Nak Bagi Can Tanya Soalan | Disebabkan cuti panjang dan cik en pun akan travel, cik en akan tinggalkan blog ini untuk beberapa hari tanpa update. Jadi cik en nak bagi peluang pada korang, sebelum habis 2016, cik en benarkan korang tanya cik en 1 soalan dan cik en akan jawab jujur. Sebabnya cik en tahu, akan ada yang terjah masuk blog cik en dan rindu dengan entri cik en. Ewah! confident sungguh la... Anyway, selamat bercuti dan kalau korang nak tahu cik en bercuti ke mana, boleh aja follow instagram cik en di www.instagram.com/eintan_nurfuzie. Jumpa minggu depan.. Xoxo
↧
Nak Bagi Can Tanya Soalan
↧
Kenapa Aku Memilih Untuk Travel Secara Solo
Kenapa Aku Memilih Untuk Travel Secara Solo | Ramai yang terkejut dengan keputusan cik en untuk buat solo travel pada tahun 2017. Cik en ada nyatakan dalam entri sebelum ini. Sebenarnya pengalaman sebelum ini yang buat cik en nekad untuk travel seorang diri dalam mencari pengalaman di tempat orang. Tapi apa apa pun, cik en perlu kuat dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan cabaran #cikentravelsolo ini. Sebabnya cik en perlu research keadaan sesuatu tempat sebelum memilih untuk travel.
Kenapa cik en memilih travel secara solo? Anyway cik en masih belum dapat mencari partner travel yang serasi dengan cik en. Selain itu cik en nak cabar diri cik en untuk berdikari dan selesaikan masalah sendiri di tempat orang. Cik en sendiri sebenarnya nak mencari partner yang TIADA masalah masalah dibawah ini :
- Cerewet dari segi pemilihan hotel ,pengangkutan, makanan dan lain lain
- Cancel last minute walaupun kita dah booking hotel atau flight
- Banyak menghabiskan masa dengan telefon daripada aktiviti travel
- Berkira. Tidak kira la berkira masa atau kewangan
- Degil dan keras hati serta tak mahu mendengar pendapat orang lain. Confirm dengan cik en akan bergaduh. Hahaha
- Tidak menepati masa dan perancangan
- Malas nak research tempat tempat menarik. Mengharapkan orang lain untuk carikan. Kira tiada perancangan. Yang tahu bawa badan saja.
- Jenis diva diva. Tunggu make-up sejam dua. Minta tolong bertanya jalan pun menolak. Senang cerita yang malas nak survive untuk travel. Yang terbaik jenis gila gila, sempoi dan berani.
- Pendiam. Bosan betul kalau tak banyak bercakap. Lagi lagi dalam kereta. Dan macam teksi depa buat. Haha
- Kuat tidur. Hahahah.
So, cik en harap salah satu azam 2017 yang terbesar ini akan menjadi realiti. Cik en akan memilih 6 buah negeri untuk dihabiskan dalam tahun 2017 ini seorang diri. Harap cik en diberi kesihatan dan semangat yang baik. Chaiyok! Chaiyok!
↧
↧
Travel Melaka 1 | Syaz Meridien Hotel, Melaka Duck Tours dan Uptown Pahlawan Walk Banda Hilir
Percutian 3 Hari 2 Malam di Melaka | Cik en memilih negeri Melaka sebagai destinasi terakhir bagi tahun 2016. Bermula dengan perancangan 3 orang beberapa minggu sebelum pergi tapi yang pergi hanya berdua saja. Ada masalah yang tidak dapat dielakkan dalam masa 24 jam sebelum pergi. Jadi sebelum korang memilih kawan bercuti, travel atau apa apa perancangan, elakkan cari kawan yang pentingkan diri. Sebabnya sifat itu yang buat korang akan ada masalah nanti. Mungkin tidak sebelum pergi tapi masa travel nanti. Nak diceritakan nanti menyakitkan hati cik en so biarlah ianya menjadi pengajaran pada cik en. Jangan terlalu percayakan orang walaupun kawan rapat sendiri. Sedangkan adik beradik pun boleh jadi masalah apatah lagi orang luar kan? Sebelum deal, better mintak deposit awal awal. Hahahah.
Panjang pulak mukadimah cik en kali ini, lets go ke cerita percutian cik en kali ini. Cik en ke melaka pada 24 sehingga 26 Disember 2016. Percutian 3 hari 2 malam ini merangkumi aktiviti malam di Bandar Hilir, Coconut Shake Batu Berendam, Kuih Keria Batu Berendam, Pantai Klebang, Asam Pedas Pasar Borong dan shopping di area Muzium Samudera. Anyway cik en ada melawat sahabat lama cik en di Kerubong dan terus cari sekolah lama cik en disana. Tak apa, nanti cik en akan story nanti.
Perjalanan dari Manjung ke Melaka hampir 8 jam. Cik en bertolak jam 7.30 pagi dan mengikuti jalan Sitiawan - Air Tawar - Bota - Tanjung Tualang - Kampar - Tapah untuk mengambil kawan cik en , Ija. Dari Tapah, cik en singgah makan Mee Kari yang famous di Bidor sebelum menaiki Lebuhraya Utara Selatan. Perjalanan alhamdullilah sangat lancar tapi selepas Kuala Lumpur hingga ke Seremban ada sedikit lalu lintas. Kami masuk Tol Ayer Keroh lebih kurang jam 3 petang dan sampai di hotel pukul 3.45 petang. Kami memilih Syaz Meridien Hotel.
Untuk hotel, jujurnya cik en tak suggestkan hotel ini untuk korang. Cik en bagi rate 2/5. Parking yang terhad, customer services yang cik en rasa tak profesional dan tak banyak membantu, bilik air yang berbau walaupun dibiarkan beberapa jam, tombol pintu boleh pulak tercabut dan telefon yang tak berfungsi dengan baik. Jenuh Ija ke reception untuk minta seterika. Itupun lambat dihantar. Ok, ini komen jujur cik en ye. Tak tahulah kalau korang ada menetap di sana dan servisnya ok.
Selesai mandi dan rehat, kami mulakan aktiviti malam ke Bandar Hilir. Tempat pertama cik en dan ija terjah di Light Sensation di Dataran Pahlawan. Kami memilih untuk berjalan kaki sebabnya tak jauh pun kawasan kawasan menarik yang kami nak pergi malam itu. Meh cik en tunjukkan sikit gambaran tempat menarik di kawasan hotel cik en ini. So tips nak memilih hotel pun, pastikan ianya di tempat tumpuan dan kawasan menarik. Melaka sangat sesak dengan kereta so buat pilihan bijak dengan berjalan kaki. Kalau penat sangat boleh gunakan Uber atau Grab tapi masih kena bersesak dengan kereta lain juga.
Sepanjang perjalanan cik en jumpa Amfibia ini. Melaka Duck Tours.
Amfibia ini boleh jalan di atas jalan raya dan air. Korang boleh rujuk bawah ini untuk perjalanan Amfibia ini.
Harga tiket pula terbahagi kepada 2, pelancong asing dan warganegara. So stanbykan kad pengenalan korang ye. Di bawah adalah harga tiket bermula 1 Disember 2016
Tiket Warganegara Malaysia (Kad Pengenalan)
Dewasa (berumur 13 tahun ke atas) RM 42
Kanak-kanak (berumur 2 hingga 12 tahun) RM 25
Warga Emas (55 tahun dan ke atas) RM 30
Pelancong Asing
Dewasa (berumur 13 tahun ke atas) RM 48
Kanak-kanak (berumur 2 hingga 12 tahun) RM 30
Dimana korang boleh beli tiket? Tiket boleh didapati di kaunter tiket yang terletak di Menara Taming Sari di sebelah Melaka Menara Berputar (9 pagi hingga 6 petang) .Pra-Tempahan untuk kumpulan 10 orang atau lebih (campuran dewasa atau kanak-kanak yang berumur 2 tahun) korang boleh buat tempahan di 06- 292 5595. Masa operasi bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan bergantung pada cuaca dan musim cuti.
Back to our journey, kami melalui jalan shortcut dan kebetulan itu melalui Uptown Pahlawan Walk Banda Hilir dan cik en dan ija beli buah buahan. Agak mahal. 1 cawan RM3.00
Cik en beli buah jambu jeruk warna hijau tu dan ija jambu madu. Selesai berjalan area pasar malam, cik en ke pusat kraftangan disebelah untuk window shopping dahulu barangan. Iyelah, takkan nak beli awal awal, jenuh la nk bawa nanti.
Selesai cuci mata, kami teruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan, Sempat la juga masuk ke dalam Dataran Pahlawan untuk snap gambar dibawah ini
Besar kan? Sememangnya cik en teruja juga pada mula mula tengok.. Selesai bergambar, cik en terus ke Light Sensation yang tek berjauhan dari mall ini. Disebabkan line internet tak memuaskan. Cik en akan story Light Sensation di entry seterusnya.. Boleh? Hihi.
↧
Ada Tupai Gemuk Berjalan Atas Kabel Streamyx
Ada Tupai Gemuk Berjalan Atas Kabel Streamyx | Korang percaya ke ada tupai gemuk berjalan atas kabel internet sampai terlucut dari tiang di luar rumah? Hahaha. Semestinya korang akan gelak dengan tajuk entri cik en kali ini. Tajuk ini bukanlah kenyataan dari sesiapa tapi dari kesimpulan cik en sendiri. Sebabnya tak ada ribut, tak ada hujan, tak ada ranting pokok rambutan area situ yang jatuh, tetiba kabel internet cik en terlucut. Nak dikatakan monyet, area rumah cik en ini tak ada monyet, paling ada pun tupai. Adakah tupai yang obesiti macam cerita animasi di televisyen wujud di tempat cik en?? OMG. hahahaha
Sebenarnya tak adanya tupai gemuk berjalan atas kabel internet ini. Tapi mungkin kontraktar yang pasang pada awalnya tak buat betul betul sampai terlucut kabel ini. Kejadian ini cik en tak pasti bila, tapi bila balik Melaka, memang ada masalah internet dan line telefon. Masa itu juga Njoi pun ada masalah. Tapi cik en ignore sebab badan penat sangat kot. Terus tidur. Esoknya cik en kerja dan bila balik rumah, internet masih ada masalah Begitu juga Njoi. Ini tak leh jadi ini. Njoi cik en dah call center dan dah ok. Jadi self technician sendiri. Untuk Streamyx nak kena report kat 100. Kira ini 1st report sebab cik en baru masukkan streamyx 2 minggu yang lepas. Kat sini cik en sertakan kronologinya
Disebabkan ramai yang bertanya pasal kes #stremyx .. ni nak buat kronologinya..
27/12
malam call 100 dan buat report. Report bgtau.. kabel dari tiang elektrik luar rumah tercabut. Dan kabel tu tergantung dari bumbung rumah.
28/12
masih tak ada call dari technician. Call balik 100
29/12
masih tak ada call dari technican. 2 kali tuk 1 hari call 100.
30/12
9.00 pg - dah call 100 buat report lagi sebab dah panas hati xde feedback.
11.00 pg - Tm call kata technician dah buat temujanji dengan customer.. tapi masih tak dapat call dari technician. Dah nampak technician menipu.. tapi xpe.. saja tunggu dlu mybe solat jumaat.
4.30 ptg - techinician masih xde call. call balik 100.. dia kata akan forword aduan.
5.30 petang.. tm hantar sms tuk rate perkhidmatan baik pulih.. aik.. tak ada call.. tak ada datang rumah suruh rate.
6.00 petang - call balik 100 dan DIBERITAHU CASE CLOSED .. apa lagi memang kena maki free la.. siap ugut bagai la.. pale hotak depa case closed.
7.00 ptg - TM inform case.. kena maki lagi operator tu.. pe tah nama dia.. Banu kot.. nasib dia x melawan time mengamuk sampai kuar anak tekak.
Tengok la kabel ni.. pck mesin rumput dah siap gulung kabel ni dah. Tang mana case closed.. nak sambung kabel ni.. kena de owner umah.. sebab dalam kawasan rumah.. gate berkunci kot..
Kalau tak selesai gak.. memang guna kuasa #blogger la tuk hebohkan satu malaysia..
Dan hari ini 31 Disember 2016, jam 9.30 pagi, pihak TM dah datang rumah dan check. Yang datang 2 orang pakcik. Baik dan lembut saja. Tak jadi nak mengadu masalah semalam. Dorang pun orang yang berdekatan sini. Tahu pulak owner lama rumah ini. Jadi dalam masa 30 minit settle dah.
Jangan tanya kenapa cik en tak swafoto dengan pakcik pakcik ini, Sebabnya cik en tak mandi lagi. Hahahah.
Selesai masalah ini, cik en buat rebat dengan call 100. Masuk bahagian billing dan terus bercakap dengan operator. Kata nak buat rebat dan tunggu 15 hari bekerja untuk mereka settlekan. OPerator dah buat laporan ke bahagian billing untuk rebat ini. Disebabkan ada 2 kes. Cik en cuma claim kes pertama. Sebabnya kes kedua kurang dari 24 jam. Rebat hanya boleh dibuat jika report melebihi 24 jam.
Ok, nak buat apa yang pending ini. Jenuh nak cover tau! Tapi kan, terasa macam dunia berseri seri semula. Kalau tak cik en akan moody macam putus cinta. Hahahaha. Da....
↧
Hobi Baru Melayan Lagu Yoga
Hobi Baru Melayan Lagu Yoga | Sebenarnya ini hobi kawan cik en, mulanya dia yang mengumpul CD begini. Semalam cik en pun terasa nak dengar juga lagu sebegini. Manatau boleh relekskan fikiran selepas stress bekerja.
Malam pertama pasang CD ini, membantu cik en lebih cepat tidur. Sebelum ini cik en ada mengalami masalah sukar tidur. Walaupun dah bersukan atau badan letih, cik en sukar tidur. Lagi letih, lagi cik en nak mengamuk. Mungkin masalah AD cik en itu. Alhamdullilah, cara ini sedikit membantu cik en tidur lebih awal dan releks.
Melodi yang ada dalam CD ini sangat sesuai untuk sesiapa yang nak buat Yoga. Cik en beli di Popular AEON Sri Manjung dengan harga RM19.90. Harga promosi. Ada 15 melodi yang boleh kita dengar. Selepas ini cik en nak cuba pula melodi spa bali. Manatau terasa dalam spa yang mahal mahal itu.
↧
↧
Lirik dan Video Lagu Sedalam Dalam Rindu – Tajul (Adik Arwah Achik Spin)
Lirik dan Video Lagu Sedalam Dalam Rindu – Tajul (Adik Arwah Achik Spin)
Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku
Biarpun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu
Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku
Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu
Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati
Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku
Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu
Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati
↧
Apa Yang Perlu Dibuat Bila Di Gigit Anjing
Prosedur Apabila Berlaku Gigitan Anjing | Pernah digigit anjing? Atau pernah berada situasi keluarga atau kawan kawan yang digigit anjing? Cik en nak kongsi apa yang korang perlu buat apabila digigit anjing. Tidak kiralah anjing liar atau anjing bertuan. Boleh follow flowchart di bawah ini.

PBT adalah Pihak Berkuasa Tempatan. (Majlis perbandaraan atau majlis daerah) manakala JPV adalah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Diharap ianya dapat menjadi panduan untuk korang ye.
↧
Wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne Memukau
Wangian Syahirah Vitalis Memukau | Siapa yang tak kenal dengan produk wangian Syahirah kan? Wangian ia berbau mewah. Dan tak disangka, cik en diberi peluang untuk menggunakan haruman wangian yang terbaru mereka. Disamping itu, syahirah berikan cik en beg yang cantik. Cik en boleh bawa ke majlis majlis makan malam. Mesti vouge. Ditambah pula dengan wangian yang memukau dari Syahirah ini. Anyway cik en sangat tertarik dengan design bottle Syahirah Vitalis Glam Star dan Houte Couture ini. Lain dari yang lain kot. Korang nak tahu lagi details wangian Syahirah yang terbaru ini. Meh cik en nak story sikit.
![]()

Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.
Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya.
Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:
1. Haute Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.
3.Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.
4.Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.
Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.
Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.
Cik en masih menggunakan Syahirah Vitalis saat ini. Membuat hari hari cik en ceria selalu. Walaupun cik en ini kadang kala bekerja di bawah panas dan berpeluh, dengan Wangian Syahirah Vitalis Vitalis Eau De Cologne ini mampu membuat cik en sentiasa wangi. So tak la terikat pakai cologne kalau kerja office je. Bila bila masa kita boleh pakai kan? So apa tunggu lagi. Cepat cepat dapatkan Wangian Syahirah Vitalis Vitalis Eau De Cologne ini.
↧
Kenapa Kucing Berbau Busuk
Kenapa Kucing Berbau Busuk | Kerap kali pelanggan cik en bertanya, kucing saya baunya busuk doc. Nak mandikan doc kata kalau sakit tak boleh mandi. Abaikan penggunaan panggilan doc itu sebabnya walaupun diterang banyak kali cik en bukan doc, tapi mereka selesa dengan panggilan itu. Selain dari bau yang busuk, kucing yang berbulu putih akan menjadi kekuningan. Apakah faktor dan cara mengatasinya. Cik en ada juga bertanya pendapat rakan facebook cik en. Bukannya tak tahu cuma cik en nak bertanya cara yang dibuat oleh pencinta kucing di luar sana.
Kebanyakan yang menjawab memang betul. Tapi meh cik en nak kongsi sikit apa yang cik en tau kenapa kucing berbau busuk ni.
Faktor Kucing Berbau busuk
- Kucing jatuh dalam longkang. Hahaha. Kalau bergaduh atau dikejar kucing atau anjing lain selalunya mereka dah tak nampak ada longkang atau tak
- Lidah kucing ulser. Ini korang boleh nampak tanda awal, kucing mula kurang makan. Kalau nampak kucing mula kurang makan, cuba buka mulutnya dan lihat lidah atau gusi. Kalau lidah kucing melepuh, itu tanda ulser. Kalau gusi dia kemerah merahan itu tanda gigivitis. Jadi disebabkan lidahnya ulser tapi masih lagi grooming bulu mereka, itu yang sebabkan bulu menjadi kekuningan dan busuk. Macam manusia jugalah kan. kalau dah ulser, makan pun tak mahu.
- Kucing tidak mahu makan sememangnya mulut mereka busuk
- Kucing luka berulat. Kes ini cik en bau pun dah tau. Tak perlu tunggu untuk buat pemeriksaan. Nak story pun susah. Cuma yang berpengalaman yang boleh membezakan
- Kucing terkencing . Mungkin terlalu takut atau terkejut.
Cara kurangkan bau busuk kucing
- Mandikan jika kucing sihat
- Boleh cuci badan kucing gunakan air suam kalau kucing tidak sihat. Tapi pastikan kucing dikeringkan secepat yang mungkin
- Bersihkan kandang atau kurungan kucing
- Bersihkan pasir kucing
- Kalau mulut kucing ulser, boleh dapatkan glycerin yang dilute dengan air dan calit di bahagian ulser kucing
- Kalau kucing luka berulat, pastikan ulatnya di buang. Ulat akan buat daging membusuk. Boleh rujuk entry Cara Merawat Kucing Luka
- Kalau rasa masih belum baik, silalah bawa vet yang berhampiran ye..
Ini antara perkongsian yang cik en nak kongsi. Mungkin ada sesiapa yang nak menambah, boleh komen di bahagian komen ye.
↧
↧
Misteri Kotak Pink Dari Enchanteur
Misteri Kotak Pink Dari Enchanteur | Parcel yang datang pada masa itu banyak bagi cik en berteka teki. Bila dibuka, bauan nya menusuk di kalbu dan tiba tiba keadaan disekeliling cik en menjadi indah dan bahagia. Diakui, cik en seorang yang obses dengan wangian dari Enchanteur tidak kira la dari minyak wangi, losyen atau deadorant. Sebabnya Enchanteur merupakan produk yang sangat diyakini dan dikenali. Demi menghargai peminat mereka, Enchanteur tampil dengan produk penjagaan peribadi yang diinspirasikan wangian mewah Perancis.
Rangkaian penjagaan peribadi ENCHANTEUR telah lama diyakini oleh kebanyakan wanita moden masa kini.Bermula dari cream mandian, deodoran atau body mist, losyen badan dan pewangi EDT, melengkapi kelengkapan penjagaan peribadi agar sentiasa yakin dan menyerlah di sepanjang hari. Keharumannya pasti mempersonakan setiap deria insan. Setiap detik ada kisahnya, setiap hari mencipta kenangan pastinya.
Langkah Mudah untuk Hari Penuh Keajaiban
Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun karier. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan hobi; tetapi mereka tidak menjadikannya hambar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Anda mahu tahu rahsianya?
Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.
Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.
Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan. Kewangiannya yang kekal pada tubuh sepanjang hari. Buih-buih yang terhasil juga seolah-olah menyerap ke seluruh ruang badan dengan bauan memikat hati sipemakainya sambil memberi keyakinan untuk berada di khalayak umum sepanjang hari.
Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.
Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.
Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan. Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.
Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama.
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.
Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .
So apa tunggu lagi, produk Enchanteur ini sangat mudah didapati dan harganya sememangnya mampu milik. Jadilah wangi macam cik en juga! Xoxo
↧
Kesan Minum Ostania Mangosteen Amrita Pada Tubuh Badan
Kesan Minum Ostania Mangosteen Amrita Pada Tubuh Badan | Saat pertama kali merasai minuman Ostania ini, cik en sangat terpegun dengan rasa hebatnya. Cik en bukanlah seorang peminat manggis. Tapi bila minum Ostania ini, rasa jatuh hati dengan produk ini seterusnya mula meminati buah manggis. Rupanya manggis ini mempunyai banyak khasiat yang baik untuk badan kita.

Ostania diperbuat daripada keseluruhan buah manggis termasuklah puri dan kulitnya. Inilah menyebabkan ianya menjadikan Ostania minuman yang sangat kaya dengan khasiat baik untuk kesihatan dan penuh dengan antioksidan dan ditambahbaik pula dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri anggur dan delima. Wow! nampaknya kesemua buah manggis ini dicampurkan untuk
- Mengembalikan tenaga badan
- Menghilangkan dahaga (sangat sedap)
- Anti penuaan
- Membantu pergerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan
- Membantu dalam peneutralan radikal radikal bebas dalam badan (anti kanser)
- Membantu sistem pencernaan dengan Vitamin C
- Meningkatkan sistem imun badan
- Anti bakteria dan anti fungi untuk melawan jangkitan kuman, fungi dan yis

Selain itu, Ostania ini tiada gula tambahan (manis dari buah) dan juga tanpa pewarna tambahan. Macamna ye, untuk minum Ostania ini? Ostania ini bersaiz 500ml. Korang boleh minum terus atau disyorkan untuk dicampur dengan air dengan ratio 1 : 1. Lagi best rasanya kalau korang masukkan dalam peti ais sebelum minum. Memang umpphh rasanya.
Anyway meh cik en nak kongsi sikit manfaat buah dan kulit manggis yang diketahui umum.
Manfaat Buah Manggis
- Mencegah kanser
- Pain Killer
- Mencegah radangan
- Kaya Antiokisan
- Baik untuk tekanan darah tinggi
- Membantu mencegah dan memerangi penyakit alzheimer dan parkinson
- Menghilangkan alergik
- Menjaga kesihatan usus, dapat mengatasi cirit birit, sembelit, merangsang kesihatan usus normal.
- Menjaga kesihatan otak dan saraf
- Mengatasi katarak
- Sakit kepala migrain
- Mengurangi stress dan tekanan
- Mengurangi Kolesterol
- Membantu mencegah obesiti
- Mencegah penuaan
Manfaat Kulit Buah Manggis
- Menurunkan LDL (kolesterol jahat dalam darah)
- Memperkuat dan melancarkan pembuluh darah
- Membantu mencegah penyakit jantung koronor ataupun biasa
- Menurunkan tensi (tekanan darah tinggi)
- Membantu melancarkan buang air kecil
- Membantu segala penyakit menstruasi
- Meringankan gejala menopause
Banyakkan kebaikan manggis ini. Kalau nak buat jus sendiri dengan mengisarkan buah manggis sekali dengan kulit ini memang renyah kan? Masa pun lama selain perlukan pengisar yang berkualiti. So sesuai dengan kehendak pelanggan masa kini yang sibuk tapi ingin menjaga kesihatan, pihak Furley Bioextracts mengeluarkan produk siap Ostania ini.
Memudahkan dan mampu dibeli oleh semua peringkat umur. Harga nya pun tak la semahal mana. Baru RM39.92 je. Semestinya ianya gred A sebabnya ada juga di pasaran New Zealand dan lain lain negara. Kalau korang berminat untuk membeli, korang boleh beli di Laman Web Furley Bioextracts .
↧
Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Putih Antara Mata
Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Mata Yang Ketiga | Sindrom mata abnormal ini dipanggil Haws Syndrome. Dan ianya kerap berlaku pada kucing dan anjing. Korang akan perasaan di kelopak mata kucing korang akan ketengah mata sehingga ada menutup 3/4 mata kucing korang. Ianya akan terjadi tiba tiba. Adakah ianya merbahaya? Untuk memastikannya, korang kena diagnosis sendiri dirumah mengikut panduan yang cik en akan kongsi dalam entri ini.
Diagnosis mata kucing atau anjing korang
- Mata kucing korang akan ada kelopak putih atau membrane yang keluar menutup separuh daripada mata kucing
- Cuba tengok, ada kesan kesan luka atau kemerahan tak? Kalau ADA korang boleh rujuk jawapan A di bawah ini
- Kalau kucing korang tiada masalah kemerahan atau luka boleh rujuk jawapan B dibawah ini
Jawapan A
Jika ada kemerahan atau bengkak, kemungkinanan mata kucing korang ada jangkitan atau luka di bahagia mata, Untuk kes sebegini korang boleh bagi eye drop bagi kurangkan radangan dan antibiotik untuk jangkitan. Jadi jika korang dah bagi eye drop tapi masih tak baik baik, better rujuk pada vet berhampiran
Jawapan B
Jika TIADA kemerahan atau radang, kemungkinan kes
- Cirit birit yang teruk sehingga kekurangan air dalam badan - Berikan ubat cirit birit dan bagi kucing korang minum secukupnya bagi topup balik air yang dah hilang akibat cirit
- Kecacingan - semak balik jadual deworming kucing korang. Kalau rasa dah lama tak bagi, better la bagi ye.
- Virus - Yang ini korang tak boleh nak rawat atau didiagnosis sendiri. Kena bawa ke vet untuk ujian darah
Selain daripada kes diatas ini, masalah masalah yang kerap menyerang mata kucing korang adalah
- Konjunktivitis: Satu atau kedua-dua mata kucing korang akan kelihatan merah dan bengkak
- Keratitis: Jika kornea kucing anda menjadi radang, mata akan kelihatan sayu dan berair.
- Katarak: Selaput ini pada mata sering berlaku pada kucing tua dan kencing manis.
- Glaucoma: Kornea menjadi pudar dan mata membesar disebabkan oleh tekanan dalam biji mata.
- Bulging eye : boleh berlaku kerana kemalangan atau trauma atau tumor mata.
- Penyakit Retina: kehilangan penglihatan separa atau sepenuhnya boleh berlaku apabila sel-sel peka cahaya di belakang merosot mata.
- Mata berair: Bulu di sekitar mata kucing anda boleh berlumuran dengan air mata disebabkan saluran air tersumbat atau kelebihan pengeluaran air mata.
Ini adalah info asas, korang perlu rujuk pada vet untuk maklumat lanjut juga tau. Janganlah bagi alasan kewangan tak stabil atau vet yang jauh. Sebabnya kalau korang sayang kucing korang, better mencegah dari merawat. Kalau nampak kucing tidak sihat atau berubah prilaku, cepat cepat ke vet ye..
info dan gambar : google
↧
Trip Phuket Krabi | Enjoy Habis Di Phuket
Trip Phuket Krabi | Enjoy Habis Di Phuket | Nampaknya entri ini agak lama cik en ambil untuk menaip. Bukannya malas tapi feel itu tak sampai. Hahahah. So cik en nak story untuk day 2 untuk trip Phuket Krabi. Hari ke2 ini, cik en dan geng yang lain akan melawat Patong Beach , Kilang Baju Hard Rock Phuket, James Bond Island dan seteruanya chekc in Phua Panwa Resort Krabi. Disini juga cik en nak story sikit kisah salah seorang geng kami yang sakit dan perlu dibawa berjumpa doktor. Terdapat masalah masalah dan juga pengalaman baru bagi kami.
Kami berkumpul 7 pagi yang mana bersamaan 8 pagi jam Malaysia. Salah seorang geng cik en tidak sihat dari hari pertama lagi. Perjalanan yang jauh menyebabkan lagi teruk. Jadi pagi itu, kami bertekad bawa juga sebabnya semalmnya cari klinik swasta tutup dan kalau yang buka pun sangat sangat mahal. Sementara menunggu yang lain lain, cik en jamah dulu susu dan roti lapik perut sementara breakfast selepas selesai di hospital nanti
Susu meiji ini sangat sedap dan pekat. Tak boleh nak comparekan dengan produk di Malaysia. Roti nya pulak, intinya penuh sampaikan terasa custard setiap kali kunyahan. Bukannya nak kata produk Malaysia tak ok ye. Tapi kalau korang sendiri beli roti di mana mana, intinya ciput je kan?
Apabila semuanya berkumpul kami terus bergerak ke hospital kerajaan berdekatan.Kalau nak story mengenai cara rawatan di hospital itu, korang boleh rujuk entri dari ayue di Pengalaman di Hospital Phuket . Selesai saja urusan di hospital, kami ke terus Patong Beach. So sempat la cik en merakam suasana siang. Kalau semalam cik en selfie pun gelap saja kan?
Selesai saja selfie kami terus bergerak ke Krabi. Perjalanan dari Phuket ke Krabi ambil masa lebih kurang 3 jam. Tapi sebelum itu, kami akan singgah Kilang Baju Hard Rock Cafe dan island hopping.
Kilang Baju atau Madunan T-Shirt terletak di Chang Wat merupakan kilang yang terbesar dalam pembuatan t-shirt yang mana t-shirt Hard Rock Cafe Phuket pun dibuat di kilang ini. So di sini masa cik en habiskan banyak duit. Hahaha. Memang murah. Jom kita layan
Sebelum sampai ke James Bond Island, kami sempat tengok pulau kucing atau cat island tau. Kenapa dipanggil pulau kucing sebabnya rupanya seperti kepala kucing.
Seterusnya kami meneruskan perjalan ke James Bond Islands. Kat pulau itu, kami tak turun sebabnya korang kena bayar sebelum jejakkan kaki di atas pulau tersebut. Nak tahu berapa? 400 baht. Mahal juga la bagi percutian bajet kami ini.
Fuh, masa untuk berehat .. Jumpa untuk next entry semua. Semestinya next entry trip ini akan dipenuhi gambar snorkeling kitaorang!!! Sebelum itu, cik en nak bagitau, cik en join trip percutian murah murah tau. Nak tahu detail?
Kilang Baju atau Madunan T-Shirt terletak di Chang Wat merupakan kilang yang terbesar dalam pembuatan t-shirt yang mana t-shirt Hard Rock Cafe Phuket pun dibuat di kilang ini. So di sini masa cik en habiskan banyak duit. Hahaha. Memang murah. Jom kita layan
Kat sini cik en habiskan lebih dari 1000 bath. Hahaha. Sememangnya tak cukup. Nasib la duit ini terhad, so terbantut juga cik en nak shopping. Hahaha. Anyway kalau diberi sekali lagi ke Phuket, cik en nak spend 2000 bath atau lebih disini. Hahaha. Mungkin disebabkan matawang Malaysia jatuh, so pembelanjaan memang terasa la di sini. Settle shopping kami teruskan ke next destination.
Untuk aktiviti terakhir di Phuket, kami wajib untuk Island Hoping di James Bond Island. So kami perlu menaiki bot di Ko Panyi, Phang-Nga untuk ke James Bond Island. Tak mahu celoteh banyak banyak, jom layan gambar
Sebelum sampai ke James Bond Island, kami sempat tengok pulau kucing atau cat island tau. Kenapa dipanggil pulau kucing sebabnya rupanya seperti kepala kucing.
Seterusnya kami meneruskan perjalan ke James Bond Islands. Kat pulau itu, kami tak turun sebabnya korang kena bayar sebelum jejakkan kaki di atas pulau tersebut. Nak tahu berapa? 400 baht. Mahal juga la bagi percutian bajet kami ini.
Jadilah kan, tengok pulau yang menjadi lokasi pengambaran cerita James Bond iaitu The Man With Golden Gun pada tahun 1974. Sebelum ini, pulau ini dipanggil nama Khao Phing Kan. Selesai mencuci mata keliling pulau ini. Seterusnya kami ke pulau atau perkampungan nelayan untuk makan tengah hari. Tapi sebelum itu, sempat cik en snap beberapa gambar lagi.
Dah sampai ke perkampungan nelayan yang mana disinilah kami akan lunch. So korang layan gambar gambar ni
Fuh, makanannya memang sedap. Terutama tomyam mereka. Sangat sedap walaupun jernih je cik en tengok. Hahaha. Tempat apa yerk? cik en pun dah lupa nama perkampungan ini. Tapi kami memang enjoy dengan masakan mereka terutama tomyam tu la. Sampaikan ada yang nak menuntut ilmu masak tomyam disini. Hahaha. selesai saja,kami meneruskan perjalanan balik dan sepanjang perjalanan kami diberi peluang untuk melihat hasil contengan atau grafik di pulau yang ada gua gua kapur.
Selesai island hopping ini. Nasib pakai sunblock. ahahha. Perjalanan dari Phang Nga ini ke Phu Panwa Resort Krabi mengambil masa 1 jam 30 minit. So selalunya perjalanan yang jauh, Awe pemandu kami akan berhenti di mana mana perhentian. So kami berhenti di satu perhentian ini yang mana ada replika animasi yang comel comel. Jangan tanya dimana, sebabnya masa ini cik en dah lupa kat mana kami berhenti.
Dah jadi macam kanak kanak riang berswafoto bagai tapi teruja la juga dengan replika replika disini. Dalam 30 minit selesai semuanya, kami terus kan perjalanan ke Phu Panwa Resort di Krabi. Disebabkan dah selesai semuanya, kami ambil keputusan untuk terus berehat awal sebabnya esok kami akan snorkeling. Jom cik en belanja sikit video bilik cik en dan wendy untuk 2 malam di Krabi.
Fuh, masa untuk berehat .. Jumpa untuk next entry semua. Semestinya next entry trip ini akan dipenuhi gambar snorkeling kitaorang!!! Sebelum itu, cik en nak bagitau, cik en join trip percutian murah murah tau. Nak tahu detail?
Facebook
Instagram
Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )
↧
↧
Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100
Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100 | Status cik en lately ini sememangnya negetif je kan? Sentiasa je status marah marah, stress dan kecewa. Mungkin tekanan kehidupan dan pekerjaan buat cik en rasa serabut hari hari. Cik en mula terfikir untuk ke spa untuk releks kan fikiran dan badan. Tapi bila saja tengok kosnya nilainya beratus ratus juga. Kawan cik en bagi idea untuk buat home spa atau spa sendiri di rumah. Lagipun, kita boleh buat bila bila masa tanpa ada had untuk berendam.
Semangat la cik en mencari kolam kanak kanak yang paling besar. Satu pekan manjung dan sitiawan cik en cari. Akhirnya dapat juga dengan harga RM70.00 bersaiz 150cm
Kebetulan cik en ada beli produk terbaru dari Ginvera World Spa Swiss Glacer Water & Sea Salts. Nama pun World Spa kan? So try la. Memang best. Sambil tu boleh scrub badan.
Korang boleh juga guna Produk Dherbs Gel Mandian Aura 7 Bunga. Lagi best tapi sebabnya cik en dah kehabisan lama dah, so cik en akan gunakan untuk next spa.. Hahaha
Korang boleh juga beli bunga ros dan taburkan kelopak bunga. Ataupun limau purut. Atau juga boleh taburkan garam bukit. Boleh juga 7 jenis kuntum bunga. Kira buat macam mandi bunga kan? Selain itu, boleh dapatkan essential tuk masukkan dalam air. Air pula kalau boleh cuba buat guna air suam.
Untuk nampakkan lebih tenang, korang beli lilin untuk aroma terapi. Cik en letakkan lilin banyak banyak dan de satu untuk aromaterapi. Buka lah lagu lagu spa yang korang boleh beli di kedai CD atau youtube. Sambil tu boleh aja korang pakai mask muka. Di Watson banyak pilihan dan murah murah saja.
Selain itu, korang boleh potong kuku, buang bulu bulu (bulu kaki dan bulu yang lain lain) dan baring dan lelap seketika untuk releks dan tenang sambil dengar lagu lagu yang mendamaikan hati dan fikiran. Anyway kolam kanak kanak ini muat untuk badan cik en baring dan berkuak lentang. Hahahha
Diikutkan ini total perbelanjaan untuk Home Spa Cik en ini :
Untuk nampakkan lebih tenang, korang beli lilin untuk aroma terapi. Cik en letakkan lilin banyak banyak dan de satu untuk aromaterapi. Buka lah lagu lagu spa yang korang boleh beli di kedai CD atau youtube. Sambil tu boleh aja korang pakai mask muka. Di Watson banyak pilihan dan murah murah saja.
Selain itu, korang boleh potong kuku, buang bulu bulu (bulu kaki dan bulu yang lain lain) dan baring dan lelap seketika untuk releks dan tenang sambil dengar lagu lagu yang mendamaikan hati dan fikiran. Anyway kolam kanak kanak ini muat untuk badan cik en baring dan berkuak lentang. Hahahha
Diikutkan ini total perbelanjaan untuk Home Spa Cik en ini :
Kolam Kanak Kanak : RM 70.00
Ginvera World Spa Swiss Glacer Water & Sea Salts : RM 14.50(Watson)
Face Mask Watson : RM 6.90
Bunga Ros : RM2.50 Sekuntum
Lilin Aromaterapi / Lilin dan Essential : RM5.30 (Beli di Daiso) / RM10.60 (Daiso)
Lagu Spa :FREE boleh download di Youtube atau 4Shared
Total : 99.20
Ha, baru RM99.20 je spa cik en yang boleh buat kat rumah ini. Dan boleh buat berulang ulang kali sampai jemu. Hahaha. Anyway mungkin korang boleh tambah apa apa yang boleh menaikkan mood spa korang. Walaupun tiada yang mengurut atau membelai korang, rasanya scrub mandian itu pun mampu buat ia mengurut ngurut badan korang.
↧
Hari Lahir Yang Tidak Seindah Mimpi
Hari Lahir Yang Tidak Seindah Mimpi | Sebelum cik en nak menaip panjang lebar, cik en nak ucapkan terima kasih yang milion milion lemon pada blogger Faizal Fredley sebab abadikan birthday cik en tahun 2017 ini di Paris baru baru ini. Faizal Fredley atau FF sebenarnya buat Kembara Eropah 38 hari yang mana korang boleh like page Faizal Fredley Network untuk ketahui cerita kembara beliau. Terharu sungguh rasanya. Insyallah cik en akan ke sana juga satu hari nanti. Yakin Boleh!
Tapi kenapa tajuk cik en untuk entri ini "Hari Lahir Yang Tidak Seindah Mimpi" ? Macam sedih je. Macam tak happy je? Kalau yang sentiasa mengikuti perkembangan cik en, cik en mendiamkan dan menghilangkan diri lebih seminggu. Ada ke sesiapa yang perasan? Ke tiada yang perasan? Ada juga yang whatsapp cik en, Sebabnya cik en deactivedkan dan left beberapa group whatsapp.
Sebenarnya cik en tak sihat fizikal dan rohani. Eh kenapa pulak rohani? Cik en pernah cerita kan mengenai Anxiety Disorder . Cik en rasa masa dalam demam teruk, penyakit ini datang semula. Kira 2 in 1 dan buat cik en jadi kemurungan melampau. Apa yang berlaku, biarlah rakan rakan yang rapat sahaja yang tau. Tapi cik en mengalami ketidaksihatan fizikal dan rohani. 16 Januari sepatutnya cik en menyambut hari lahir yang ke 30 tapi ianya tidak semeriah dan seceria seperti tahun tahun sebelum ini. Pendek kata bila hati susah, walaupun apa yang perkara best berlaku tak memberi kesan apa apa. Semangat hilang walaupun hari yang sangat bermakna bagi cik en.
Walaupun begitu, cik en dapat juga menerima hadiah hari lahir yang cik en angankan sebelum ini dari scandal yang tercinta. Ahaks.. Hahaha. Nak tau tak? cik en nak kongsikan dengan pembaca cik en.
Semestinya G-Shock idaman cik en. Memang request warna hitam dan gold. Cik en tak berapa gemar dengan warna pinkish ni. So disaat cik en menaip entri ini, hati cik en berbunga bunga seperti bunga ros sekuntum tu. Masa terima cik en tengah ada masalah camtu, memang tak ada rasa apa apa pun tau! Hahaha. Lepas itu, adik angkat cik en, Aliya ada bagi hadiah untuk cik en.
Dan yang terakhir sehingga entri ini ditaip, cik en terima dari best friends forever Nuoi Tomey dan anak angkat cik en mr cimie
Selain daripada hadiah ini, Cik en terima banyak wish di facebook dan whatsaap. Dan juga ada yang buat special buat cik en. Smule lagu birthday untuk cik en. Huhu.. Sangat terharu. Terima kasih blogger cute Lyana Ishak. Nak dengar tak? Dengar sini
Best kan suara dia. Special buat cik en. Terima kasih banyak banyak yana. I love you so much dearrrrr...
Anyway cik en nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua walaupun tahun ini cik en tak sempat nak balas semua post, PM, whatsapp. Maafkan cik en. Cik en tak terdaya melawan perasaan dan ketidaksihatan cik en masa itu. Selamat Hari lahir Eintan Nurfuzie yang ke 30 tahun. Udah tua weiiiii...
Anyway cik en nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua walaupun tahun ini cik en tak sempat nak balas semua post, PM, whatsapp. Maafkan cik en. Cik en tak terdaya melawan perasaan dan ketidaksihatan cik en masa itu. Selamat Hari lahir Eintan Nurfuzie yang ke 30 tahun. Udah tua weiiiii...
↧
Trip Phuket Krabi | 4 Island Hopping & Snorkeling
Trip Phuket Krabi | 4 Island Hopping dan Snorkeling | Kejap je dah masuk hari ke 3 untuk Trip Phuket Krabi dari Ayden Averroes Travel yang cik en dan geng cik en join. Yeah! masa yang cik en tunggu tunggu. Snorkeling!!! Sejujurnya cik en tak pernah snorkeling so sangat teruja la bila sampai ke Krabi. Sebabnya di Krabi adalah tempat terbaik untuk snorkeling. Kita tengok, berjaya tak cik en snorkeling untuk pertama kali ini.
Kami bangun pagi dengan semangat berendam. Cik en ini adalah masalah sikit kalau travel ini. Suka tertinggal barang terutama baju baju yang penting. Lagipun cik en sendiri 1st time nk snorkeling, jadi tak tahu la baju yang sesuai. Seperti biasa cik en buat DIY sendiri menggunakan inner dan baju singlet tanpa lengan. Haha. Asal selesa sudahhhh!
Semangat kan semuanya.. Hahaha. Gila nampak gemuk pulak pakai camni. Sebelum itu cik en nak story dulu program untuk hari ke tiga ini. Pagi ini, kami akan breakfast di Ao Nong, Island Hopping 4 Islands iaitu Poda Island, Tub Island, Chicken Island dan Railey Beach dan ada 2 island yang kami akan buat aktiviti snorkeling. Malam pula kami ke Krabi Night Market.
Sebelum untuk Island Hopping, kami kena isi penuh penuh perut sebabnya kami akan banyak habiskan tenaga untuk aktiviti snorkeling sebelum makan tengah hari diatas bot nanti. Kedai yang dah 2 kali kami breakfast ialah Kedai Bangnara. Mereka boleh berbahasa melayu. Senang sikit nak berkomunikasi kan? Dan menu cik en harini adalah nasi kerabu ayam goreng.
Selesai sarapan kami terus ke Ao Nammao Pier tapi sempat la singgah di satu tempat ini (nama lupa) dan selfie di replika ikan.
Selesai bergambar, kami terus ka perjalanan ke Ao Nammao Pier. Ao Nammao Pier adalah pintu masuk untuk ke Island sekitar Krabi ini. Disini kami diberi Swimming Goggles with Snorkel. Perlu dijaga, kalau hilang kena bayar. Sebelum masuk kami bergambar dulu. Seperti biasa, blogger memag gila bergambar.
Cantik kan permandangan atas ini. So jom kita naik bot besar dan sempat la selfie dalam bot besar ini.
Destinasi pertama kami adalah Railey Bay dan Phra Nang Cave. Yang ini, kami perlu berjalan sepanjang Railey Bay untuk ke Phra Nang Cave
Disini cik en nak share live yang cik en buat masa di sana.
So perjalanan tersebut berakhir ke Penis cave atau Phra Nang Cave. PENIS? ahahhaha. Korang tengok la sendiri ye. Jangan ditanya sejarahnya ye, tapi cave ini dipenuhi replika alat sulit lelaki ni.
Sempat juga kami mandi di beach ini. Gambar tak banyak tapi cik en nak kongsi yang mana ada ye.
Selesai bermandi, kami menyusuri pantai untuk menaiki bot kecil untuk ke bot besar sebelum ke destinasi kedua kami yang mana ianya tempat snorkeling kami yang pertama.
So dah sampai akhirnya, dah petang, kita balik ke hotel.
Gambar diatas gambar terakhir untuk aktiviti sorkeling dan islands hoping di 4 island. Cik en dah confused nama pulau pulau so cik en just upload gambar mengikut masa sahaja. Haha. Confused dengan nama thailand ni. So, balik rehat dan tak sabar aktiviti malam ini.
Aktiviti malam ini kami mencari makan makan. Kat mana? Semestinya Krabi Night Market. Syurga makanan bajet di krabi. Sementara menunggu yang lain, kami sempat selfie dulu. Peace!
Cukup je semua ada, kami terus ke Krabi Night Market. Tak banyak gambar cik en ambil. Hahah. Sebab sibuk cari makan makan dan makan.
Kegemaran cik en sama macam di Malaysia. Pad Thai!!
Bestnya di sini, ditengah tengah pasar malam ini, mereka ada sediakan banyak kerusi dan meja yang menghadap pentas. So kami beli makanan dan makan di meja yang disediakan sampai melayan persembahan dari anak kecil ini.
So settle aktiviti kami untuk hari ketiga di Krabi. Kami akan berehat malam ini dan esok hari terakhir trip ini. Yang itu cik en akan story untuk next entry ye. Sebelum itu, cik en nak bagitau, cik en join trip percutian murah murah tau. Nak tahu detail?
Facebook
Instagram
Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )
↧
Cara Mudah Merawat Selsema Kucing (Cat Flu)
Cara Mudah Merawat Selsema Kucing (Cat Flu) | Sampai saja musim hujan atau tengkujuh, semestinya klinik cik en akan dipenuhi dengan kes kucing selsema atau cat flu dan sakit mata. Dan selalunya kes ini lebih mudah dan banyak menyerang anak anak kucing (kitten) dan kucing remaja bawah umur 1 tahun. Kucing dewasa tak terkecuali cuma kucing dewasa ini antibodi mereka lebih kuat. Trend kes ini berlaku sebenarnya faktor cuaca yang sejuk dan kurang mendapat cahaya matahari yang membawa vitamin C . Macam kes manusia juga, kalau badan kita kekuranga vitamin C, kita akan mudah diserang selsema.
Kes selsema pada kucing ini akan berkait rapat dengan sakit mata. Selalunya pakej la kes ini. Sebabnya hidung dan mata sangat dekat kan? Dan ianya mudah berjangkit dengan kucing kucing yang lain, lagi lagi anak kucing. Jadi sesiapa yang membela kucing didalam sangkar ini, kalau dah ada seekor yang sakit, better korang asingkan dan rawat.
Cik en nak kongsi sikit beberapa cara mudah merawat Selsema Kucing (Cat Flu) ini yang korang boleh buat di rumah. Mungkin dapat membantu mengurangkan penggunaan ubatan (drug). Kalau cara cara di bawah ini tidak berkesan, korang WAJIB ke klinik veterinar berhampiran ye..
- Supplement
- Sauna Untuk Kucing
Ingat kucing tak ada sauna ke? Ada okey? Hahaha. Dalam cuaca yang sejuk, sememangnya kucing korang akan "merindui" cahaya matahari yang akan memanaskan tubuh badan mereka. Jadi korang boleh buatkan sauna bagi kucing korang. Korang perlukan cage atau sangkar dan bilik air korang yang ada air panas. Kurung kucing korang di dalam cage dan letak dalam bilik air. Cuma buatkan wap panas dengan bukakan air panas korang atau panaskan air dan letak didalam baldi. Biarkan wap panas memenuhi ruang bilik air korang. Jangan lupa tutup pintu. Dan biarkan dalam 10 ke 20 minit mengikut kebesaran bilik air. Ulangi 2 atau 3 kali sehari sehingga kucing korang selesa dan sihat
- Cuka Epal
- Asid Amino (Lysine)
- Panaskan kucing
- Jangan bagi kucing korang kehilangan air dalam badan
- Vick’s VapoRub
- Bawa ke Klinik Veterinar berdekatan
Diharap ianya dapat membantu korang yang mempunyai kucing. Musim hujan ini, kucing memang mudah diserang penyakit. Jadi berikan lebih perhatian kepada kelakuan dan abnormal kucing korang ye.
↧
↧
Trip Phuket Krabi | Elephant Tracking dan Hatyai Floating Market
Trip Phuket Krabi | Elephant Tracking dan Hatyai Floating Market | Sekejap saja dah sampai hari terakhir Trip Phuket Krabi yang cik en ambil dari Ayden Averroes Travel ini. Rasa macam baru bertolak dari Malaysia. Haha. Untuk aktiviti hari terakhir ini, kami akan pusing Krabi Town, Safari Elephant Trecking Krabi, makan aiskrim kelapa dan destinasi terakhir di Floating Market di Hatyai. Sebelum bergerak keluar dari Phu Panwa Resort, kami sempat tangkap gambar untuk dijadikan kenangan sebelum bergerak.
Selesai saja, kami terus ke Safari Elephant Trecking Krabi. Perancangan awal untuk menaiki gajah, tapi sebab kami terlewat, trip gajah dah terlepas, jadi kami hanya sempat untuk berikan makanan pada gajah gajah ini.

Sebenarnya cik en tak lama disini. Entahlah, cik en rasa sayu tengok gajah diatas ini. Terus mengalirkan air mata. Walaupun di Thailand, gajah adalah kebanggaan mereka, tapi dari pandangan mata gajah ini seakan akan sayu dan mengalirkan air mata.
Seterusnya awe pemandu trip kami bawa kami ke tempat aiskrim kelapa yang famous di area sana. First time cik en rasa aiskrim kelapa ini. Sedapnya tak boleh nak ceritakan. Sedap sangat.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Hatyai sebelum pulang ke tanah air. Tempat terakhir adalah Floating Market. Kat sini cik en nak belanja je suasana di Floating Market ini. Floating Market ini dibuka Jumaat hingga Ahad saja. Makanan disini kebanyakkan makanan halal so tak la risau macam di Krabi Night Market. Boleh makan apa saja yang ada.
Sedap betul tau bubur disini. Walaupun hanya bubur, tapi rasanya sampai terindu rindu walaupun dah sampai Malaysia. Simple tapi sedap sangat. Lebih kurang pukul 5 petang kami bergerak ke sempadan. Habis dah trip Phuket Krabi kami. Dibawah ini adalah gambar terakhir kami. Sedih wooo.. Apa apa pun, kami tetap enjoy percutian budget ini.
Terima kasih pada team yang lain. Happy betul walaupun baru pertama kali berjumpa. Team KBBA9 sememangnya sporting dan havoc. Kalau korang nak percutian terbaik tapi budget, korang boleh dapatkan perkhidmatan dari
Facebook
Instagram
Atau rasa nak lebih pertanyaan korang whatsapp sahaja
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )
WHATSAPP 0149445981 ( EJA )
Sesiapa yang terlepas entri sebelum ini, boleh terjah
↧
Cara Rawatan Kucing Cirit Birit
Cara Rawatan Kucing Cirit Birit | Dah sampai musim kucing cirit birit di klinik cik en. Cirit birit atau panggilan cik en cerry berry ini tak terhad pada kucing dewasa tapi juga pada anak kucing. Disebabkan setiap hari cik en menerangkan benda yang sama, cik en nak kongsi sedikit rawatan cirit birit pada kucing dewasa dan anak kucing. Sebelum itu, korang boleh rujuk Kenapa Kucing Cirit Birit. Yang penting korang kena tahu history kucing korang itu. Seperti jadual pemberian ubat cacing, pemakanan, aktiviti dan sebagainya.
Korang juga boleh rujuk gambar diatas untuk ketahui tahap keadaan najis kucing korang. Selalunya Type 6 dan Type 7 ini akan buat kucing korang jadi lemah sebab kekurangan air dalam badan dan jika tak dirawat kucing boleh mati. Ini antara rawatan asas yang korang boleh buat mengikut punca punca cirit birit ini.
- Cacing / Parasit ( bulu tak cantik, gugur, makan banyak tapi badan tak gemuk) - dapatkan ubat cacing di klinik veterinar atau kedai haiwan. Rujuk entri Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing
- Tukar Makanan Baru - Korang boleh rujuk Cara Memperkenalkan Makanan Baru Pada Kucing
- Susu ( selalunya terjadi pada anak kucing yang kehilangan ibu dan diberi susu lembu) - tukarkan kepada susu kucing yang boleh didapati di kedai haiwan atau klinik haiwan. Jika korang gunakan susu yang dibeli dari kedai haiwan, cuba cairkan kepekatan susu tersebut.
- Keracunan - Boleh dapatkan rawatan awal dengan menggunakan air kelapa segar atau bawa ke klinik veterinar dalam keadaan segera
- Jangkitan (gangguan usus) dan Virus - Perlu rujuk klinik veterinar
Jika, korang tak pasti punca cirit birit, korang boleh gunakan kaedah di bawah ini.
- Puasakan kucing dari makan selama 12 hingga 24 jam.
- Pastikan berikan banyak minum fresh water untuk elakkan dehydrated.
- Jika kucing nampak lemah, boleh berikan air glukose, madu atau air gula.
- Selepas 24 jam, korang boleh berikan ayam rebus atau ada juga vet yang suggest blend nasi putih bersama ayam rebus.
- Kalau kucing korang dah tak cirit, selesai dah masalah itu
- Jika kucing masih cirit selepas di beri makanan boleh rujuk klinik veterinar berhampiran ye untuk dapatkan consultant.
Ini antara yang kerap cik en kongsikan bersama pelanggan dan pembaca cik en yang private massange cik en. Diharap ianya dapat membantu korang sementara ada masa untuk ke klinik. Tapi janganlah dah teruk baru bawa ke klinik, masa itu, cas rawatan yang murah akan jadi mahal sebabkan banyak komplikasi yang berlaku. Macam drip, admir ward dan sebagainya.
↧
Sepotong Ayat Al Quran 10 : Surat Al-Kahf Ayat 10
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
↧