Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live

Overstress Buat Hilang Ingatan

$
0
0

Overstress Buat Hilang Ingatan | Cik en jarang untuk berkongsi masalah peribadi di blog ini. Lagi lagi sekarang ini, sebabnya cik en mempunyai silent reader yang cik en tak tahu siapa. Sedangkan dulu, cik en akan buat blog cik en ini sebagai diary online. Semuanya cik en luahkan. Tapi ntahlah, sekarang cik en jarang nak luahkan perasaan peribadi . Jadi untuk salah satu entry blog ini, izinkan lah cik en kali ini untuk meluahkan apa yang jadi pada cik en sekarang ini. 

Siapa yang tak pernah stress? Semestinya sejak korang dah mula kenal masalah, korang akan berhadapan dengan situasi stress. Stress maybe biasa korang hadapi, tapi pernah tak korang jadi overstress atau tekanan melampau? Macamana keadaan orang yang overstress? Cik en sendiri akui cik en seorang yang down ketika ini. Cik en seorang yang sangat happy dan suka buat lawak gila gila. Tapi semenjak 2 tahun yang lepas, cik en sendiri dapat rasakan cik en tak seronok dan bahagia seperti dulu. Tekanan demi tekanan cik en hadapi. Bermula dari konflik diri cik en sendiri, keluarga, sahabat dan yang paling beri kesan hingga kini adalah masalah bekerja. 

Kalau nak cik en story satu persatu akan jadi panjang gila dan korang sendiri akan juling biji mata dan juga korang akan jadi tak faham. Cukup la cik en simpulkan tekanan dalam bekerja. Tapi mana ada yang tertekan kan di tempat kerja?Sebenarnya cik en seorang yang sangat positif. Kalau ada yang tak puas hati, cik en akan menangis semalaman dan esok cik en akan jadi bersemangat semula. 

Tapi sekarang ini berbeza. Cik en sendiri tak boleh nak control diri sendiri. Marah, sedih dan kadang kala cik en jadi hilang ingatan. Pernah sekali itu, cik en ke Mall di Manjung. Apabila nak balik, cik en mengalami hilang ingatan untuk balik ke rumah. Sememangnya cik en jadi cuak sangat. Tiba tiba korang lost dan rasa macam tempat korang ini sangat asing. Cik en cuba bertenang tapi tetap cik en tak boleh ingat jalan balik ke rumah. Cik en bertanya cik en pada diri cik en, "Apa dah jadi pada aku?" " Kenapa aku tidak ingat satu pun jalan balik ke rumah ini? " Tiba tiba rasa nak menangis dalam kereta. "Apa patut aku buat ini?" Dalam setengah jam gitu, cik en berfikir untuk gunakan waze. Nasiblah boleh ingat nama taman perumahan cik en. Akhirnya selamat sampai ke rumah. Balik saja, terus cik en menangis tak berhenti sehingga tertidur.

Semenjak dari kejadian itu, cik en takut nak pergi jauh jauh seorang diri. Takut lost macam sebelum ini. Rasa rasa ianya normal atau tak? Adakah sebab overstress jadi begini atau ada masalah lain?

Kisah Bunuh Sana Sini

$
0
0

Kisah Bunuh Sana Sini | Semakin maju kehidupan kita, semakin banyak kes kes pembunuhan, pukul, rogol dan sebagainya. Tapi kisah terbaru ibu yang mengelar leher anak yang berusia 2 bulan mengejutkan ramai pihak. Ibu yang mempunyai seorang anak perempuan dikatakan dalam keadaan berpantang. Allhualam, kenapa ianya terjadi tapi semua sedia maklum, seorang ibu yang melahirkan anak memerlukan penjagaan yang rapi dari keluarga dan suami. Suami perlu banyak memainkan peranan dalam mengendalikan emosi dan fizikal isteri. 

Apa yang cik en pernah diberitahu oleh mak ndak cik en, apabila seorang wanita bersalin, didalam rahim wanita terdapat ruang ruang kosong yang mana perlu diurut dan melakukan pantang yang betul. Apabila ruang kosong didalam rahim dibiarkan terlalu lama, inilah yang dikatakan dalam Islam, syaitan atau makhluk makhluk yang tidak baik masuk dan duduk di dalam ruang kosong ini dan menguasai manusia. Disinilah berlakunya pelbagai emosi pada si ibu. Atau ada yang panggil meroyan. Meroyan pun ada pelbagai seperti meroyan api, meroyan tinggal, meroyan kentung, meroyan urat dan sebagainya. Yang itu korang boleh rujuk entri Meroyan 

Jadi, pesanan kepada wanita yang bersalin, berpantanglah denga betul, rajin rajin berzikir supaya ruang ruang kosong itu akan terisi dengan ayat ayat Allah sementara menunggu masa berurut, Bagi lelaki sebagai suami, fahamilah wanita dalam keadaan sebegini. Janganlah dibuat perangai. Fikirlah isteri yang bersusah payah menjaga semasa mengandung dan melahirkan zuriat korang. Bersalin ini macam telur dihujung tanduk. Nyawa menjadi taruhan. Walaupun cik en tidak berkahwin lagi tapi cik en kerap bergaul dengan orang orang tua di kampung. Mereka sentiasa menasihati dan mengingatkan benda sebegini. Untung kalau korang masih ada lagi datuk nenek di kampung. Korang boleh bertanya dan minta tips, kenapa orang dulu-dulu bersalin di rumah tapi kurang berlaku meroyan dan kes kes ibu ibu pukul atau bunuh anak.

Dalam kita mengejar dunia moden, sesekali rujuklah dunia tradisional yang mana diamalkan oleh keturunan kita sebelum ini. Mana yang baik, kita ambil sebagai panduan, mana yang tidak janganlah diambil sebagai amalan. 

Travel Melaka 1.1 | Light Sensation Melaka, Menara Taming Sari dan Beca Banda Hilir

$
0
0

Travel Melaka 1.1 | Light Sensation Melaka, Menara Taming Sari dan Beca Banda Hilir | Lamanya cik en pending untuk sambung Travel Melaka ini. Jika sebelum ini cik en menceritakan mengenai Syaz Meredien Hotel, Melaka Duck Truck dan Uptown Pahlawan Walk Bandar Hilir. Ini cik en nak sambung aktiviti akvtivi yang lain seperti tengok Light Sensation Melaka, menaiki Menara Taming Sari dan meronda menaiki Beca Banda Hilir pada hari pertama di Melaka. 

Selesai cuci mata di Uptown, kami meneruskan misi kami mencari Light Sensation di Dataran Pahlawan. Masa kami datang, hujan dah mula turun renyai renyai. Ini pintu masuk Light Sensation 



Disebabkan renyai renyai, kami diberitahu, kalau hujan lebat, lampu lampu akan ditutup dan tiada pembayaran balik. Untuk harga tiket RM20 untuk seorang. 



Cantiknya apabila kami melihat Light Sensation ini. Light Sensation ini mempunyai 25,000 lampu yang yang dibuat menjadi bunga mawar. Ada 2 lampu iaitu lampu biasa/putih dan lampu warna warni. Jom kita cuci mata. 




Susah juga cik en nak capture gambar yang menarik. Tapi akhirnya cik en berjaya juga. Berlatar belakangkan Menara Taming Sari yang kebetulannya tengah ada di aats. Disebelah padang ini terdapat replika yang bertemakan Love. Banyak gambar menarik yang korang boleh ambil. Seperti dibawah ini.




Disini pula gambar lanskap dataran ini. 


Replika love ini tempat yang paling mendapat perhatian. Semestinya yang bercinta, takkan lepaskan peluang untuk bergambar dengan love gergasi ini. 



Ini pula gambar dekat lampu mawar ini. Malam baru nampak ianya macam mawar atau ros yang berlampu. 


Banyakkan wayar wayar dan kena hati hati sebabnya voltan disini tinggi jadi mereka letakkan pagar untuk elakkan kita sentuh ros tersebut.


Yang bawah ini untuk ros bewarna warni. Tak sebanyak ros putih. tapi ianya tetap cantik yang diletakkan dengan bentuk love.







Cantik cantik bukan. Awalnya cik en sendiri tak pandai nak ambil gambar, sebabnya rasa tak cantik. Bila malam, baru ianya nampak lebih jelas dan cantik.

Settle di Light Sensation, cik en dan ija nak menaiki Menara Taming Sari. Kat sini cik en nak share harga harga untuk naik Taming Sari ini.

Harga Tiket Menara Taming Sari 


Dewasa : RM23.00 / RM17.00
Kanak Kanak (2-12 tahun) : RM15.00 / RM11.00
Warga Emas (55 tahun ke atas) : RM18.00 / RM 9.00
Orang Kurang Upaya (OKU) : RM 8.00 / RM 8.00

* Warna merah untuk yang mempunyai kad pengenalan


Sementara tunggu giliran


Dibawa antara permandangan bandar melaka diwaktu malam. Sangat cantik. Boleh nampak tempat menarik dari atas ini.




Diakui, cik en seorang yang takut dengan ketinggian, so sepanjang beberapa minit di atas Taming Sari itu, cik en lebih banyak diamkan diri. Hahahah. Gayat wei.. 

Dari atas lagi, cik en dah nampak beca berlampu mengikut tema ini dan dah pasang niat untuk naik bila selamat turun ke bawah nanti. Sampai je bawah, kami terus mendapatkan beca dan beca pilihan kami adalah Minnie Mouse. Harga untuk 1 beca RM25.00 rasanya. Lupa pulak. 




Ini aktiviti terakhir kami malam pertama di Melaka. Semestinya kami kepenatan sangat sangat sebabnya kami berjalan kaki saja dari hotel. Lagipun dekat dekat saja tempat menarik di Melaka ini. Jadi tips yang korang kena ingat kalau ke Melaka, carilah hotel berdekatan dengan Banda Hilir. Sebabnya disini selalu kesesakan. Rugi kalau bawa kereta. Nak tahu hotel mana yang berdekatan, sesuai dengan budget korang dan yang penting komen jujur dari pelanggan, korang boleh compare all the travel top sites di HotelsCombined. HotelsCombined ini bukannya booking site tapi ianya untuk korang bandingkan hotel mana yang bersesuaian dengan korang. So tak perlulah korang nak banyak download apps dan buka satu persatu apps untuk compare. Just gunakan HotelsCombined saja. Mudah dan cepat.

Untuk next entri cik en nak story mengenai kuih keria gula melaka, coconut shake, pantai klebang dan tempat terbaik korang nak makan assam pedas legend di Melaka. Bye! XOXO.

Normal Ke Kalau Tidak Tengok Drama Berkonflik?

$
0
0

Normal Ke Kalau Tidak Tengok Drama Berkonflik? | Dalam 5 tahun yang lepas, cik en ada satu masalah kalau pergi ke pawagam atau chill dengan kawan kawan tengok drama. Cik en selalunya mengelak dari menonton sebarang cerita yang melibatkan emosi. Selaluya cik en akan memilih cerita aksi seperti Fast To Furious atau animasi seperti cinderella. Jadi janganlah ditanya atau di ajak tengok wayang kalau ada cerita melibatkan air mata dan penyeksaan, confirm cik en akan menangis nagis tak akan pergi. Normal tak bagi korang kalau ada yang tak suka menonton drama atau filem sebegini? 

Sebenarnya cik en sendiri tak berapa sedar ianya datang. Tau je, bila ada drama di TV yang melibatkan penderitaan dan kesedihan, cik en akan cepat cepat tukar channel lain. Cik en lagi sanggup tutup TV dan tidur dari tengok. Kalau ada dengan kawan kawan, cik en akan buat kerja lain atau ke tempat lain seperti layan game di telefon atau ke dapur, masakkan air atau kemaskan dapur. Filem Bercinta lakonan Farid Kamil dan Nora Danish adalah filem yang diajak oleh kawan karib cik en untuk menonton sehinggakan cik en menolak sampai menangis nangis apabila di paksa. 

So nak tanya la kepada korang, normal ke perasaan cik en ini. Kalau ada yang bertanya, adakah cik en pernah melalui keadaan tersebut. Jujurlah cik en katakan, cik en pernah melaluinya. Adakah sebab itu atau senang dikatakan trauma buat cik en jadi sebegini?

Cara Rawatan Kucing Sembelit Di Rumah

$
0
0

Cara Rawatan Kucing Sembelit Di Rumah | Sembelit atau constipation ini kerap juga boleh berlaku pada kucing dan anjing dan bukan sahaja pada manusia. Ianya berlaku apabila berlaku pembentukan najis yang abnormal di dalam usus kucing. Apabila usus gagal menyerap air ianya akan menyebabkan najis menjadi keras dan kering. Masa inilah berlakunya sembelit. Seperti manusia juga, keadaan sembelit pada kucing lebih kurang sama. Dan kita boleh memeriksa secara fizikal untuk ketahui kucing kita sembelit atau tidak. Antara faktornya, kekurangan air dalam badan (dehydrate) kerana tidak sihat atau demam, diet yang tidak seimbang, bendasing (benda benda asing) , cancer (tumor), kecederaan pelvis, kecedaran saraf dan hairballs (kucing berbulu panjang)

Cik en nak kongsi cara bagaimana korang boleh memeriksa kucing korang sembelit atau tidak di rumah. Boleh rujuk gambar di bawah ini. 


Gambar di atas adalah cara bagaimana untuk memeriksa bahagian usus kucing. Cuba picit secara perlahan. Kalau sembelit, korang dapat rasakan ada ketul ketul panjang dan keras. Untuk korang gambarkan keadaan ketulan itu, korang rujuk gambar dibawah ini.


Anak panah itu menunjukkan najis atau ketulan yang mana ianya adalah tanda tanda sembelit. Nampak macam keras kan? sebabkan keras la najis tidak boleh dikeluarkan dan sampai satu tahap, kalau kucing paksa meneran, akan berlaku luka dan adakalanya akanjadi buasir. Jangan ingat buasir tak terjadi pada kucing tau? 

Oleh kerana, kebanyakan pembaca cik en sangat sibuk dengan kerja, budget kurang dans ebagainya, cik en nak kongsi sedikit cara rawatan tradisional atau rawatan yang boleh dilakukan kalau tidak sempat bawa kucing ke klinik veterinar. Dah tahu dah alasan alasan sebegitu. Hihihi. Ok, ada 8 cara yag korang boleh buat. Tapi kalau tak menjadi, better korang bawa ke klinik veterinar juga ye.. Bahan yang korang boleh gunakan adalah :

Labu / Pumpkin

Bila dah sembelit ini, korang kena berikan fiber untuk bagi cairkan najis itu. Salah satunya menggunakan labu. Just blendkan labu dan jadikan sebagai wet food (makanan basah seperti didalam tin atau paket) . Bagaimana nak buat wetfood? Boleh rujuk entri --> Cara Buat Wet Food Untuk Kucing

Air

Sembelit ini berlaku bila kekurangan air dalam badan dan ianya tak mampu untuk cairkan najis kucing korang. Jangan terkejut pula kalau kucing tidak minum air. Selalunya kes demam, pergi mengawan sampai lupa makan dan minum, kesakitan dan sebaginya. Jadi kalau korang berikan dry food atau ada yang panggil pallet atau biskut, semestinya kucing korang kena minum air yang banyak. Nama pun dry food jadi kuantiti air didalamnya sangat sedikit dan ada yang tiada langsung air. Kalau berikan wet food, so far ada la sedikit kuantiti air yang diminum. Selain itu, korang boleh sediakan fresh water atau air yang sentiasa ditukar setiap hari.


Petroleum Jelly


Selalunya kita ada letak Vaseline kan pada bibir kita. Sebenarnya ianya boleh membantu kucing yang sembelit. Selamat ke kucing makan vaseline. Vaseline bukan toksik dan ianya seperti pelincir. Jadi korang boleh berikan SIKIT dalam 1/2 sudu kecil pada kucing korang. Kalau terlebih, macam makan julap la. Hahahah. Cerry Berry pulak. Kalau dah Cerry Berry boleh rujuk entri ---> Cara Rawatan Kucing Cirit Birit

Oat Bran


Macam yang lain, cuma campurkan 1/2 sudu oat dalam wet food kucing korang. Kalau taka da cuba carikan apa jua yang berfiber tinggi. 

Potong Bulu / Trimmed


Ini kes kalau kucing jenis berbulu panjang. Korang kena la trimmed atau grooming ye. Janganlah dibiarkan bulu kucing panjang dah macam rambut puteri gunung ledang. Amalkan grooming kucing korang 4 atau 5 bulan sekali. Ini pun salah satu faktor sembelit. Hairballs. 

Selalu bersihkan tempat poo dan pee


Kalau kucing jenis cerewet, sememangnya mereka sanggup tak membuang kalau litter box mereka tidak dibersihkan, kotor, diletakkan di tempat lain atau berkongsi dengan kucing lain. Ini pun salah satu faktor sembelit, so better kemas litter box mereka sekerap yang mungkin ye..

Susu


Sebenarnya susu lembu yang ada laktosa ini akan mengakibatkan kucing cirit birit. So untuk kes sembelit ini, korang boleh cuba dengan berikan 1/8 gelas pada kucing korang. Buat 2 kali sehari sehingga seminggu. Kalau dah ok, berhenti la yerk. nanti cirit birit pulak. Dah naya pulak. Hahahaha

Sup


Ini cara terakhir, korang boleh berikan sup berasaskan daging dan boleh tambahkan 1/2 sudu oat atau petroleum jelly dan berikan kucing korang makan. 


Diharap rawatan diatas ini dapat membantu korang. Kalau rasa tak boleh juga atau makin lama makin teruk, better bawa ke klinik veterinar berhampiran ye. Cik en hanya kongsikan untuk sembelit yang ringan. Kalau ianya perlu dibuat melalui rectum/dubur, korang boleh gunakan KY Jelly atau beli ubat bayi sembelit di farmasi. Kalau di klinik cik en, kami menggunakan liquid paraffin. Susah nak cari semua itu, korang bawa saja ke klinik untuk dapatkan lebih maklumat dari doktor yang bertauliah. 

Sumber : https://homeremediesfor.com/cat-constipation/

Susah Jumpa Peniaga Melayu Buka Berniaga Waktu Pagi

$
0
0

Susah Jumpa Peniaga Melayu Buka Berniaga Waktu Pagi | Sebenarnya susah atau jarang untuk cik en jumpa kedai melayu yang dibuka awal pagi. Lagi lagi kalau anak anak muda. Ramai Melayu yang monopoli perniagaan tengah hari untuk nasi campur dan malam sampai ke awal pagi untuk western food. Kalau ada pun ,di waktu pagi banyak kedai tepi tepi jalan yang jual nasi lemak bungkus dan kuih muih tapi selalunya makcik dan pakcik la kan? Adakah kerana menu pagi itu tak sebanyak menu masa makan yang lain? Sedangkan kata orang orang lama, bangun pagi la rezeki akan masuk lebih banyak. Selalu juga cik en blur kalau keluar sarapan seawal pukul 7 pagi, sememangnya tak ada kedai melayu pun yang buka dikawasan cik en dan kalau ada kedai kopi Cina. Walaupun menunya roti bakar dan kopi tapi setiap pagi sentiasa penuh dengan orang ramai. Kenapa la Melayu tak cuba untuk sesuatu yang baru iaitu buka kedai untuk sarapan pagi seawal 6 atau 7 pagi. 

Tapi tadi kan, rakan fb cik en Mizie Suhaimi ada post status mengenai satu food truck yang dibuka awal pagi yang mananya menunya kopi dan espresso. Mungkin satu hari nanti, dia akan start dengan roti bakar dan kuih muih pula kan?



Nampak macam cool pulak, food truck dibuka di waktu awal pagi. Boleh lepak lepak sambil tengok televisyen. Rasanya ini 1st time cik en tengok trend ini. Selalunya malam malam. Pandai abang food truck ini buat kelainan kan? Kalau malam dah menjadi kebiasaan, tapi waktu pagi ini satu benda yang baru dan tak banyak saingan lagi. Apa apa pun harap ianya mampu beri satu peluang dan idea yang bernas pada food truck yang lain. Terima kasih pada Mizie Suhaimi atas gambar diatas. Dan juga Good Luck pada abang food truck ini. 

Happy Anniversary Yang Ke 5 awaa...

$
0
0

Happy Anniversary Yang Ke 5 awaa... | Dup dap jantung ini juga masa mula mula berjumpa dia dulu. Tarikh 14 Februari 2012 kali pertama cik en jumpa dia. Walaupun awalnya bukan cik en nak sangatkan dia. Tapi kerana terpaksa cik en bersama dia. Tapi semakin lama, hati semakin sayang dan akhirnya jatuh cinta bersamanya. Benar la kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? Terus teranglah rupanya tidaklah sekacak yang lain - lain, tidaklah sekaya yang lain - lain tapi dia banyak bersama dengan cik en sepanjang 5 tahun ini. Dia la tempat cik en mengadu, menangis, marah dan bentak membentak. Dia la juga bersama cik en dari utara Malaysia ke Selatan Malaysia untuk travel. Tak kisahlah bersama keluarga atau sahabat. Tak pernah sesekali buat hal lagi sehingga saat ini. 

Pernah la sesekali meninggalkannya tapi hati akan teringat dan memberontak untuk bersama dia walaupun belum sampai 24 jam lagi berpisah. Nak ceritakan perasaan itu tak tahu la macamana tapi cik en dah terasa macam dia sangat penting dalam kehidupan cik en. Dulu pernah berjanji untuk berkongsi dulu hanya tinggal janji. Sebabnya cik en tak sanggup berjauhan dengannya. Nampak macam nak membolot tapi cik en tak mampu untuk berjauhan. Nampak tak adil, tapi peduli apa cik en kan? Macam kisah dia bersama ibu bapa cik en ke Terengganu dan Kelantan pada tahun 2013 dulu, sampai tak tidur malam menahan rindu. Gila sungguh kan perasaan cinta ini? 

Setiap tahun, cik en wajib sambut ulangtahun kami. Kebetulan jatuh pada Valentine Day. Tapi kami tak adalah nak sambut Valetine Day tu sebabnya bukan budaya kita kan? Setiap tahun, wajib kena ada hadiah untuk dia dan daripada nilainya demand sangat masa awal awal dulu tapi cik en turutkan juga dan sekarang dah boleh la bernafas dengan hadiah yang semakin tahun semakin rendah nilainya. Apabila cik en ada budget lebih, semestinya cik en akan selitkan hadiah tambahan pada dia. Apa apa pun cik en akui, cik en sangat sayang dan tak kan benarkan sesiapa yang cik en tak yakin untuk bawa dia. 

Sekali lagi saya nak ucapkan Happy Anniversary Yang Ke 5 kat awaa.. Mr Barney!


p/s : Suspen tak story cik en ini? Hahhahaha 

Kenapa Perlu Puasa Sebelum Hantar Kucing Untuk Permandulan

$
0
0

Kenapa Perlu Puasa Sebelum Hantar Kucing Untuk Pemandulan | Entri ini dibuat atas rentetan luahan hati cik en di Personal Facebook. Kisah mengenai program atau temujanji pemandulan kucing yang dijalankan di klinik cik en. Menjadi kebiasaan bagi pemilik bulus yang mementingkan kebajikan haiwan akan buat permandulan (Spaying atau Castration) untuk mengawal populasi kucing yang dijaga mereka. Dan pemandulan ini satu kes yang panas kerana terdapat percanggahan pendapat dikalangan masyarakat kita. Tapi cik en tak mahu membahas percanggahan pendapat itu sebabnya cik en dah jelaskan di entri sebelum ini. 

Syarat yang perlu dipatuhi setiap pemilik kucing sebelum pemandulan disetiap klinik lebih kurang sama saja. Tak kira klinik veterinar kerajaan atau swasta akan highlight kan satu syarat utama iaitu PUASA (makan dan minum) sekurang kurangnya 12 jam sebelum pemandulan dijalankan. Kenapa? Kerana tanpa puasa yang sebetulnya, akan ada risiko kucing akan MATI semasa pemandulan di jalankan. Kenapa boleh mati? ini kerana penggunaan ubat bius atau anesthesia akan buat kucing merasa nak muntah. Seperti kita juga kan. kalau dah pening akan buat kita rasa nak keluarkan apa yang ada dalam perut. Kalau tidak dipuasakan takut makanan yang masih ada di perut akan keluar dan untuk pengetahuan semua, semasa pengsan atau bius ini, kucing tak mampu untuk menelan semula makanan yang cuba dimuntahkan itu. Ini akan mengakibatkan lebihan makanan atau cecair (minum) yang tidak muntah keluar akan memasuki ruang paru paru dan akan melemaskan kucing tersebut seterusnya kucing gagal bernafas dan akhirnya mati. Selain itu juga, apabila kucing mula nak memuntahkan makanan, berlaku tekanan di dalam perut dan ianya boleh mengakibatkan masalah dalaman dan ada kes bleeding (pendarahan) berlaku. 

Jadi korang dah tau kenapa ada kucing yang mati semasa atau selepas pemandulan dijalankan. Masalah terlebih dos bukanlah satu masalah. Sebabnya jika kucing sihat dan ikuti apa arahan vet, bius atau anesthesia bukan isu boleh buat kucing korang mati. Ini pun cik en dengar dari pakar sendiri yang cakap. Selain daripada puasa, ada beberapa syarat lagi perlu diketahui oleh pemilik kucing sebelum lakukan pemandulan.

Syarat Sebelum Permandulan Kucing

  1. Puasakan 12 jam
  2. Kucing dalam keadaan sihat, bersih dan tidak bunting (bagi betina)
  3. Ada klinik wajibkan vaksin sebelum pemandulan. Pemandulan boleh dibuat kira kira 2 minggu selepas vaksin
  4. Umur kucing yang dibolehkan mandul adalah 6 bulan ke atas dengan berat lebih kurang 2 kilo. Ada juga terima seawal 4 bulan. 

Penjagaan selepas permandulan 

  1. Bagi jantan, cukuplah dengan kurungkan dalam jangka masa 3 hari. Untuk habiskan kesan bius. Ini sebabnya, jantan lukanya tidak sebanyak betina
  2. Bagi betina, kurungkan lebih kurang seminggu untuk mengelakkan kucing melompat, berlari selagi luka tidak sembuh. Luka akan cepat baik kalau kucing lebih releks dan tidak banyak bergerak. Pastikan sangkar kucing dalam keadaan yang bersih untuk mengelakkan jangkitan.
  3. Selepas permandulan, susu kucing betina akan berkurangan dan kering. Jika kucing betina tersebut ada anak anak kecil, disarankan untuk berikan susu tambahan pada anak tersebut.

Tapi ada kes kes pembedahan kecemasan tidak memerlukan untuk dipuasakan. Seperti kes distokia (kesukaran beranak) , komplikasi dan sebagainya. Selalunya kalau kes sakit sebegini, kucing akan mula kurang selera makan. So diingatkan untuk patuhi arahan vet apabila buat sebarang temujanji untuk permandulan ye. 


Cara Merawat Kucing Lemah

$
0
0

Cara Merawat Kucing Lemah Kerana Sakit | Cik en perasaan ada keyword Cara Merawat Kucing Lemah yang terlekat di blog cik en ini. Mungkin kerana faktor cuaca tak menentu dan musim virus yang sekarang ini datang tak kira masa, ada pemilik bulus ada masalah kucing mereka lemah mungkin kerana tidak makan atau minum. Selalunya kes ini terjadi pada kucing yang demam, virus, kemalangan, selsema dan sebagainya. Seperti manusia, apabila kita demam atau tidak sihat, automatik kita pun akan mula tak ada selera untuk makan walaupun diletakkan ayam KFC, Burger Mc Donald, Pizza Hut dan makanan sedap depan batang hidung. Hahaha. Akhirnya kita sendiri akan lemah dan kalau bawa ke hospital, confirm terus drip berbotol botol kan? Samalah juga macam kucing. Tapi kucing ini kesan dehydrate dan lemah sangat cepat berbanding manusia. 

Seperti biasa, cik en nak kongsi cara rawatan yang korang boleh dapatkan dari benda benda disekeliling korang atau pendek kata yang mudah didapati di kawasan kita di Malaysia ini. Sebelum itu, cik en nak pesan satu, kucing kalau masih makan dan minum walaupun sakit sebenarnya mereka dah cure hampir 50% dari sakit dan virus. Bakinya bergantung pada ubat ubatan dan suplemen yang dibekalkan vet. Macam pesakit barah, jika pesakit positif dan kuatkan diri, mereka sebenarnya ada peluang untuk sembuh walaupun kata doktor ianya mustahil untuk baik kan? Isk, dok ngomel pulak cik en ini. Meh cik en nak share info info yang kerap cik en kongsikan pada pelanggan klinik cik en ini.

  1. Pemberian Susu Tambahan atau susu kambing segar
  2. Pemberian Glukose. Glukose sebenarnya boleh beli yang manusia punya dan pilih yang plain ye. Selain itu, ada juga dijual di petdhop. Boleh juga ubatkan air gula maca kita nak bancuh air oren dirumah itu. Gula akan beri energy pada badan
  3. Makanan basah (wet food) tapi ambil yang kitten. Sebab kitten ada formula yang terbaik untuk topup balik apa yang kurang dalam badan kucing. Atau boleh buat wet food sendiri. Camana nak buat? Boleh rujuk -- Cara buat wet food kucing
  4. Pemberian telur mentah yang dicampur dengan susu. 
  5. Madu
  6. Transfor Factor (TF)
  7. Air Kelapa
  8. Garam Bukit
  9. Pastikan air yang bersih dan sentiasa ditukar. 
  10. Jika kucing tidak boleh makan juga, boleh paksa untuk makan menggunakan picagari. 
  11. Boleh dapatkan supplemen seperti multivitamin atau vitamin b complex ( jika suhu badan panas, elakkan bagi bagi kerana B Complex akan memanaskan badan)
  12. Jika masih lemah, kenalah bawa kucing ke vet untuk drip air atau ditahan di wad. 

Apa apa pun, kalau korang tak boleh nak handle kucing yang terlalu lemah, better bawaklah ke vet yang berhampiran ye.. Jumpa di next entry 

Inilah Rupa Pencebak

$
0
0

Inilah Rupa Pencebak | Rentetan dari status yang cik en muat turun di facebook terjadilah entri ini. Sebenarnya pertanyaan ini timbul bila cik en tengok rancangan Check In Check Out dan kebetulan episod tersebut di buat di kuala kangsar. Sampai part pembuatan keris, ada disebut perkataan penchebok. Kalau korang nak rasa feel perkataan kena diloghatkan menjadi loghat perak iaitu loghat Kuala Kangsar. Selain itu ada yang panggil pencebak, penchebok, cebak, pencebhok dan de panggil cok. Kalau nak sebutkan C itu kena dari tekak. Gituuu.. Hahah. Seperti mana bahasa perak ye




Hai, tak ada sorang pun boleh jawab dengan betul tapi ada beberapa orang yang faham rupa pencebak itu. Lastnya kena la nanye orhang perhok pior (pure) barulah cik en dapat kata akar nya, iaitu Cebak. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke - 4 ( http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cebak )

Alat yang digunakan mungkin dinamakan pencebak sesuai dengan maksudk cebak : mencebak menggali (tanah, barang galian): ~ tanah; ~ timah; cebakan 1. galian; 2. barang apa yg dicebak, barang galian.

Kata asal : Cebak
Perbuatan : Mencebak
Alatan : Pencebak (kemungkinan orang dulu panggil sebabnya tak ada dalam kamus bahasa melayu)

Penchebok dicakap dengan menggunakan loghat orang kuale. sebabnya dari rhenek (kecil), teman dah dengor bunyinye roper gitu. Mungkin apabila dibaca oleh orang luar (bukan orang kuala kangsar) ianya lebih nampak seperti cebok. Kalau la Facebook ada selitkan suara, boleh le nak cakap penchebok atau pencebak ini dalam teloo kuale. 

Gambar di bawah ini bukanlah gambar yang sebetulnya macam yang cik en dan keluarga selalu guna. Lengkok nya lebih ke dalam dan gambar dibawah ini nampak lebih terbuka. Tapi bolehlah nak beri gambaran pada orang lain. Mungkin di negeri lain, ada loghat korang sendiri. 


Bab ini cik en selalu fail bila disuruh ambil oleh mak cik en. Selalunya cik en bawa cangkul dan biasalah, bila dah salah, dok membebel la mak cik en. Penchebok! Penchebok! Penchebok! bukan cangkul. Hahahha. Selalunya digunakan untuk nk menanam anak pokok pada tanah. Kalau guna cangkul, tanah takkan nampak bulat dan nanti melambatkan untuk menimbus balik. So tempat korang panggil apa ye pencebak tu?

FemMist Buat Wanita Lebih Yakin, Segar dan Bersedia

$
0
0

FemMist Buat Wanita Lebih Yakin, Segar dan Bersedia | Kalau travel atau pergi aktiviti yang panjang, semestinya setiap wanita termasuk cik en akan berasa tidak yakin sebabnya cik en akan mula rasa gatal gatal dan tak selesa di bahagian intim. Walaupun dah pakai panty liner, tetap juga tak dapat membantu menghilangkan ketidakselasaan itu. Cik en juga dah cuba memakai pembersih wanita yang lain tapi susahlah, kena ambil masa yang lama dan perlukan air untuk dibilas. Ummmm.. Apa patut cik en buat. I love travel, i love hiking tapi masalah ini buat cik en rasa tidak enjoy dengan aktiviti kegemaran cik en ini. Cik en inginkan pembersih wanita yang ringkas dan boleh digunakan walaupun ketiadaan air seperti aktiviti hiking di dalam hutan.  Ada ke produk sebegini ye?

Wow! Ada rupanya produk yang ringkas dan tidak memerlukan air. Just sembur, sembur, sembur dan siap! Mudahnya, Mulanya cik en rasa macam tak yakin sampailah produk itu cik en gunakan. Rasa mudah, cepat dan segar sangat. So automatik cik en menjadi super yakin, super hebat dan super enjoy dengan aktiviti travel cik en masa travel Phuket Krabi dan travel ke Melaka tahun lepas. Femininine Mist atau FemMist penyelamat cik en. So bila dah pakai dan puas hati, cik en nak kongsi dengan korang. Manatau korang pun mengalami masalah yang sama macam cik en ini. 


Rangkaian produk penjagaan bahagian intim dari Beaute dikenali ramai sebagai produk semulajadi, selamat dan berkesan. First cik en kalau memilih produk bahagian intim ini cik en akan elakkan produk yang menggunakan SLS atau Sodium Laureth Sulfate yang mana ianya memberi kesan jangka panjang pada manusia. SLS ini menghasilkan buih pada satu satu produk. Tapi FemMist ini  pula tidak menggunakan SLS itu. Bahan bahan yang digunakan adalah ekstrak tumbuhan manggis dan manjakani. Selain itu tiada bahan chemicals dan juga menggunakan completely water sebagai based. FemMist ini membantu melawan 
  1. jangkitan bakteria,
  2. fungas
  3. keputihan 
  4. menganjalkan kulit


FemMist ini dirumuskan khas untuk memberikan kesan dengan pantas dan berpanjangan untuk mengembalikan keremajaan dan kesegaran wanita. Dengan penggunaan kali pertama serta merta, korang akan merasai perbezaannya. Kadar prnyerapannya yang tinggi membantu korang kekal kering dan segar sepanjang hari. 


Harganya yang mampu milik dan korang boleh dapatkan secara online atau faramsi terpilih. Tapi order online lagi jimatkan masa. Nak tahu detailnya? Ini dia

Harga FemMist : RM 48.00
Isipadu : 35 ML (300 spray)
Cara Penggunaan : Spray dikawasan intim - biarkan 1 minit - dan bilas menggunakan air atau tisu.

Yakin dengan produk semulajadi untuk kawasan intim korang. Elakkan gunakan produk yang mempunyai chemicals ye! Da... 

Tak Mampu Tapi Nak Pakai Barang Mekap "Branded" ? Ini Caranya ..

$
0
0

Tak Mampu Tapi Nak Pakai Barang Mekap "Branded" ? Ini Salah Satu Caranya | Memiliki barangan "branded" atau berjenama adalah idaman semua orang. Semestinya barangan berjenama ini menadi pilihan kerana hasil yang lebih memuaskan dan tahan lebih lama. So tiada yang menolak kalau diberi barangan berjenama tidak kisahlah kasut, baju, beg wanita malah alat kosmetik sendiri. Kat sini cik en nak share sesiapa yang kurang kemampuan atau yang budget murah tapi memiliki kosmetik yang berjenama. Kadang kadang duit yang ada disimpan untuk yang lebih penting dan memerlukan. 

Caranya 

  • Memiliki membership card setiap kedai kecantikan

Sebenarnya kalau korang selalu ke Watson, Guardian, Sasa dan kedai yang seangkatan dengannya, korang patut memiliki membership card. Kumpul mata dari pembelian barangan korang. Macam cik en, cik en setia dengan Watson dari dulu lagi. Jadi setiap bulan, even hanya beli berus gigi, cik e akan beli di watson. Bukanya nak berlagak kaya, tapi cik en lebih selesa dan dalam masa yang sama cik en akan mencuci mata di Watson. Pernah la cik en kumpul point sehingga boleh beli 1 kotak inershine 12 pack dengan nilai RM100.00. Disamping itu kerap dibuat promosi jika memiliki membership  card sehingga 50 %. 

  • Usha rak barangan reject (clearance item)


Yang ini selalunya pekerja akan pilih dulu la. Yang di keluarkan mana mana yang dah dorang dah habis pilih. Selalunya, kalau barangan kosmetik tu, ada display kan? So dah settle display, semuanya akan dipromosikan potongan 50% dari harga sebenar. Yang ini kalau luck korang baik, korang akan jumpe yang masih ok. kebanyakkannya dalam keadaan yang ok. So pilih la betul betul dan tengok juga expired date ye.

  • Sentiasa alert dengan minggu promosi
Yang ini, salah satu cara yang berkesan, sebab Watson selalu buat minggu sale. Masa ini, korang boleh dapatkan potongan yang tinggi. Macam cik en pelanggan tetap Watson Sitiawan, cik en kerap dapat sms dari Watson dan ada juga adik adik kerja di Watson akan call kalau barangan cik en nak sampai. Hihi.

Ini antara cara yang boleh korang gunakan apabila teringin sangat barang branded tapi tak mampu. Cik en sendiri pun walaupun mampu, akan memilih cara cara diatas untuk save budget cik en untuk yang lebih memerlukan. Korang pulak amacam? ada cara lain tak? kongsi sikit di ruangan komen ye!

Kisah Kucing Berulat Di Bahagian Muka

$
0
0

Kisah Kucing Berulat Di Bahagian Muka | Omaigod, kesiannya.. , hidup ke lagi kucing ini?, kenapa ini? dan banyak lagi komen yang cik en dapat apabila cik en keluarkan di Instagram dan facebook peribadi cik en. Sengaja cik en tak jawab sebab malam ini cik en nak story kisah kucing malang ini. Kucing ini kucing betina dan hilangkan diri hampir seminggu. Bak kata kawan cik en, bila rasa dah tak tahan dan rasa menyesal, baru nak balik. Hahaha. Kembali ke pangkal jalan katanya. Keadaan kucing yang luka di bahagian muka dan semestinya berulat penuh la. 

Cik en sebenar tak suka kalau dressing luka berulat di bahagian muka. Ialah kan.. bahagian yang sangat hampir dengan mata, hidung dan mulut. Kawasan sensitif, jadi cik en tak suka gunakan chloroform di kawasan ini. Jadi cik en semburan wound spray sikit sikit untuk elakkan poisoning atau keracunan sebabnya spray ini akan kena bahagian lidah dan mulut kucing ini. Dan cik en akan menunggu ulat keluar dari gua gua di dalam itu secara berjemaah. Hahaha. Nampak macam lama kan kes ini tapi apa boleh buat sebabnya cik en tak nak kucing berasa sakit atau mengelupur kalau buat ganas ganas.


Cik en ambil masa dalam sejam juga sebabnya cik en tanpa biuskan kucing ini. Kebetulan pula cik en buat seorang diri masa ini? Eh.. boleh ke? Semestinya boleh tapi cik en biarkan kucing didalam kotak yang dibawa oleh tuan dia. So dia akan rasa lebih selamat sebabnya kucing sangat obses dengan kotak. Dan menjadi kebiasaan cik en untuk bersembang sembang dengan kucing atau anjing kalau berlaku treatment camni. Jangan lah katakan cik en ini gila, sebenarnya kucing atau haiwan ini faham tau kalau kita bersembang sembang ini. Kalau tak faham, tak ada la selalu cik en dengar dari customer " cik en, kucing saya semalam bagitau la nak bawa ke klinik veterinar, hari ini dia boleh pulak hilang ". Hahah. Apa boleh cik en jawap lagi kan? Kucing ini bukannya tak dengar atau faham tapi mereka memang dilahirkan dengan muka eksyen (berlagak) mereka. Hahaha

Bahagian mata kucing ini rasanya dah rosak tapi retina masih ada lagi. Itu kes ini, cik en berikan ivermectin injection. Untuk apa? disebabkan ada ulat di ruang dalam yang cik en tak leh nak tarik, inilah salah satu cara untuk bagi ulat keluar sendiri dan mati tanpa gunakan chloroform, negasunt powder, hydrogen peroxide atau lain lain. Apa kesan ivermectin itu pada tubuh badan kucing? yang itu biarlah orang dalam bidang bidang ini saja tahu erk. 


Inilah hasilnya selepas sejam merawat dia. Macam Kapten Jack kan? Diharap ianya cepat sembuh dan cik en minta untuk buat rawatan susulan seminggu selepas ini. Insyallah kalau datang masa cik en bertugas, cik en akan update di ig cik en. So follow la ig cik en @eintan_nurfuzie . Korang boleh baca entri Cara Merawat Luka Kucing

Kisah Kuda Di Langgar Kereta

$
0
0

Kisah Kuda Di Langgar Kereta | Entri ini cik en hanya nak kongsikan pengalaman kerja cik en dalam merawat kuda. Kes kuda ini dilanggar kereta malam sebelum rawatan dibuat. Ada 2 ekor. Jantan dan betina. Menurut owner, ada yang buka tali stable kuda ini. Kejadian berlaku 10.30 malam. Dikatakan kereta yang langgar jenis kancil. Kancil langgar kuda, mestilah kancil kalah kan? Hahahaha. Tapi tiada sebarang report atau apa apa tuntutan dari kereta yang melanggar sehingga entri ini ditaip. 

Cik en datang ke stable kuda yang dijaga oleh Hanna atau nama panggilan Ana jam 1.00 petang. Mulanya nak jahit sebabnya ada luka berlubang. Tapi dah mula membengkak dan tak boleh nak dijahit. Kalau boleh pun kena biuskan. 


Dah dibahagian lain ada luka seperti tersiat. Bahagian hidung pun ada kesan luka dan bibir sedikit terkoyak. 


Dan lagi seekor bahagian kakinya sedikit bengkak tapi tak patah atau seliuh. Kemungkinan kesan hentaman yang kuat. 


Rawatan basic dressing saja cik en buat. Sebabnya tak ada tenaga lelaki, hanya cik en dan Ana saja yang ada. Jadi cik en buat dressing luka dan pemberian antibiotik dan vitamin untuk kedua dua ekor kuda. Yang kaki bengkak cik en tak boleh nak buat banyak hanya boleh wound spray saja sebabnya kuda tak beri kerjasama. Mungkin kerana sakit sangat. 


Tapi cik en kena repeat semula rawatan. Dan kuda ini perlu dibius untuk berikan rawatan lebih baik. Untuk itu, insyallah cik en akan story untuk next entri ye. 

Happy Birthday Lazada Ke 5 !!

$
0
0

Happy Birthday Lazada Ke 5 !! | Siapa yang tak kenal dengan Lazada. Gedung membeli belah online yang popular di Malaysia. Lazada menjual barangan online yang merangkumi fesyen, kesihatan dan kecantikan, barangan bayi, perabot, barangan rumah, gadjet, komputer, laptop, kamera, alat elektronik, permainan, barangan travel, sukan, barangan kenderaan, barangan runcit dan barangan haiwan. Kiranya, all in one dalam satu web ini yang korang boleh shopping. Cik en sendiri menggunakan Lazada sebagai shopping online utama. Tup tup dah sampai tahun ke 5 rupanya Lazada beroperasi. 

Kenapa cik en suka shopping online di Lazada ? 



  1. Kepelbagaian Barangan - Dalam satu laman web, korang boleh pilih pelbagai barangan seperti di pasar raya atau kedai barangan. Dari fesyen, alat mekap malah korang boleh beli gadjet dengan klik klik saja. Mudah kan? Tak perlu nak buat pembayaran asing-asing. Just add tp chart dan totalkan semuanya sekali bila habis shopping.
  2. Harga yang lebih murah dan promosi yang berterusan - Yang ini sememangnya antara alasan utama kalau ditanya pada semua kaki shopping online. Shopping online sememangnya menawarkan harga yang murah berbanding di pasar raya atau butik. Macam Lazada juga, harga sememangnya sangat murah dan kerap juga buat promosi yang tak masuk akal. 
  3. Penghantaran yang cepat dan dipercayai - Penghantaran seawal 1 hari sehingga 10 hari bekerja sememangnya dan menggunakan perkhidmatan penghantaran barang yang dipercayai seperti Pos Laju, Gedex, Skynet dan lain lain. Ianya membuat segala penghantaran barangan yang di tempah oleh pelanggan Lazada sampai waktu yang tepat dan selamat ke tangan pelanggan. Jadi ianya memudahkan pelanggan budget masa barangan yang sampai untuk kegunaan masing masing. 
  4. Pertukaran barangan / salah barangan mudah - Kes ini cik en pernah terjadi, selalunya bila pemilihan kasut. Selalu dapat saiz yang besar, korang boleh buat pertukaran secara percuma. Lazada ada sediakan plastik return dan hantar melalu Pos Laju secara percuma juga. 

3 Barangan Kegemaran Cik En di Lazada



Dalam banyak banyak barangan Lazada ketika ini, ada top three menjadi wish cik en. Dan harga yang ditawarkan sangat berbaloi dari harga sebenarnya. So mana nak lepaskan peluang untuk memilikinya kan? 

1. Casio G Shock Men GA-110-1adr Rasin Watch Untuk Hadiah Hari Jadi Tercinta



Sememangnya G Shock dikenali dengan jam tangan yang lasak dan berkualiti. So disebabkan hari jadi cik en baru baru ini, sidia hadiahkan Gshock untuk cik en, rasanya tak salah cik en surpeisekan sidia dengan G shock juga. Berbaloi baloi beli di Lazada ini. Dapat off 34% itu. Nak usha gak ke G shock ini? just klik je gambar diatas ini. 

2. Memory Sweet 3 in 1 Brush Bronze and Eyeshadow Palette + Leopard Bag 7pcs untuk koleksi peribadi



Fuh, dengan harga sebegini, boleh dapat eyeshadow Palette, brush dan bag dalam satu harga. Ini antara pilihan cik en. Lagi lagi tengah mode nak bersolek ini. Boleh tambah koleksi cik en. Berbaloi baloi weih, tuk korang juga. Boleh klik gambarnya.

3. Mango Saffano Cross Leather Effect Tote Shell Shoulder Bag (Blue) untuk kaki kumpul beg



Wanita dengan beg memang tak leh dipisahkan. Walaupun banyak koleksi beg, tapi kalau dah jumpa yang menarik hati dan kena dengan harganya, mesti kena rembat la. Kalau korang pun suka, klik saja gambar itu. 

Cadangan untuk Lazada


Sentiasa buat promosi tak masuk akal dan masukkan lagi pelbagai jenama di dalam Lazada. Jenama yang mampu dimiliki dan berjenama mahal supaya dapat menarik minat pelbagai golongan.

HAPPY BIRTHDAY LAZADA Yang Ke 5 Tahun!!! 


Semoga Lazada terus sukses dan mampu menjadi shopping online yang terbesar dan pelbagai di Malaysia untuk setiap lapisan masyarakat. 

Kalau korang seorang blogger, Lazada tengah buat blogger contest bersempena birthday Lazada yang ke 5 ini. Lagi ramai yag join, lagi besar untuk korang menang tau. Berminat, boleh klik Blogger Contest Lazada Birthday


Kucing Hidung Tinggi dan Besar

$
0
0

Kucing Hidung Tinggi dan Besar | Pertanyaan cik en di instagaram, page facebook nurfuzie.com dan facebook personal cik en nampaknya memberi banyak jawapan. Ada yang betul dan ada yang melawakkan. Hahaha Its ok, Didalam dunia kucing, jika ada kucing yang mempunyai hidung tinggi, bengkak dan keadaan kucing yang selsema adalah tanda tanda penyakit zoonotik. Penyakit ini digeruni oleh pemilik kucing kerana jika ianya kronik, doktor vet akan suggest Put To Sleep (PTS) atau matikan. Jika ada yang sanggup menjaganya, semestinya memerlukan dana yang banyak kerana harga ubatnya sangat mahal dan perlu diberi selama 3 bulan ke 6 bulan dan penjagaan yang sangat teliti.

Gambar diatas, adalah tanda tanda sporotrichosis atau dipanggil sporo. Menurut pemilik ini, kucing ini mempunyai sejarah sporo dan mengamalkan ubat sporo selama 6 bulan. Dan kucing ini sembuh sepenuhnya (fizikal) dalam 2 bulan dan baru baru ini, berlaku masalah hidung tinggi atau bengkak. Bengkak ini lembut dan terasa mengandungi cecair. Untuk memastikan ianya darah atau nanah, cik en cuba tarik melalui picagari berjarum dan yang keluar adalah darah. Untuk langkah pencegahan awal, cik en nasihatkan untuk berikan antibiotik (amoxycilin) dan ubat bengkak (prednesolone) selama seminggu. Jika masih tiada perubahan, diminta pemilik kucing untuk beri kembali ubat sporo seperti inox atau intrazone atau lain lain yang berkaitan atau buat blood test sekali lagi. Cik en minta pemilik untuk repeat datang ke klinik dalam masa seminggu. Diharap kucing tersebut hanya berlaku bisul atau bengkak biasa pada hidung itu.

Korang boleh rujuk entri Anda Terkena Sporo dan Cara Merawat Sporo.

Pengalaman Merawat Kuda Di Waktu Malam

$
0
0

Pengalaman Merawat Kuda Di Waktu Malam | Kuda merupakan haiwan kedua yang terbijak di dunia ini. Kata orang, kalau kita nak naik kuda, kalau kuda saja bersedia tapi kita macam terpaksa nak naik, sememangnya kita tak dapat nak menunggang kuda yang baik. Bagi bidang veterinar macam cik en, semestinya tidak dapat lari dari buat rawatan kuda. Cuma di Perak terutama di kawasan cik en, orang yang membela kuda sangat terhad. Jadi sebelum ini, cik en tak pernah buat rawatan kuda. Kalau kucing, anjing, lembu dan kambing dah biasa dan boleh la dikatakan expert juga walaupun tidak bertauliah. 

Sebelum ini cik en ada story pasal kuda kemalangan tapi cik en tak buat detailnya, sebabnya cik en tak dapat nak ambil gambar selepas rawatan di buat. Kebetulan beberapa hari lepas cik en, En Rizal dan bos cik en Haji Azhar pergi ke stable kuda Hanna kerana, Ana ada beritahu, kuda yang cik en jahit dah terputus benangnya. Tapi sebelum itu cik en nak kongsi sedikit kronologi mengenai kuda kuda ini. 

3 Mac 2017 
2 ekor kuda dilanggar oleh sebuah kereta kancil jam 10.30 malam. Seekor diberi nama Kiswa (jantan) dan Lizaz ( betina dan bunting). Kiswa bibirnya dan hidungnya terkoyak, dadanya berlubang dalam dan badan sebelah kanan luka tersiat. Lizaz pula lututnya bengkak dan ada sedikit luka.

dada kiswa yang berlubang

badan kiswa luka 

kaki lizaz bengkak dan luka

4 Mac 2017 
Cik en datang selepas diberitahu Ana. Rawatan yang dibuat hanyalah dressing yang termampu dan diberi ubat antibiotik dan bengkak ( http://www.nurfuzie.com/2017/03/kisah-kuda-di-langgar-kereta.html )

5 Mac 2017 
Cik en perlu berikan ubat pelali untuk membuat dressing dan suturing terhadap Kiswa. Bibir dan hidung terkoyak. Dan juga dadanya berlubang. Bagi Lizaz hanya dressing sahaja jadi tak perli diberi pelali. Disebabkan tenaga kerja yang tak ada, kami memulakan dressing dan jahit pada pukul 11 malam dan berakhir 4 pagi. Kat sini cik en nak share sedikit gambar pada malam itu.



Cik en dibantu oleh Ana sendiri, Salman (pemilik kuda dari Terengganu) dan anak saudaranya. Cik en berikan pelali Xyzlizine sahaja. Satu benda baru kerana cik en selalunya menggunakan Xyzlizine dan Ketamine berpandu pada berat haiwan kesayangan. Untuk kuda, memang tak disyorkan menggunakan Ketamine. Cik en menggunakan Xyzlizine 100 dan untuk berat Kiswa diberi 1.5ml untuk 250kg. Pelali atau anesthesia ini diberi melalui Intravena (IV). Dalam masa kurang 1 minit, Kiswa dan mula khayal dan sebelum jahit dibuat, cik en perlu sekali lagi beri local anesthesia. Dalam stok ubat klinik cik en ada Xylocaine sahaja. Xylocaine diberi untuk kebaskan bahagian mulut dan hidung sebelum dijahit. Xylocaine diberi secara Subcutaneous ( subcut). Sub Cut adalah suntikan di bawah kulit sahaja. Mulut dan hidung perlu dikikis sehingga berdarah untuk membantu pertumbuhan daging dan untuk memudahkan pencantuman. Selesai dibahagian muka, kami beralih kepada dada yang berlubang. Salman masukkan jari dan didalam lubang ada serpihan kaca. Usaha membersihkan kaca agak susah sebabnya saluran yang sempit. Tapi kami berjaya juga untuk keluarkan kesemua kaca. Selesai, cik en jahit dibahagian dada Kiswa.

Selesai Kiswa, turn Lizaz pula. Disebabkan hanya dressing biasa, Salman dan anak saudaranya yang buat. Bulu perlu dicukur dan gunakan antiseptik seperti biasa. Kami gunakan Hydrogen Peroxide dan Iodin. Cik en berikan prednesolone dan antibiotik selepas selesai dressing. Kami selesai jam 4.00 pagi 

9 Mac 2017
Ana beritahu, jahitan Kiswa terputus. Kali ini, cik en pergi bertiga. Masih menggunakan pelali yang sama, cuma kali ini dibuat disiang hari. Lagi mudah dan dari kami menggunakan tali tangsi (tali pancing) dengan harapan tak terputus sebelum luka sembuh.



Dikesempatan itu, cik en sempat lah snap beberapa gambar dan compare sebelum dan selepas rawatan





Insyallah, kalau dijaga dengan baik dan dressing setiap hari, Kiswa dan Lizaz boleh sembuh dalam seminggu dua lagi. Insyallah, kalau cik en kesempatan cik en akan snap gambar yang lebih baik selepas ini. Cuma cik en takkan share di blog ini. Hanya di instagram personal cik en di www.instagram.com/eintan_nurfuzie . 


Salam sayang dari cik en dan lizaz. Jumpa next entry semua. 

Cryo-Lipolysis dengan Zimmer Z Lippo dan Z WavePro Kini Secara Rasmi Di Malaysia

$
0
0

Cryo-Lipolysis dengan Zimmer Z Lippo dan Z WavePro Kini Di Malaysia | Ingat tak dengan gambar yang gambar rakan blogger cik en yang post di Instagram, faceook dan page facebook cik en mengenai treatment Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo & Z WavePro ? Masa itu, ianya masih belum dilancarkan. Dan pada 9 Mac 2017 yang lepas, mereka dah dilancarkan secara rasmi di Malaysia yang mana korang boleh buat treatmet ini. Yey! Mesti ini yang korang tunggu tunggu kan?

Displaying Pic 1 - Zimmer.jpg

The arrival of the latest body contouring technique, known asthe second generation of Cryo-Lipolysis by Zimmer Aesthetics caused a stir at its launch recently. Utilizing German-engineered technology, the second generation of Cryo-Lipolysis combines Z Lipo (Cryo-Lipolysis) with Z WavePro (US FDA-approved Shockwave). From the original experts of cold therapy, Zimmer’s products ensure shorter treatment durations and faster results for everyone.

For those who would rather achieve their body goals the natural way, the second generation of Cryo-Lipolysis promises to aid them in attaining their dream figure. At the launch, Dr. Pablo Naranjo, Medical Director of Elite Laser Clinic provided an explanation on how this new technology works.

Cryo-Lipolysis received the European Union CE Mark approval in 2009 for non-invasive fat reduction, and since then has become popular with an increasing number of treatments conducted every year worldwide. One main reason for this development is the high demand by patients for non-surgical alternatives to liposuction. Cryo-Lipolysis is a fat-freezing procedure which is considered an effective method for reducing fat that causes slight discomfort and no known severe side effects. When this technology is applied on selected patients and combined appropriately with other treatments, one can obtain a higher level of patient satisfaction.

Displaying Pic 2 - Zimmer.jpg

According to a clinical study done by Dr. Michael Ingargiola, a plastic surgeon with over 20 published articles, this treatment generates an average of 20 percent of localised superficial fat tissue layer reduction after several months, while the triglycerides (fatty acids and glycerol) are eliminated naturally through the lymphatic system and then processed by the liver.

Localised fat deposits on arms, hips, abdomen, buttocks or thighs can be treated. The treatment is effective and safe with the emphasis of using harmless temperature levels to chill fat cells, ensuring that the surrounding tissues are unharmed. There are hard to reach areas or fat-intensive areas that not even exercise can act on. The combination of the 2nd generation Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo and Z WavePro are two innovative aesthetic machines designed for fat freezing and body contouring in cellulite treatment.

An award-winning product of the year in 2016, Z Lipo is an extremely versatile device that comes with three different applicators (small, medium and large) which are optimised to fit different body shapes and sizes. It targets fat deposits and chills them down in a controlled manner over a prolonged period, leading to the destruction of fat cells. Dead fat cells will be removed naturally through the lymphatic system which takes about 10 to 12 weeks. 

Displaying Pic 3 - Zimmer.jpg

This non-invasive treatment targets only fat cells and eliminates them permanently, with each 60-minute session, and it is safe and suitable for treating any targeted area optimally. The use of pulsating suction increases the positive effect on lymphatic drainage and metabolism, and the intensity can be set to one of ten different levels that can even be adjusted during treatment. To avoid damage to the skin, a special gel pad is placed on the treatment area during the process. Target areas consist of love handles, muffin tops, belly, buttocks, arms and thighs (inner and outer). 

From a medical point of view, cellulite is not a serious condition, but it represents the most widespread and least tolerated aesthetic complaint among women. The US FDA-Approved Z WavePro system uses radial shockwave to tighten the connective tissue which improves skin firmness, elasticity and collagen regeneration on the abdomen and upper arm, as well as cellulite on the legs and buttocks. 

The high energy radial shockwaves consist of two different parts – positive pressure pulse and a comparatively small tensile wave component. The shockwave squeezes surrounding tissue and breaks the grid structure of the molecules. The tensile wave leads to a collapse of gas bubbles within the fat structures (cavitation), which re-expand after the high energy radial shockwaves, thus ensuring a destabilisation of fat structures. 

The Z WavePro transmits the radial shockwaves directly and with high precision into the tissue, thanks to its 39 mm applicator head. Using Radial Pulse Therapy, it delivers comfortable pulses consistently, replacing the need for manual painful vigorous massage in many cryogenic lipolysis protocols. 

Studies carried out in 2013 have shown that a shockwave treatment directly after Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo and subsequent shockwave treatments once a week for four weeks can almost double the treatment effects in regards to fat reduction. By combining Z Lipo and Z WavePro together using the technology of Cryo-Lipolysis and radial shockwave, the results of fat reduction are significant. 


Guests at the Zimmer product launch were the first to witness the Z Lipo and Z WavePro machines in Malaysia. The treatments are available at selected clinics. 

For more information on Zimmer Z Lipo and Z WavePro, visit http://zimmer-aesthetics.com.sg/.

Antara info ringkas mengenai rawatan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro adalah 

  • 2nd generation Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo and Z WavePro ini menggunakan teknologi German 
  • US FDA approval on the combination shockwave
  • More than treating just fats! (Due to a combination therapy of Cryo-Lipolysis + US FDA approved shockwave which can also treat cellulite, loose skin etc.)
  • No known severe side effects
  • Non-Invasive
  • Only slight discomfort from treatment
  • Visible results
  • Duration: 60 mins
  • Minimum of RM1,500 – RM1,800 depending on the area of treatment (please contact clinics below for more details)
Klinik yang menawarkan rawatan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro di Malaysia 

TDOX Clinic
51B, Jalan SS21/37, Uptown 37,
47400 Petaling Jaya, Selangor
T: +603 7733 7768

Esadsa House
Lot 51, 7th Floor Signature Office,
The Boulevard Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra, 59200
Kuala Lumpur.
T: +603 2287 8569

Ageless Medispa & Clinic
257, Jalan Maarof, Bangsar Park,
59000 Kuala Lumpur
T: +603 2095 0458

RE Plastic Surgery Clinic
A4-UG1- 03, Solaris Dutamas,
Jalan Dutamas 1, 
50480 Kuala Lumpur
T: +603 6207 9004

The Life Clinic
Lot 6-2A, Jalan Batai, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
T: +603 2856 9292

Kalau korang nak baca detail lagi mengenai trend terkini rawatan ini, korang boleh terjah entri kawan kawan blog cik en en :
  1. http://www.khirkhalid.com/2017/03/rawatan-buang-lemak-cyro-lipolysis.html
  2. http://unclezuan.com/buang-lebihan-lemak-tanpa-operate-dengan-zimmer-zlipo-dan-zwave/
  3. http://www.diarymama.com/zimmer-z-lipo-dan-z-wave-pro/
  4. http://www.ummizarra.com/2017/03/buang-lemak-tanpa-rasa-sakit-dengan.html
Kalau nak lebih detail, call saja klinik tersebut. Cik en pun dah mula tertarik nak buat. Hihihi

Cuba Berpuasa Untuk Atasi Masalah Anxiety Disorder

$
0
0

Cuba Berpuasa Untuk Atasi Masalah Anxiety Disorder | Seperti sedia maklum, cik en merupakan pesakit anxiety walaupun tiada pengesahan dari doktor. Sebabnya ramai yang didiagnosis sendiri dan cik en masih mampu untuk atasinya sendiri. Kalau di sembangkan dengan orang luar, sememangnya mereka tidak memahaminya. Hanya orang dalam lingkungan kami saja mampu memahaminya. Kalau sesiapa yang baru membaca blog cik en ini dan mungkin tidak memhami apa itu Anxiety Disorder (AD), korang boleh rujuk kesemua entri berkaitan AD di Anxiety Disorder

Pelbagai usaha untuk cik en kawal diri masa AD ini menyerang. Banyak pantang larang cik en amalkan seperti

  1. Pengambilan kafein seperti kopi dan nescafe
  2. Pengambilan minuman isotonik (100 plus dll)
  3. Makan berlebihan coklat dan seangkatan dengan itu
  4. Makanan berangin dan kalau termakan kena la minum air halia. Sebab makanan berangin akan buat korang kerap naik angin. Hahahha
Selalunya bila cik en dah habis ikhtiar tapi masih buat moddy berminggu minggu, cik en akan jadi stress. Jadi, cik en mencuba untuk puasa. Sekarang ini, cik en dah puasa 4 hari dalam seminggu. Bermula hari isnin hingga khamis. Cik en dah amalkan 2 minggu. Sampai masa ini. masih mampu untuk cik en relax dan cool. Mungkin sesiapa yang ada masalah ini, cubalah puasa dan tengoklah hasil nya. 

Big Big Big Surprise dari #LazadaSurpri5eBox

$
0
0

Big Big Big Surprise dari #LazadaSurpri5eBox | Bukan 1 big cik en bagi pada tajuk entri cik en ini. Tapi big! big! big! sebabnya dari kotak yang dihantar, dah boleh bayangkan berapa besar isi dalamnya kan? #LazadaSurpri5eBox ini bersempena dengan Birthday Lazada yang ke 5 dan rezeki cik en kerana terpilih dalam beratus atau beribu ribu blogger di Malaysia dalam Lazada's 5th Birthday Campaign yang bermula 22 hingga 24 Mac 2017 ini. Setiap #LazadaSurpri5eBox yang dihantar kepada blogger yang bertuah ini bernilai RM400 dan barangannya berbeza antara satu sama lain. Dan kesemua barangan tersebut semestinya ada dijual di  laman web Lazada. 

Sebelum ini cik en dah buat live facebook unbox #LazadaSurpri5eBox walaupun cik en buat agak kurang jelas mungkin kerana faktor line streamyx di kawasan cik en ada masalah sikit. Tapi jangan risau, cik en akan story kesemua barangan dalam #LazadaSurpri5eBox tu nanti. Jom chekout barangan barangan tersebut. 

Ini barangannya. Besar kan?


Cik en buat live facebook untuk menambah keterujaan kawan kawan cik en di facebook


Kemungkinan ada yang tidak clear dalam video diatas kan? Meh cik en listkan semuanya satu persatu satu dan untuk pengetahuan semua, kesemua barangan dalam #LazadaSurpri5eBox boleh korang dapati di Lazada. Semestinya akan ada surprise buat korang untuk setiap barangan di Lazada. Untuk itu, korang boleh klik terus gambar gambar di bawah tengok harga dan details barangan itu ye.. 

Philips Fuzzy Logic Rice Cooker HD4515 (1.8L) 10 function
klik untuk maklumat lanjut 

 Philips Scene Switch (3 steps brightness change) LED bulb 9W (equivalent of 7W) E27
klik untuk maklumat lanjut

Philips 71567 PEAR table lamp goose-neck designed for energy saving/LED bulb
klik untuk maklumat lanjut


MAGGI Hot Mealz Kari Kari Kaw Bowl 89g
klik untuk maklumat lanjut
 NESTLE OMEGA PLUS MILK With Oats (10x42g)
klik untuk maklumat lanjut

NESTUM 3in1 Banana Caramel 10 x 28g
klik untuk maklumat lanjut

CHEERIOS Oat Crisp 400g
klik untuk maklumat lanjut
Disebabkan #LazadaSurpri5eBox ini buat cik en surprise macam orang gila masa unbox, kali ini cik en pula nak bagi korang surprise dengan kesemua tawaran di Lazada yang super duper berbaloi untuk korang. Sebabnya Birthday Lazada ini la time korang boleh shopping kaw kaw di Lazada. Sebabnya banyak surprise yang Lazada akan offer kat korang. Korang berpeluang untuk tawaran harga tak masuk akal (surprise discount), dapatkan voucher code dari media media sosial Lazada sepanjang 3 hari tersebut (secret party password), dapat join PetPet Party dan yang paling menarik dapat flight ticket to secret destinations for Surpri5e Holiday Giveway!!!! Yeyey! hebat betul hadiah hadiah dari Lazada in kan?Apa pun cik en nak grab juga handbag Carlo Rino yang kawan blogger cik en dapat. Manatau ada rezeki naik flight sekali lagi kan? Nak ketahui lebih lanjut boleh ke Lazada Birthday Sale atau laman Lazada. Lastly cik en nak ucapkan terima kasih Lazada dan Happy Birthday again!! Love you Lazada!
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live