atau terbuka. Kalau shopping sandal dan heels, cik en tak berani nak membeli sebarangan. Takut menampakkan bahagian fungas ini. Nak tahu keadaan fungas cik en yang cik en hidapi sejak berumur 17 tahun lagi? Tengok di bawah ini
Dulu tak la sebesar ini, kecil dan tidak nampak sangat. Kalau cik en makan seafood, ayam atau ikan yang gatal, semestinya sedap sangat cik en mengaru, sampaikan berdarah darah. Sekarang dah bekerja, macam macam ubat cik en guna, dari satu farmasi ke farmasi yang lain. Urmm.. guess what, sekejap je dan cik en ini jenis malas dan kerap lupa untuk letak ubat krim. Ubat makan seperti tablet dan kapsul pun tak dapat membantu cik en.
Sampailah cik en mencuba Spray 8 dari Furley Bioextracts ini. Cik en displinkan diri untuk guna sekerap yang mungkin dalam jangka masa 2 minggu. Bau Spray 8 ini macam bau manggis dan sebenarnya Spray 8 ini menggunakan bahan utama dari ekstrak kulit manggis yang berfungsi anti radang atau anti-inflammatory. Patut la bau dia wangi semacam. Selain itu ada ekstrak daun semambu atau neem. Sememangnya neem sangat berkesan dalam analgestic, anti-bakteria dan anti fungas sendiri. Dan tengok tak perubahan kaki cik en walaupun cik en gunakan baru 2 minggu. Macam ini la..
Nampak tak? Fungas dah mula kering, mengecil dan nampak kemerahan. Kemerahan itu tanda kulit dan semakin sihat. Wow! Berjaya juga cik en menyelesaikan masalah fungas cik en ini. Susah sebenarnya kulit jenis sentitif dan kering. Dulu pernah jadi di jari tapi berubat kampung saja yang berjaya sembuh. Dan atok yang berubat cik en tu dan meninggal so masalah cik en ini lama la. Memang bagus la produk Spray 8 ini. Tak sangka cik en. Selain itu bahan lain dalam Spray 8 ini seperti berikut
Water (Aqua), DermaXanTM (Garcinia mangostana L. extract), botanical extract (Quercus infectoria, Azadirachta indica, Phyllanthus niruri & Chromolaena odorata), PEG-40 hydrogenated castor oil, vitamin E, 2- phenylethanol, caprylyl glycol, permitted fragrance.
Spray 8 ini tak susah guna. Just sembur lebih kurang 15cm dari jarak kulit dan ianya akan kering sendiri dalam masa kurang 5 minit. Rasanya sejuk dan sangat selesa selepas menggunakannya. Spray 8 ini juga tak macam produk lain yang kena goncang. Just sembur je terus tanpa perlu di goncang. Sangat senang kan? Spray 8 ini juga sesuai dan sangat berkesan untuk semua jenis luka, melecur, gatal-gatal, ruam serta ianya sesuai dengan semua jenis kulit. Kulit cik en yang sentitif ini pun sesuai, tiada ruam atau masalah kulit yang lain. Dengan trademark "Spray Penjagaan Luka Semulajadi Untuk Pemulihan Yang Pantas" memang kena la sangat.
Furley Bioextracts yang keluarkan Spray 8 ini cik en nak story sikit merupakan syarikat yang menggunakan buahan manggis sebagai bahan utama untuk produk mereka ini dengan satu tagline "Everyone is looking for safe, all natural product to support the health of their families and themselves - Kelvin Soo, Lab Manager Furley Bioextracts" . Mereka menggunakan bahan semulajadi yang mana kita tahu ianya sangat selamat untuk semua peringkat umur manusia. Syarikat ini juga merupakan Malaysian biotechnology and agriculture yang mengeluarkan produk makanan berfungsi (nutraseutikal), makanan tambahan dan kosmetik (kosmeseutikal) yang berkualiti tinggi. Syarikat ini juga dalah Bio Nexus ( special status awarded to qualified international and Malaysian biotechnology companies ) sejak tahun 2008 lagi dan Menang Most Innovative Award in Biotechnology and Agrotechnology by SME Corporation Malaysia pada tahun 2013
Bagus kan produk ini? Nak tahu harga Spray 8 ini? Korang mesti tak sangka. Sangat berbaloi dan mampu milik. Boleh pakai lama lagi. Ini harga Spray 8
Kat mana boleh dapat? korang boleh cari di farmasi berhampiran atau buat pembelian atas talian (online) di http://store.furleybio.com/ . Cik en recomended sangat sangat produk ini ye. Cik en pakai dan cik en kongsi yang mana bagus dan berkesan.
Pertama Kali Mencuba Lipstick Bewarna Ungu | Lipstick ungu?? Warna yang tak pernah cik en cuba semenjak dahulu lagi. Warna yang agak naughty ini sememangnya bukan warna pilihan cik en. Tapi kenapa cik en memilih warna ini sekarang ini? Semuanya kerana aplikasi Snow di Play Store yang mana ada pilihan aplikasi yang ini
Nampak gothic kan? Hahaha. Macam terbekenan pula dengan lipstick begitu. Jadi petang itu cik en ke Watson Sitiawan dan cari warna seakan akan warna itu tapi tak ada. Ada satu lipstick dari Maybelline Colorshow Madly Magenta Creamy Matte Lipcolor code M402 yang menarik perhatian cik en . Harga RM 18.97 . Murah kan? Tetiba jadi obses dengan warna camni. Jenuh la.. hahahah.. Cuba kongsi warna warna lipstick yang korang pakai lani. Lengkap dengan code dan jenama. Boleh cik en mencari nanti. Kalau berkenan boleh lah beli. Hahahaha
Rakyat Perak Akan Cuti Setiap Jumaat Pertama Bulan November | Rakyat Perak akan meraikan ulang tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada hari jumaat, minggu pertama bulan November bermula tahun ini. Titah Sultan Nazrin ini dipertimbang dengan teliti dan dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 164 yang bersidang pada 20 November 2015 lagi. Jadi untuk tahun ini 2016, Perak akan meraikan pada 4 November. Alhamdulillah, semestinya ada sebab kenapa Sultan Perak menginginkan hari jumaat setiap bulan November sebagai hari meraikan hari keputeraan baginda. Sebagai rakyat Perak, cik en rasa bertuah di kurniakan Sultan yang mempunyai akhlak dan ilmu agama yang tinggi.
3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs Buat Kulit Sihat Dan Berseri | Kulit sihat tapi kusam dan tak berseri selalu jadi masalah kepada wanita yang bekerjaya di luar pejabat. Sinaran UV yang berlebihan buat kulit jadi pudar. Dan itulah masalah cik en. Muka bebas jerawat, bersih tapi gelap, kusam dan tak bermaya. Sedangkan kulit asal cik en sawo matang. Kebetulan dah mula berganjak umur 30 an ini. Banyak sel sel sihat dah mula hilang. Kalau semata mata menggunakan krim siang, foundation atau mekap, semua itu tak mampu merawat. Jadi korang perlukan serum yang terbaik untuk merawat kulit korang dari dalam.
Cik en nak kongsi sikit penggunaan satu serum ini. Hampir 2 minggu cik en gunakan. Rasa kulit muka glowing dan bersih. Muka pun nampak seri. Meh nak tunjuk bukti dulu. Kalau tak korang tak percaya kan?
Perbezaan muka atas dan bawah nampak ketara kan. Atas nampak kusam walaupun menggunakan sedikit bedak compact kan? Bawah nampak lebih berseri dan cerah walaupun memakai sedikit bedak compact sama seperti diatas
Gambar kiri memang tak memakai sebarang make-up sebab sakit gigi. Jadi mood memang tak ada untuk bersiap. Sebelah kanan pula masa team building kursus baru baru ini. Memang tak memakai sebarang makeup juga sebabnya aktiviti kecergasan. Gambar itu juga diambil petang selepas selesai team building. Mungkin ada yang tak nampak jelas kan? Meh cik en belanja lagi gambar terbaru lagi
Nampaknya 3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs buat kulit cik en sihat dan berseri walaupun baru 2 minggu penggunaanya. Kalau cik en amalkan sentiasa dan lebih lama semestinya kulit cik en akan lebih berseri seri kan?
Mesti korang nak tahu, apa yang ada dalam 3D Gold Stemcell Serum ini sampai boleh buat kulit wajah gebu, muda dan berseri seri serta akan membuat perubahan konsisten dari hari ke hari. 3D Gold Stemcell Serum menggunakan 4 bahan utama :
Pure Argania Stemcell - Fungsinya mengekalkan dan melindungi "stem cell" kulit, mengurangkan sampai 50% kedutan muka, Menganjalkan dan meperbaiki kulit, memberi revijunasi kepada kulit secara mendalam
Hydrolyzed Wheat Protein - Berfungsi memberi nutrisi yang baik sambil melicinkan kulit, mengelakkan kulit terlalu kering dan berminyak.
Lepitiu, Sativum Sprout Extract - Yang ini best sikit dan sesuai untuk yang berkulit putih. Mengilangkan pigmentasi dan menghalangkan pembentukan jeragat
Dermcom - Membantu hasilkan kolagen dan elastisiti yang hilang pada kulit, Meningkatkan pertumbuhan semulajadi sel kulit, Menghasilkan kulit yang segar, ceria dan anjal. Meningkatkan rejuvinasi tekstur kulit dan mengetatkan liang liang pori.
Selain itu diperkaya dengan Sodium Hyaluronic, Arginine, Squalane, Olea Europaea(Olive) Fruit Oil, Aloe Barbadensis Extract, Vitamin C dan E, Malus Extract, Solar Vitis dan Gold Dusk.
Fuh banyak kan bahan bahan yang ada dalam 3D Gold Stemcell Serum ini. Kira lengkap semua. dari treatment dalaman dan luaran. Sesuai untuk semua kulit. Selain apa yang cik en nyatakan di atas, 3D Gold Stemcell Serum ini juga boleh
Cara hilangkan parut hitam
Cara nak hilangkan jeragat
Kecutkan jerawat
Nak kulit flawless
Dapatkan kulit tona sekata
Kecilkan liang pori
Petua kulit flawless
Cara melembapkan kulit muka
Anjalkan kulit muka
Kawal minyak muka
Cerahkan kulit wajah
Tegangkan kulit muka yang menggeleber
Hilangkan gelap bawah mata
Melindungi kulit dari sinaran UV
Cara hilangkan garis halus dan kedutan muka
Banyakkan kegunaannya. Tekstur dia pun lembut dan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Bila apply ianya meresap terus tanpa perlu nak tunggu lama. Aturan pemakaiannya selepas apply toner, bolehlah apply serum dan seterusnya korang boleh pakai foundation atau bedak. Mudah sangat kan? Cik en pakai waktu pagi untuk ke kerja dan malam sebelum apply krim malam. Berminat? Ini detailnya
Harga
RM 150 (SM) | RM 159 (SS)
Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai RM 69.90
Lagu Gegar Vaganza 2016 Minggu Ke 4 | Gegar vaganza 2016 menampilkan penyanyi Ameng, Azharina, Elly Mazlein, G-Mie (Screen), Intan Sharafina, Nora, Siti Sarah, Razis Ismail, Rem, Shidi (Data), Siti Sarah, Zarul dan Zur Eda telah masuk minggu ke 4.
Tugasan mereka untuk minggu ke 3 adalah :
Ameng - Nilai Cinta duet Siti Nordiana
Azharina - Doa Buat Kekasih duet Haleeda
Elly Mazlein - Jangan Menangis Sayang duet Acong
G-Mie (Screen) - Pada Syurga Di Wajahmu duet Nizam
Ramai Yang Pilih Mengundi Make-Up Yang Ini | Pagi tadi cik en ada la compare 3 jenis makeup yang cik en pernah apply. So far tidak la makeup yang tebal cuma makeup yang simple seperti makeup base, eyeliner, blusher dan lipstick. Sesuai untuk dipakai setiap masa. Jadi cik en cuba bertanya kepada rakan sosial cik en di Instagram Personal dan Facebook Personal cik en. Tak sangka ianya mendapat responsen ( ala ala undian gitu) yang memberansangkan. So cik en akaan buat dalam bentuk percent okey. Responden sebanyak 45 orang dan masa undian bermula 1.00 petang hingga 9 malam.
2 %
.
.
.
.
.
.
71 %
.
.
.
.
.
.
16 %
.
.
.
.
.
.
11 %
.
.
.
.
.
.
memilih lebih dari 1 jawapan.
Jadi ramai yang memilih no 2 yang mana makeup lebih Beauty Look. Yang ini cik en menggunakan Essence Pure Nude Make-Up code 10 pure beige, Blusher Daiso , Moisture Boost Lipcolor Balm Code 01 Latte Silkygirl, Essence Waterproof multi-effect mascara, Masterliner Maybelline. Simple Make-up tapi sesuai untuk semua keadaan.
Astaghfirullah Peah Oi ! Apa Yang Hang Buat ni???? | Cik en menarik nafas panjang menahan marah pada si peah ini. Peah buat hal 2 hari ini. Pantang laptop cik en terbuka, pastinya dia akan keluarkan skill dia menaip tap.. tap.. tap.. Cik en perasaan satu malam dia menaip. Cik en ada cerita kat facebook cik en. Klik see more ye untuk tahu cerita selanjutya
Dan selepastu, dia buat ini pula
Dan ini keadaan dia lepas cik en dapat tangkap pe dia buat
Tengok? tanpa muka bersalah kan? Tergedik gedik. Tapi bila dah cool. Cik en gelak sampai menitis air mata tengok perangai dia dua tiga hari ini. Nak tahu siapa cik en ini? Cik en pernah cerita di entry Peah Kucing Berbaka Calico . Apa apa pun peah, mama sayang sama lu la... Ceriakan hari hari mama dengan perangai gedik dan manja dia. I Love You Rafeah Bin Simpan aka Peah!
Mustakimah Kambing Berbaju dan Headband Pink | Haiwan kesayangan berbeza dengan haiwan ternakan. Haiwan kesayangan membawa maksud haiwan yang dipelihara di dalam rumah kediaman dengan penuh kasih sayang. Selalunya haiwan yang paling banyak menjadi haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing. Ada juga haiwan lain seperti arnab, hamster, sugar glider tapi selalunya jarang boleh dipeluk dan dicium ganas ganas. Hahaha. Haiwan ternakan pula adalah haiwan yang dipelihara untuk mendapatkan hasil seperti kambing, lembu, bebiri, kerbau, ayam, burung putuh dan haiwan lain lain yang mendatangkan hasil.
Tapi kes cik en pagi tadi, haiwan ternakan dijadikan haiwan kesayangan. Dimandi, dipeluk, dicium, diajak tidur skali, dipakaibaju dan juga reben di kepala. Inilah dibuat oleh makcik Halijah. Menjadikan kambing sebagai haiwan kesayangan yang dijaga macam anak dia sendiri. Sempat la cik en berselfie dan rakam video tadi.
Mustakimah ini memang tak duduk diam. Nak selfie je dia kelam kabut nak terkam telefon. Jadi banyak gambar bergoyang goyang
Cik en cuma berikan suntikan multivitamin saja untuk naikkan selera makan Mustakimah ini. Selesai suntikan dia marah sangat. Mengembek kuat. Dibawah ini muka merajuk dia.
Tuan dia rajin pulak memujuk. Hahaha.
Hahaha. Ini antara ragam pelanggan yang datang ke klinik cik en. Memang senang terhibur kalau dapat pelanggan yang gila gila macam makcik ini. And last cik en nak kongsi sikit gelagat mustakimah .
Ada Aku Kisah Dengan Produk Deeja Cosmetic ini? | Orang bercerita pasal produk Deeja Cosmetic yang Sherry Ibrahim punya itu dah lama, tapi biasalah cik en, bukan kisah sangat pun produk kosmetik sebegini nak ditempek pada muka. Bagi cik en, produk yang ada dipasaran sekarang ini harapkan putihkan kulit muka saja tapi masih kusam tanpa seri wajah. Kusam saja walaupun muka cerah, buat apa kan? Cik en nak kulit itu berseri, ayu dan glowing walaupun apa jua jenis warna kulit. Berkulit cerah tak semestinya cantik dan berkulit gelap tak semestinya buruk. Jadi tak perlu nak ubah warna kulit kot untuk nampak lebih cantik cuma yang penting cari jalan macamana nak memperbaiki keadaan wajah yang bermasalah ini kepada lebih berseri dan ayu.
Tup tup, cik en diberi peluang untuk mencuba sendiri produk Deeja Cosmetic ini. Bertagline kan " Keayuan Semula Jadi " menarik minat cik en. Deeja Cosmetic banyak menumpukan kepada rawatan masalah kulit wajah dan memberi keserian wajah walaupun apa jua warna kulit. So cik en mencuba masa 4 minggu dan ada kalanya cik en termiss juga nak pakai. Lagi lagi balik kampung tertinggal set ini. Walaupun begitu, cik en nampak tau perubahan pada kulit wajah cik en ini. Kalau dulu, ala ala makcik umur 40 tahun tapi sekarang ada yang puji baru belasan tahun. Bukan sekali malah berkali kali juga. Ini pujian face to face ye.. kira berdepan secara live bukannya pujian di media sosial. Cik en tak perlu nak filter dan adjust bagai di kamera handphone cik en lagi sekarang ini. Kalau dulu, walaupun cik en pakai foundation, still nampak kekurangannya. Tapi sekarang jadi lebih perfect.
Dari segi kecerahan kulit pula, tak banyak beza sebabnya cik en sememangnya berkulit sawo matang cuma penggunaan krim siang yang mempunyai SPF 50 banyak bantu protect kulit wajah cik en. Ada satu yang cik en suka dengan Deeja Cosmetic ini, Krim Nano dia memang best. Dalam itu ada satu bahan yang baik dan semula jadi. Guess what? Kunyit salah satu bahannya. Of course, kita tahu kebaikan kunyit memang baik untuk kesihatan dan kulit. Salah satu fungsi kunyit ini adalah menaikkan aura seri wajah yang kusam dan gelap. Inilah dia yang buat cik en nak cuba Deeja Cosmetic awal awal dulu.
So sekarang cik en tertanya balik pada diri cik en "Ada Aku Kisah Dengan Produk Deeja Cosmetic ini? Jawapan cik en selepas 4 minggu penggunaan. Semestinya aku kisah sangat sebabnya Deeja Cosmetic ini lah yang buat kulit aku berseri -seri tanpa perlu aku gunakan kamera aplikasi 360 atau filter. So kenapa perlu cik en nak sangkal produk ini kan? Nak bukti?
Sebelum penggunaan Deeja Cosmetic
Selepas menggunakan Deeja Cosmetic
Perbandingan sebelum dan selepas penggunaan Deeja Cosmetic
Puas hati tak kalau dapat muka berseri macam cik en ini? Ada tak rupa Sherry Ibrahim? Hahaha. Tak kisah lah, tak ada rupa Sherry Ibrahim pun cik en dah puas hati hasil dari menggunakan Deeja Cosmetic ini.
Deeja Cosmetic ini didatangkan dengan pakej yang di muat dalam 1 kotak bewarna oren. Dalam kotak ini ada 5 barangan yang terdiri daripada
SABUN PEMBERSIH MUKA DEEJA COSMETIC Bahan - Bahan : Lobak, Susu dan Air Mawar
TONER NANO DEEJA COSMETIC
Bahan - Bahan : Air Mawar dan Aloe Vera
KRIM SIANG DEEJA COSMETIC (SPF 50) Bahan - Bahan : Biji Almond, Biji Tomato dan Aloe Vera
KRIM MALAM DEEJA COSMETIC Bahan - Bahan : Alpha Hidroxy Acid (AHA) , Vitamin E, Retinoid Acid dan Gliserin
KRIM NANO DEEJA COSMETIC (Malam) Bahan - Bahan : Kunyit dan Minyak Jojoba
Barangan ini dibahagikan kepada 2 situasi apabila korang nak pakai. Satu dipakai waktu siang dan satu lagi dipakai waktu malam. Meh cik en nak ajar sikit macamana nak pakai produk ini.
Pemakaian waktu siang/pagi
Cuci muka menggunakan sabun pembersih muka
Gunakan Toner Nano sedikit pun memandai
Sapukan Krim Siang untuk melindungi kulit dari sinar UV
Selepas itu boleh guna foundation, bedak compact dan sebagainya
Pemakaian waktu malam
Cuci muka menggunakan sabun pembersih muka
Gunakan Toner Nano sedikit pun memandai
Sapukan krim malam (nipis pun memandai)
Sapukan krim nano untuk lapisan kedua (nipis pun memandai)
Korang ada masalah kulit sentitif? Jangan pulak korang kata produk ini tak boleh guna. Ada aturan untuk kulit yang sentitif. Caranya
Diawal penggunaan, dinasihatkan memakai krim malam selang satu hari (untuk lihat raksi pada kulit)
Jika tiada masalah, teruskan saja guna tetapi jika ada masalah, jarakkan penggunaan kepada selang 3 hari .
Reaksi mungkin berbeza mengikut jenis kulit korang.
Korang cuba pakai secara konsisten dalam masa seminggu dua. Korang akan mula rasa kesan penggunaannya. Yang cik en ni tak konsisten pun dah nampak kesannya apatah kalau yang konsisten. Mesti ada tanya, kenapa kecik sangat packing Deeja Cosmetic ini? Walaupun di packing kecil ye korang, korang tak perlu nak letak banyak banyak. Nipis saja dah mencukupi. Dah masuk sebulan cik en guna tapi stok masih lagi banyak. So berbaloi la kalau korang nak mencuba. Berkesan dan jimat. Nak cuba? Cik en tak jual ye tapi cik en akan bagi detail untuk korang order.
Harga Set Deeja Cosmetic ( 5 in 1)
RM 85.00 (SM) RM 90.00 (SS)
Jika selepas pakai nanti, ada produk yang habis, korang boleh beli secara berasingan. Harga seperti dibawah
Lagu Gegar Vaganza 2016 Minggu Ke 5 | Gegar vaganza 2016 menampilkan penyanyi Ameng, Azharina, Elly Mazlein, G-Mie (Screen), Intan Sharafina, Nora, Siti Sarah, Razis Ismail, Rem, Shidi (Data), Siti Sarah, Zarul dan Zur Eda telah masuk minggu ke 4.
Tugasan mereka untuk minggu ke 5 bertema Hitz Vaganza adalah :
Jus Qalbi Al-Ehsan Formula Semulajadi Yang Baik Untuk Tubuh Badan | Pernah tak korang rasa mudah letih, penat, cepat mengantuk, sering sakit kepala atau rasa badan jadi malas? Walaupun korang dah rehat cukup dan cukup makan. Kalau ada korang ini ada tanda tanda paras kolestrol yang tinggi tau! Sama macam cik en, ada masa rasa letih sangat walaupun tak la melakukan kerja yang berat pada masa itu. Cik en baru 29 tahun je kot, takkan la kolestrol tinggi kan? Tapi sebenarnya banyak faktor kolestrol dalam darah boleh melebihi paras normal seperti
Pemakanan yang tidak seimbang dan sihat
Berat badan berlebihan
Kurang bersenam
Usia
Keturunan
Merokok
Kalau mudah letih, penat, cepat mengantuk, sering sakit kepala itu korang dah biasa atau dah lama, korang kena lebih alert sebabnya kalau kolestrol yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi sakit dada, serangan jantung atau lagi kronik jadi strok.
Bila cik en tahu, cik en jadi risau, sekarang ini bukan kira umur boleh jadi strok, so cik en di perkenalkan dengan satu jus yang menggunakan 100% bahan asli tanpa pengawet. Jus Qalbi Al-Ehsan. Bahan bahan yang digunakan ada sekeliling kita dan ianya memang terbukti dapat membantu menurunkan kandungan kolestrol dalam tubuh badan. Selain itu dapat membaik pulih dan merangsang sistem peredaran darah serta mengurangi risiko komplikasi jantung, stroke,sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan. Dan juga, ianya dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Ada juga Vitamin C yang baik untuk kulit kita.
Nak tahu apa bahan bahan yang ada dalam Jus Qalbi Al-Ehsan ni? Ada 5 bahan utama iaitu
Bawang Putih - berfungsi membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Selain itu mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser
Halia - membantu menghadamkan makanan dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar
Lemon - Vitamin C dan baik untuk usus
Cuka Epal - Mengurangkan adar kolestrol, membantu penghadaman dan beri tenaga
Madu Asli - Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan, Menghindarkan badan letih dan lesu.
Jus Qalbi Al-Ehsan ini boleh amalkan setiap hari dan sesuai untuk tua dan muda. Cuma minum sesudu pagi dan sesudu sebelum tidur dan hasilnya boleh rasa dalam masa sebulan. Tapi korang kena guna sudu plastik saja tau. Produk ini juga halal dan tanpa bahan pengawet.
Sekarang lebih kurang sebulan amalkan Jus Qalbi Al-Ehsan ini, cik en mula terasa cergas, badan ringan dan tak mudah semput kalau bersukan. Rasa berbaloi la kalau korang beli. Nak cuba? Cik en bagi detail mengenai Jus Qalbi Al-Ehsan ini di bawah. Dan follow ig dan page facebook Jus Qalbi Al-Ehsan sebabnya dorang selalu buat promosi.
Post Mortem Kerbau Sapi | Post Mortem atau bedah siasat merupakan satu langkah siasatan yang dilakukan pada haiwan atau manusia untuk mengetahui punca-punca kematian. Tapi cik en tak la nak terangkan mengenai manusia sebab cik en pembantu veterinar, jadi cik en hanya PM untuk haiwan ternakan sahaja. PM not perdana menteri atau private massage tapi shortform bagi post mortem bagi team veterinar ye. Jangan salah pulak.
Sebelum ini cik en ada terangkan mengenai PM di entripost mortem haiwan. PM ini boleh dilakukan di makmal veterinar atau lapangan (ladang ternakan). Bergantung kepada saiz ternakan. Kalau kerbau yang besar takkan nak diusung ke makmal veterinar kan? So tugas staf veterinar di daerah untuk buat PM di lapangan. Selalunya 5 organ akan diambil sebagai sampel iaitu Hati, Jantung, Peparu, Limpa dan Buah Pinggang.
Untuk kali ini, cik en menerima panggilan telefon daripada peternak mengenai kerbau berbaka sapi mati dalam keadaan tiba tiba. Kebetulan, cik en dan team perlu ke tempat peternak tersebut untuk buat program penvaksinan. Jadi sebelum program penvaksinan kerbau di jalankan, cik en buat dulu PM. Sebenarnya ini first time cik en buat untuk ternakan jenis ruminan besar. Selalu hanya buat untuk ruminan kecil seperti kambing sahaja. So dari segi saiz dan berat mungkin memerlukan tenaga yang lebih pada cik en. So far, apa salahnya kan? pengalaman untuk PM haiwan yang besar.
Kerbau diatas sebenanya sihat petang sebelum itu. Peternak iaitu owner datang awal pagi tersebut dan tengok kerbau ini dah mati. Disebabkan kerbau ini mati di dalam kawasan kandang dan kebetulan betul betul di tepi pagar, jadi susah untuk kami memusing atau menterbalikkannya. Dengan posisi yang ada, agak sukar sebenarnya untuk kita ambil sampel sampel yang diperlukan. Sepatutnya posisi seperti dibawah ini :
Hahaha. Jangan gelak ye, cik en cuba nak bagi gambarangan kat korang dengan gambar yang mudah. Yang ada di google nampak complicated takut korang tak faham. Korang perlu baringkan haiwan yang mana kepala haiwan tersebut disebelah kanan korang. So untuk kes PM kerbau sapi ini, kepala di sebelah kiri dan susah sedikit untuk kita dapatkan 5 organ tersebut tapi still boleh buat PM. Senang cite bahagian kiri kerbau mesti dibawah. Ini kerana rumen terletak disebelah kiri ternakan yang mana boleh mengganggu penglihatan semasa pemeriksaaan dilakukan. Sebabkan tiada choice, kami terpaksa gunakan tali untuk ikat kaki kiri depan dan belakang. Ini untuk memudahkan PM. Kebetulan kerbau tersebut dan kembung jadi body agak keras. So jangan ada yang komen, position ini salah. Kami tiada choice untuk menterbalikkan dia. Selesai ikat, operasi pun bermula. Ini sebahagian gambar yang sempat dirakam ye. Ini untuk tatapan dan info baru bagi yang bukan dalam bidang veterinar atau medic
Disebabkan terbalik ini, cik en ambil buah pinggang dahulu sebabnya ianya senang diambil dahulu sebelum organ lain.
Disebabkan dah berpeluh dan mula letih, terpaksa minta pertolongan staf lain juga. Bukan senang tau, Berat dan susah. Dalam masa yang sama geng senior membuli cik en. Hahaha. Dalam masa tersebut, gas methane, carbon dioxide, dan sedikit gas hydrogen. yang ada dalam perut rumen kerbau dah mula keluar. Salahnya cik en gak, ter tebuk perut yang korang nampak besar macam bunting itu. Gas tersebut kalau ada api, mau meletup korang.. Hahaha. Sedikit gambaran mengenai perut kerbau.
Gas ini jangan main main, sebab itu ada yang katakan kentut lembu boleh menipiskan ozon. Yang itu cik en sendiri tak boleh nak buktikan tapi ada juga logik akal.
Gambar diatas adalah keadaan bahagian dalam perut kerbau (rumen) tersebut. Bahagian kulit perut nampak kehitaman dan reput. Analisis awal mendapati, kemungkinan kerbau ini keracunan. Mungkin termakan baja atau rumput yang telah diracun. Kebetulan kerbau ini jenis integrasi iaitu lepas di bawah pokok kelapa sawit. Disebabkan itu, kami ambil untuk sampel keenam, lapisan dalam perut kerbau (rumen) tersebut.
Setiap sampel perlu di masukkan kedalam plastik baru. Satu sampel, satu plastik. Labelkan dan simpankan dalam satu plastik yang lebih besar serta labelkan no tag ternakan, jenis ternakan, nama peternak dan alamat ladang serta tarikh PM dijalankan. Sampel PM boleh hantar terus tke makmal tapi kalau dah lewat petang, boleh simpan di dalam peti ais beku. Keesokkan harinya barulah dihantar. \ Settle dan tunggu laporan penuh daripada makmal.
Saja nak sharing dengan korang, perut haiwan ruminan ini tak sama dengan perut kita. Ruminan bermaksud haiwan yang mempunyai 4 sistem perut. Rumen, Reticulum, Omasum dan Abomasun. Dibawah ini sdikit info dan gambaran untuk korang :
Kalau korang perasaan, anak panah warna hijau itu adalah permulaan. Sebabnya lembu akan makan makan dan makan tapi di simpan di rumen dan seterusnya ke reticulum. Lepas itu bila balik ke kandang, korang akan perasaan, mulut haiwan ruminan ini masih mengunyap, itu tandanya, makanan tadi dikunyah semula dan barulah masuk ke omasum dan seterusnya ke abomasum dan akhirnya ke usus dan jadilah najis. Jadi untuk kes kerbau tadi, perut dia besar bukan kerana bunting tapi disiang hari, kerbau itu makan dan masa itulah semuanya yang dimakan disimpan. Kira masa Unta la.. Simpan air di bonggol. Bila diperlukan barulah digunakan. 1 ekor kerbau dalam berat 300kg memerlukan lebih kurang 20 kg rumput segar.
Selesai juga entri ini. Sebelum ini cik en kongsi secara general. Disebabkan fikir pembaca cik en hanya dikalangan orang luar dalam bidang vet. Tapi ada juga vet yang menjadikan blog ini sebagai rujukan. Apa apa pun terima kasih dan cik en masih lagi dalam proses belajar. Insyallah, kalau ada kes kes lain, cik en akan kongsi.
Veterinar Merupakan Pekerjaan Yang Membahayakan Kesihatan | Berminat dengan haiwan? berminat untuk jadi seperti kami, pembantu veterinar, pengawai veterinar atau doktor veterinar atau senang di sebut Vet? Selepas baca tajuk di atas, masihkah korang berminat dalam kerjaya ini?
Apa yang korang nampak di klinik haiwan sangat berbeza dengan dunia realiti kehidupan seorang Vet. Senario di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar merangkumi kesihatan dan kesejahteraan haiwan ternakan dan haiwan kesayangan. Bagi klinik veterinar swasta kebanyakan menumpukan rawatan pada small animal atau haiwan kecil seperti kucing, anjing, dan sebagainya. Dimana pun kami, kami mempunyai risiko yang tersendiri. Lagi lagi yang bekerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, tak kisahlah di negeri, makmal atau loji pemprosesan makanan.
Kami sebagai benteng utama apabila berlaku wabak. Contohnya wabak JE atau HPAI, bila outbreak atau kawasan confirm dijangkiti, pasukan yang pertama sampai adalah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Masa ini, akan wujud team taskforce dan pusat kawalan. Cuba bayangkan, wabak yang boleh meragut nyawa manusia dan kami sebagai team pertama yang hadapi untuk mengawal.
Rutin tahunan kami di pejabat perkhidmatan veterinar daerah, melaksanakan program kesihatan ternakan yang mana perlu mengambil sampel darah (sampel serum) dan pemberian vaksin. Semasa Program Kesihatan Ternakan ini, terlalu banyak risiko kesihatan dan keselamatan. Korang boleh tonton video dari ig yang pernah cik en kongsikan
Di bahagian makmal veterinar pula, semestinya lagi banyak risiko sebab disinilah tempat berkumpul semua sampel haiwan yang mati dan sakit. Walaupun ada skop kebersihan tapi ianya masih terdedah dengan risiko kesihatan. Walaupun nampak mereka smart berbaju kurung dan berkemaja, peranan mereka banyak membantu manusia sejagat dalam mencipta vaksin dan ujikaji penyakit.
A photo posted by Eintan Nurfuzie (@eintan_nurfuzie) on
Di klinik veterinar pun ada juga. Cara handling (kekangan) haiwan bukan mudah okey... Tipulah kalau yang kerja di klinik veterinar, tak pernah dicakar atau digigit. Tahu tak korang, ada penyakit yang boleh merebak melalui cakaran dan gigitan. Penyakit zoonotik yang mana berjangkit dengan manusia. Contoh bagi kucing, penyakit sporo dan anjing penyakit rabies. Kucing dan anjing bila di rumah, mereka sangat-sangat manja dan baik, tapi.. bila di bawa ke klinik veterinar, semestinya perangai dorang akan berubah menjadi lebih agresif. Walaupun vet layan sebaik dan selembut yang boleh, tapi naluri haiwan ini kita tak boleh nak nafikan.
A video posted by Eintan Nurfuzie (@eintan_nurfuzie) on
Sebenarnya kalau nak disenaraikan tugas veterinar di dalam atau luar negara, memang banyak. Cukup cik en simpulkan, Veterinar , veterinary , veterinario , veeartsenykundige , hewan , veterinaire , vétérinaire dan banyak lagi nama di seluruh dunia yang membawa maksud sama merupakan satu team atau kumpulan yang bekerja untuk kedua dua spesis yang terbesar di dunia iaitu haiwan (kesihatan dan kebajikan) dan manusia ( sumber pemakanan seperti daging, susu, telur dan sebagainya) .
So.. tak hairanlah, kerjaya veterinar ini mendapat tempat ke 4 dalam The 27 jobs that are most damaging to your health 2015yang dikeluarkan oleh Occupational Information Network (O*NET) . So bila dah baca pengalaman cik en dan tugas tugas veterinar ini, korang masih berminat dengan kerjaya veterinar ini tak?? Tepuk dada tanyalah selera. Mampu kah korang kotor, busuk, comot, masuk ladang babi, kena tanduk dengan kerbau, kena tendang dengan lembu, kena cakar dengan kucing, kena gigit dengan anjing, kena atasi aduan lalat yang mana tak habis habis walaupun dah pelbagai cara digunakan. hahahahaha.. Yang lalat itu hanya joke saja ye. hahaha..
p/s : Cik en selalu kongsikan rutin pekerjaan cik en sebagai pembantu veterinar di IG Personal cik en. Kalau nak tengok, bolehlah follow https://www.instagram.com/eintan_nurfuzie/ dan kalau macam dah banyak sangat gambar selfie cik en, hahaha, boleh terus ke hastag #eintannurfuzieisveterinarian
Jualan Online Revolution Sale Lazada Untuk Orang Gila | Lazada buat gila balik bermula hari ini. 11 November 2016 ini bermulakan Jualan Online Revolution Sale Lazada atau korang boleh search di media media sosial seperti instagram, twitter, facebook dan yang lain lain menggunakan hastag #LZDMYRevolution . Kemeriahannya dirasai dan korang akan teruja dengan harga menjunam jatuh dan tak masuk akal. So memang sesuai untuk orang yang gila shopping online kan?
Apa itu Jualan Online Revolution Sale Lazada atau LZDMYRevolution ini?
Ianya merupakan jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.
Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.
“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih subbandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”, ujarEn. Ressel di hujung kata.
Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG ; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.
Mengenai “Online Revolution” Lazada
“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.
“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.
Dilancarkanpada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.
Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.
Kalau korang dah masuk di laman shopping online lazada itu, jangan lupa spin the wheel untuk bagi korang can dapatkan voucher. Boleh cuba banyak kali ye..
So apa tunggu lagi tekan laju laju turbo banner dibawah ini untuk shopping bermula 11 November sehingga 14 December 2016
Just nak kongsi, cik en dapat "Parcel Of Joy" di video bawah ini