Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live

10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi

$
0
0
10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi | Siapa tahu mengenai Pulau Tuba? Pernah dengar? Pernah pergi? Atau korang langsung tak pernah tahu kewujudan pulau ini? Cik en pun awalnya seperti korang juga. Apabila diberitahu akan ke Pulau Tuba, cik en tak boleh nak membayangkan di kawasan manakah? Setelah "google" rupanya ianya terletak di Langkawi. Perlu menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis kemudian menaiki "speed boat" ke Pulau Tuba. Satu tempat yang baru pada cik en so memang teruja sangat untuk cik en menjelajah pulau yang dikatakan unik dan lain daripada Pulau Langkawi. | 10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi


10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi


Apabila disebut Pulau Langkawi, korang akan boleh bayangkan replika Burung Lang, barangan bebas cukai, Mahsuri dan sebagainya. Kalau datang semasa cuti sekolah, sememangnya sesak dan panas. Berbeza dengan Pulau Tuba. Pulau Tuba sangat tenang, sunyi dan menarik. Sesiapa yang inginkan suasana ini, bolehlah masuk dalam tentatif korang ke Pulau Tuba. 


Keunikan yang ada di Pulau Tuba ini, korang boleh habiskan dalam masa 4 hari 3 malam. Keunikannya merupakan aktiviti yang susah korang nak jumpa di tempat lain. Aktivitinya adalah

1. Homestay Pulau Tuba (Keluarga Angkat)


Ini merupakan kemestian jika datang ke Pulau Tuba untuk jangka masa lama. Tak kira pelancong dari Malaysia. luar negara, sekolah atau institusi pengajian tinggi, korang akan merasai tinggal bersama sama keluarga angkat untuk tempoh 2 hari 1 malam. Aktiviti bersama orang kampung di Pulau Tuba ini merupakan aktiviti orang Melayu dulu dulu. Aktiviti yang sempat cik en sertai adalah

  • Domenstrasi memasak kuih tradisional
  • Mencanting dan mewarna batik
  • Aktiviti menyicah garam belacan/Pincuk
  • Makan malam bertemakan "Lauk Kampung & Pakain Tradisional"
  • Gotong royong sambil menikmati air kelapa di ladang kelapa
  • Makan tengahhari "Ala Kenduri Kampung"


2. Aktiviti Memanggil Galeopterus atau Yat Yat


Korang kenal apa itu Yat Yat? Yat Yat adalah kubung. Sejenis mamalia yang selalunya akan keluar bermula senja bawa ke malam. Yat Yat ini sangat tertarik dengan percikan api. Jadi cara untuk panggil haiwan ini keluar adalah membakar selonggok ranting kayu yang dan biarkan percikan api berterbangan di kawasan tersebut. Tapi susah sebenarnya sekarang ini cuma nasib cik en dan team cik en masa itu untuk berjumpa dengan Yat Yat ini. Maklumat lanjut mengenai Yat Yat ini korang boleh baca di Yat Yat 

3. Bukit Kechil Geopark (Laut Purba Tuba)


Bukit ini kecil dan rendah je, tapi disebabkan cik en dah lama tak buat aktiviti hiking, megah juga la sampai keatas. Keistimewaannya adalah rupa batunya yang sangat cantik. dan difahamkan oleh tourist guide yang sangat arif dengan Pulau Tuba ini, di sini ada batu kapur yang mempunyai 3 jenis dan warna iaitu bewarna putih, berwarna umut atau hijau hitam dan jenis seakan berpasir. Selain itu terdapat batu berjalur terbentuk kerana fenomena tekanan dan gerakan bumi dari dulu. Dan yang paling menarik ada kulit siput yang melekat di antara batu kapur ini. Disebabkan itu ianya di panggil Laut Purba Tuba yang mana dikatakan tempat ini asalnya adalah laut sehingga meninggalkan kesan kesan kehidupan laut. 

4. Padang Ragut 

Image may contain: tree, sky, outdoor and nature
Credit : Dahlan Ahmad

Padang Ragut adalah satu tempat yang cik en paling suka sebabnya disini akan ada haiwan dan tumbuhan yang hidup dalam keadan mendamaikan. 

5. Aktiviti Memanggil Burung Wak Wak 


Siapa kenal burung Wak Wak? Tak ramai budak sekarang tau burung ini dan apa kegunaanya. Lagipun burung ini hampir pupus dan Alhamdulillah Pulau Tuba masih lagi menjaga kawasan burung ini jadi ianya masih kekal asli disini dan korang berpeluang melihat cara burung ini ditangkap secara tradisional. 

6. Aktiviti Menangkap Bronok


Cik en memang tak kenal bronok apatah lagi makan beronok. And travel kali ini cik en seronok sangat sebab cik en diberi peluang mengenai bronok dan cara menangkapnya. Satu pengalaman yang sangat berharga. Cuma cik en tak sempat nak makan masakan bronok tapi lepas ini kalau ke Pulau Langkawi atau Pulau Tuba, cik en akan cari menu bronok ini

7. Mengelilingi Hutan Paya Bakau Pulau Tuba dan Island Hopping Dengan Bot


Perjalanan mengelilingi mengambil masa dalam sejam ke sejam setengah. Korang boleh melawat sangkar ikan dan juga melihat burung makan.

8. Mandi Manda dan Berkelah di Batu Reban


Batu Reban adalah tempat pengambaran filem Hollywood. Disebabkan cik en ini jenis cepat lupa, cik en tak ingat filem apa. Tapi bila cik en google yang berkaitan adalah Anna and The King. Kalau ianya tak benar, boleh komen dan cik en akan edit ye. hihihi. Anyway best sangat bersantai disini. Ada sebahagian daripada kami pergi aktiviti memancing. So korang boleh pilih la, nak bersantai atau memancing 

9. Aktiviti Berkayak Bagan Nyiur


Kami berkayak di bawah jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting. Aktiviti ini sekali dengan makan malam di atas sangkar ikan. Selesai makan kami sambung berkayak dan tengok sunside

10. Candat Sotong

Disebabkan semasa cik en datang, angin sangat kuat, jadi aktiviti ini cancel tapi kalau korang kesini korang boleh request untuk bercandat sotong

Penginapan 



Di Pulau Tuba tak banyak penginapan disediakan dan cik en menginap di Tuba Beach Resort yang menghadap laut dan mempunyai jeti yang sangat sesuai bergambar. 


So, Ini antara yang ada di 10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi. Kalau korang kesini, jangan lepaskan aktiviti menangkap bronok tu tau! Korang akan rasakan kepuasan bila dapat rasa dan tangkap beronok. Gambar lain korang boleh layan di IG Story Pulau Tuba Cik En Hahahha. Jumpa di next entry! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Tuba boleh hubungi MPKK Pulau Tuba

Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak

$
0
0
Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak | Cik en baru selesai buat Pembayaran Zakat Atas Talian atau senang dipanggil E-Zakat atau bayaran zakat online. Ini pertama kali cik en gunakan dan selama ini abah cik en yang bayar. Hikmah PKP ini, cik en dapat membayar zakat untuk tahun ini. Even abah kata nak bayar balik la. Hihi. Anyway dah alang alang buat pembayaran itu, cik en sempat la terfikir nak buat entri Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak ini. Maaf la, kalau ada negeri lain terasa, sebab cik en hanya buat Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak sahaja. Hihihi. Hope rakyat Negeri Perak atau yang tinggal di Perak dapat tengok step pembayaran secara online ini. | Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak

Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak


Mula mula korang perlu masuk ke laman web Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak. Dan korang follow sahaja gambar di bawah ini okey! 


Step 2 : Korang akan jumpa ini


Step 3 : Isi maklumat 


Step 4 : Pilih Zakat Fitrah



Step 5 : Bulan/ Tahun itu korang kena letak cth : Mei 2020 so tulis 05/2020. Untuk jumlah, seorang RM 7.00 jadi macam cik en ada 3 orang jadi RM 21.00



Step 6 : Nanti akan keluar pengesahan. Korang kena akad atau niat zakat. Kemudian klik teruskan bayaran



Step 7 : Pilih bank dan pastikan email korang betul.



Step 8 : Buat pembayaran online



Step 9 : Nanti akan ada pengesahan pembayaran




Step 10 : Korang boleh cetak atau korang boleh cetak kemudian




Untuk cetakan kemudian, korang cuba masukkan nombor kad pengenalan dan akan ada button cetak resit. Habis semua ini, selesai lah Cara Pembayaran Zakat Atas Talian di Perak. Hope korang boleh kongsi cara ini dengan yang lain. 

Apa Yang Menarik Di Kedah?

$
0
0
Apa Yang Menarik Di Kedah? | Cik en adalah half kedah sebabnya abah cik en berasal daripada kedah dan cik en sendiri pernah bersekolah di sana dalam 2 tahun macamtu. Kalau nak dibandingkan Kedah dulu dan Kedah sekarang, cik en rasa banyak perubahan yang telah berlaku. Cik en sendiri yang selalu ke Kedah jarang untuk melawat tempat menarik di Kedah. Biasalah, apabila ianya tempat biasa, kita tak teringin pun nak explore kan? Penghujung tahun lepas, cik en diberi peluang untuk explore north kedah dan sangat menarik rupanya Kedah ini. So jom tengok Apa Yang Menarik Di Kedah?


Mungkin ada juga orang Kedah sendiri tak sempat nak explore jadi korang pun jadilah teruja macam cik en dalam membaca entri ini. Hahahhaha. Apa pun, korang boleh tambah tempat menarik yang lain kalau cik en tak listkan dalam entri ini. Untuk panduan pembaca cik en nanti

Tempat Menarik Di Kedah?


1. Muzium Padi Alor Setar


Muzium Padi Alor Setar ini dipanggil juga Muzium Padi Gunung Keriang sebabnya berhampiran dengan Gunung Keriang. Kalau hendak diceritakan masa cik en bersekolah disana, muzium ini masih belum wujud lagi. Tapak dia itu pun masih sawah padi. So ini lawatan cik en yang pertama ke sini dan sangat menarik kalau nak bawa keluarga terutama kanak kanak. Muzium ini ada 3 aras semuanya. 


  • Aras Pertama : Sejarah penanaman padi di Kedah. Aras ini boleh belajar membanting dan menumbuk padi. Selain itu boleh kenal ikan ikan yang hidup bersama dengan padi atau waktu waktu tertentu selepas menuai padi
  • Aras Kedua : Ada 6 galeri yang mempamerkan lukisan aktiviti pertanian daripada zaman purba hingga kini.
  • Aras Ketiga : Yang ini korang kena menaiki sebanyak 59 anak tangga. Sampai diatas korang akan melihat gambaran seluruh kawasan sawah padi dan ianya berpusing dan korang boleh duduk di kerusi dan memerhati mengelilingi mural yang dikatakan terbesar dan tercantik di Malaysia

Bayaran Masuk
Dewasa : RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Pelajar Sekolah Berunifom : RM 2.00 seorang

Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

Tutup
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha

Alamat
Muzium Padi Alor Setar
Lot 798 Jalan Gunung Keriang,
Mukim Gunung Keriang,
06570 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-735 1315
Faks : 04-730 5516

2. Pulau Payar


Bila masuk point yang ini, cik en suka sangat sebabnya aktiviti di Pulau Payar ini adalah antara aktiviti yang cik en paling suka. Aktiviti snorkling semestinya aktiviti yang menjadi kegilaan cik en dari dulu lagi. Trip Ke Pulau Payar ini dikelolakan oleh 3D Diving Centre 

Pulau Payar ini boleh melalui Kuala Kedah, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi. Kalau sebelum ini, kebanyakan orang ke Pulau Langkawi dulu tapi sekarang korang dah boleh pergi melalui Kuala Kedah sahaja. Jadi dah boleh masuk dalam list itinery korang walaupun hanya travel ke Alor Setar.

Bayaran Masuk 
RM180 perpax

Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Alamat
3D Diving Centre
3D Kampung Pengantin. 
Kg. Keluncur, Mukim, Kampung Kubang Rotan, 
06250 Alor Setar, Kedah
Facebook : LetsGo Travel
Instagram : LetsGo Travel

3. Menara Alor Setar


Siapa tak tahu mercu tanda bagi Bandar Alor Setar. Jika sebelum ini korang nampak mural di Muzium Padi, di menara ini, korag boleh nampak permandangan bandar dan jelapang bagi di sekitar Alor Setar. Ikutkan, cik en boleh nampak kampung cik en tapi kena pakai teropong.

Bayaran Masuk 
Dewasa : RM 6.00
Kanak Kanak : RM 3.00

Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 8.30 pagi hingga 10.30 malam

Alamat
Menara Alor Setar
Darul Aman Highway, Bandar Setar
05000 Alor Setar Kedah
04-7202234/2075


4. Muzium Kota Kuala Kedah


Muzium ini ditubuhkan di tapak sejarah yang sangat penting dalam abad ke 16 sehingga 18 Masihi. Dikenali sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kubu Kesultanan Melayu Kedah. Disini ada 60 koleksi artifak areologi, seramik dan batu bata asal kota. Terdapat galeri yang dibahagikan kepada 6 segmen iaitu, penerangan, sejarah, fungsi Kota Kuala Kedah, Zaman British, Zaman Jepun dan Zaman selepas merdeka.

Disini terdapat Pintu Gerbang Kacapuri yang dikatakan mempunyai seni bina India dan menjadikan ianya tarikan utama pengunjung ke muzium ini

Bayaran Masuk
Percuma

Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 6.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

Tutup
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha

Alamat
Muzium Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia
Kampung Seberang Kota
06600 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-741 2152
Faks : 04-741 9297

5. Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman


Rumah Merdeka atau dipanggil RM ini adalah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra sebelum diambil oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 2003. Ianya dibaik pulih dan masih mengekalkan susunatur rumah asal tapi dalam bentuk pameran.

Terdapat 3 bahagian :


  • Tingkat Bawah - Terdapat ruang tetamu, ruang makan tetamu, bilik tetamu, ruang makan keluarga serta ruang rehat yang terletak di bahagian luar mengadap Sungai Anak Bukit
  • Tingkat Atas - Terdapat bilik tidur Tuanku, bilik bacaaan/muzik, bilik solat/ bilik tidur dan ditengah tengah terdapat pameran barangan hobi kepunyaan Tunku 
  • Bahagian Luar - Dipamerkan bot yang pernah digunakan oleh Tunku. terdapat dusun kecil yang masih ada sehingga kini sepeti pokok ciku, mangga, buluh cina, tebu serta kekabu. 


Bayaran Masuk
Percuma

Waktu Lawatan
Dibuka Selasa - Ahad 10.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.00 t/hari hingga 3.00 petang)

Tutup
ISNIN
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha

Alamat
Rumah Merdeka
Jalan Tunku Abdul Rahman Putra
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-720 4212
Faks : 04-772 2301

6. Medan Diraja Alor Setar


Medan Diraja Alor Setar ini terletak di tengah tengah bandar Alor Setar. Disini ada 4 tempat menarik  berdekatan yang boleh dikunjungi iaitu


  • Masjid Zahir - Dikenali sebagai Masjid Zahrah dan merupakan Masjid Negeri Kedah. Masjid ini merupakan Masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin dan dikenali dengan ciri kubah hitam- satu kubah utama dan lima kubah kecil yang melambangkan liam rukun Islam
  • Balai Besar - Balai Besar ini dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II pada tahun 1735 dan berfungsi untuk updacara rasmi raja raja dan kerajaan 
  • Balai Nobat - Balai ini menempatkan alat alat muzik Nobat DiRaja yang dimainkankan pada upacara diraja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian. Alat muzik tersebut adalah 3 rebana besar, 2 rebana kecil, 1 gong dan 1 serunai. 
  • Galeri Seni - Galeri ini menghimpunkan koleksi hasil seni anak tempatan kedah iaitu golongan pelukis veteren dan muda. 

7. Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad


Rumah ini merupakan rumah papan biasa dan terletaknya barangan Tun Mahathir Mohamad.

Bayaran Masuk
Percuma

Waktu Lawatan
Dibuka Selasa - Ahad 10.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.00 t/hari hingga 3.00 petang)

Tutup
ISNIN
JUMAAT
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha

Alamat
Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad
No 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pengawai,
Jalan Seberang perak, Taman Persisiran Tanjung Chali
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-720 4205


8. Pekan Rabu


Ini port cik en masa tinggal di Kedah dulu. Tempat paling meriah pada masa itu. Konsep Pekan Rabu ini macam One Stop Centre. Dalan Pekan Rabu ini ada 277 peniaga yang menjalankan pelbagai jualan sepert makanan, pakaian tradisional, tukang jahit, kraftangan, buku, kitab dan produk IKS.

Bayaran Masuk
Percuma

Waktu Perniagaan
Dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Alamat
Pekan Rabu
Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 017-778 2767

Tempat Makan Menarik di Kedah


1. Keriang Hill Resort


Keriang Hill Resort berhampiran dengan Muzium Padi dan semestinya berhampiran dengan Gunung Keriang. Keriang Hill Resort ini mempunyai resort tapi agak terhad. Disini juga selalu ada majlis perkahwinan kerana mempunyai dewan yang mampu menampung tetamu yang ramai. Selain itu, ramai yang datang ke sini waktu tengah hari kerana menyediakan buffet lunch.

Alamat
Keriang Hill Resort
Mukim Gunung
06570 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7305 232
Website : www.kerianghill.com.my
Email : sales@kerianghill.com.my

2. Restoran Jeragan Alor Setar


Restoran ini terletak bersebelahan Sungai Kedah dan boleh menampung 300 pengunjung pada setiap masa.

Waktu Perniagaan
Dibuka setiap hari bermula 4.00 petang hingga 12.00 pagi kecuali ISNIN

Alamat
Restoran Jeragan Alor Setar
No 1, Persiaran Jeragan
Lebuhraya Lencong Barat, Ampang Jajar
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 019-528 7917

3. Haji Jamil Gulai Ikan Termenung


Siapa peminat gulai ikan temenung? Datang ke Kedah jangan lupa pekena gulai ikan termenung. Ditempat cik en dipanggil Ikan Termenung Kari, tapi di Kedah di panggil Gulai Ikan Termenung. Tempat paling terkenal untuk menikmati adalah di kawasan Kuala Kedah dan cik en nak korang ke Haji Jamil gulai Ikan Termenung untuk merasai keenakan gulai dorang ini.

Restoran ini terletak di batas paip, Teluk Kechai , Kuala Kedah berdekatan dengan Kilang Bernas. Sajian utama di sini semestinya gulai kari ikan termenung yang dimakan bersama nasi putih

Waktu Perniagaan
Dibuka setiap hari bermula 7.00 pagi hingga 2.00 petang kecuali JUMAAT

Alamat
Haji Jamil Gulai Ikan Termenung
Km 8, Jalan Batas Paip
Teluk Kechai, Kuala Kedah
Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 019-475 4206


4. Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant


Siapa orang Alor Setar atau pernah ke Alor Setar menikmati makanan di Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant? Tak pernah? rugi sangat aihhhh sebabnya tempat ini makanan dia sedap sedap belaka. Hidangan makanan disini berkonsepkan Authentic Thai dan Chinese Cuisine dimasak dengan ramuan tradisional dan rahsia. Mereka tak gunakan sebarang bahan perasa tambahan tetapi membuat mengabungkan sendiri bahan semulajadi yang dibuat secara homemade. Datang sini korang kena rasa Daging Harimau Menangis. Rasa macam terliur pulak cik en saat menaip entri ini. Hahahha

Selain di Alor Setar Kedah, ada satu lagi cawangan di Subang Jaya Selangor. Beruntung la orang Selangor. Cik en orang Perak ini kena ke Utara la kalau nak merasa lagi menu mereka.

Alamat
Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant
No 83A, Jalan Kampong Perak (bersebelahan Masjid Zahir)
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-730 2796

5. Restoran Seri Segi Menara Alor Setar


Sesiapa teringin nak menikmati makanan sambil melihat permandangan Bandar Alor Setar, korang boleh menikmatinya di  Restoran Seri Segi Menara Alor Setar. Restoran yang boleh berputar ini akan menjanjikan permandangan yang indah dan jangan risau, pusingan tersebut sangat perlahan sampai korang tak perasan  Restoran Seri Segi Menara Alor Setar ini berpusing

Alamat 
Restoran Seri Segi Menara Alor Setar
Lot 99, Lebuhraya Aman
051000 Alor Setar 
Kedah Darul Aman
04-736 3427

Penginapan di Urban Inn Alor Setar


Trip travel ini adalah kerjasama diantara rakan media, travel agensi dan Tourism Malaysia Wilayah Utara. Dan sepanjang trip 3 hari 2 malam ini, kami menginap di Urban Inn Alor Setar. Hotel ini beroperasi pada 8 November 2019 dan mempunyai 85 bilik dengan harga berpatutan.

Alamat
Hotel Urban Inn
Ampang Business center
Kompleks Perniagaan Ampang
Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
04-771 9331

Selain itu, Kedah juga dalam mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi pelancongan di negeri Kedah. 10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba mungkin boleh masukkan dalam wishlist travel korang lepas ini

Dah Raya Nyanyian Ezad Lazim dan Farahwahida ( Lagu Raya Terbaik 2020)

$
0
0
Dah Raya Nyanyian Ezad Lazim dan Farahwahida ( Lagu Raya Terbaik 2020) | Lamanya cik en tak bersiaran di sini, mungkin terlalu menumpukan kepada social media yang lain kerana ianya trend 2020 ini. Tapi blogging masih menjadi keutaman cik en cuma perlu masa free untuk menaip. Idea pula masa malam pula mencurah curah macam ladang gandum. Hahahha. Untuk pemanas, cik en nak kongsi dengan korang lagu raya terbaik bagi tahun 2020 bagi cik en. Mungkin korang ada pilihan lagu masing masing cuma cik en lebih suka lagu raya ini ada nilai kemelayuan. Cik en dengar ini di radio Perak FM. Maaf la, cik en jarang layan radio uburn. Lagu yang cik en nak kongsi adalah Dah Raya Nyanyian Ezad Lazim dan Farahwahida ( Lagu Raya Terbaik 2020)

Dah Raya Nyanyian Ezad Lazim dan Farahwahida


Dah Raya Nyanyian Ezad Lazim dan Farahwahida ( Lagu Raya Terbaik 2020)


Lirik Dah Raya Nyanyian Ezad Lazim dan Farahwahida

Wahai cik adik
Mau ke mana
Pakai kebaya berseri warna
Bolehkah abang ikut sama
Jalan kesana
Pergi Beraya

Wahai cik abang
Jangan mengoda
Inikan masa 
Hari bahagia
Walaupun kita 
Tak jalan sama
Berhari raya
Tetap gembira

Dah raya 
Kita dah raya
Marilah kita
Meraikan nya
Yang tua 
Juga yang muda 
Berbahagia tiada sengketa

Dah raya 
Oh kuih raya dan duit raya semua dah sedia
Marilah kita semua
Bersama sama berhari raya

Aduhaiii
Sayu rasanya di hati
Terkenang yang dha pergi
Tiada lagi disisi

Mengapaa
Usahlah abang berduka
Hari ini hari raya
Untuk semua gembira

Lagu: Dah Raya
Penyanyi: Ezad Lazim & Farawahida 
Lirik/Lagu: Wan Sham (Aries Music) 
Mixing: Dominant Studio

Video Dah Raya Nyanyian Ezad Lazim dan Farahwahida ( Lagu Raya Terbaik 2020)




Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh

$
0
0
Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh | Alhamdulillah, dalam kesukaran bertahan dalam suasana wabak Covid-19 ini, ramai yang menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan. Cik en salute tabik spring dengan Ayam Brand kerana berjaya merealisasikan inisiatif pantri makanan yang di panggil Pantri Komuniti di 13 buah rumah kebajikan dan Ipoh menjadi salah satu tempat untuk merealisasikan inisiatif ini. Dalam iniasiatif ini, korang boleh ambil apa saja yang ada didalam Pantri Komuniti ini atau boleh sumbangkan seperti biskut, snek, alat tulis, makanan bijirin, makanan runcit, minuman tanpa alkohol dan barangan keperluan harian. Pantri ini terletak di Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh. Dimana itu? Korang kena baca entri ini sampai habis | Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh


Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh


Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, 
Bantu Komuniti Ipoh

Ipoh, Mei 29, 2020 – Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. 

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. 


Sebagai contoh, di Ipoh, Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh di Kampung Kuala Pari Hilir usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini. 


“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh, Datin Hajah Noraini Bt Abdullah. 

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Datin Hajah Noraini. 

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti. 


“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. 

“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre. 

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut. 

“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini. 


Pantri makanan #AyamWithYou terletak di PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kampung Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh, Perak. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.

Cik berharap korang boleh sharing entri Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh untuk membantu komuniti di Ipoh.

Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim

$
0
0
Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim | Bahagian intim korang sangat unik dan memerlukan penjagaan yang khas. Bukannya korang boleh guna sebarang sabun untuk mencuci. Cik en sendiri akan gunakan pencuci intim yang serasi dan sesuai. Ada juga kata, kenapa perlu nak gunakan sedangkan di bahagian itu ada bakteria yang baik untuk melawan bakteria jahat. Korang kena faham juga, kadang kadang kita perlu menggunakan pencuci intim seperti yang mempunyai masalah period, yang selalu travel lama sehingga jarang bertukar seluar dalam, bersama dengan suami, masalah keputihan dan lain lain lagi. Jadi cik en akan memilih pencuci intim yang dipercayai dan kali ini cik en nak kongsi dengan korang cik en menggunakan pencuci intim Rahsia Puteri keluaran Pro Care. | Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim



Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim



Rahsia Puteri hadir dengan 2 saiz iaitu 30ml dan 100 ml ini dengan kotak bewarna merah jambu dan putih.  Untuk 100ml (cik en pakai saiz ini) botol dia setinggi lebih kurang 13cm dan lebar 6cm. Menggunakan formulasi semula jadi dengan campuran esktrak herba direka khas untuk membersihkan bahagian intim dan sesuai digunakan secara harian. 

Fungsi Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim



Rahsia Puteri adalah untuk Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim. 

  • Melindungi

➤ Melindungi daripada jangkitan dan kerengsaan faraj
➤ Mencegah bau yang kurang menyenangkan
➤ Mengurangkan keputihan

  • Memulihkan

➤ Menganjalkan kulit secara semula jadi

  • Menyegarkan

➤Mengurangkan kekeringan faraj untuk memastikan kebersihan dan kesegaran faraj.

Kandungan Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim



Rahsia Puteri mempunyai RO Water, Sodium Lauryl Sulfate, Citric Acid, Sodium Hydroxide, Glyceryl Cocoate, Relax Lavender, Pueraria Mirifica Extract (Lobata), Quercus Infectoria Extract (Manjakani), Labisia Pumila Extract (Kacip Fatimah), Piper Betel Extract, Allium Sativum Extract (Aged Garlic)

  • Pueraria Mirifica Extract (Lobata)
➤ Mengurangkan simptom menopous
➤ Mengurangkan kekeringan faraj
➤ Memulihkan epitelium faraj atropik

  • Quercus Infectoria Extract (Manjakani)
➤ Melindungi organ seks wanita daripada kulat, bakteria dan jangkitan faraj yang lain
➤ Mengurangkan keputihan yang berlebihan

  • Labisia Pumila Extract (Kacip Fatimah)
➤ Bertindak sebagai antioksidan
➤ Menggalakkan sintesis kolagen kulit
➤ Sebatian fenolik dan flavonoid dalam tumbuhan mempunyai ciri ciri antikulat dan anti radang

  • Piper Betel Extract (Daun Sireh)
➤Antioksidan semula jadi untuk menyingkirkan radikal bebas
➤Mengelakkan bau yang tidak menyenangkan

  • Allium Sativum Extract (Bawang Putih)
➤Melindungi daripada jangkitan virus, bakteria dan yis
➤Mengurangkan tindak balas alahan

Rupa Kandungan Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim


Apabila korang beli Rahsia Puteri, korang akan dapat kotak yang bewarna putih dan merah jambu. Didalamnya akan ada botol bewarna putih. Rahsia Puteri ini berbau lavender dan berangin. Kalau tengok kandungan Rahsia puteri ini ada Relax Lavender. Rahsia Puteri ini bewarna merah jambu dan tidka terlalu cair dan pekat. Kelikatan dia dalam 50% jadi berbaloi untuk korang gunakan sedikit saja. Buihnya tidak terlalu banyak kalau korang guna sedikit. 


Cara Penggunaan Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim



Seperti menggunakan pencuci intim yang lain, hanya dengan 3 langkah mudah sahaja

Langkah Pertama

➤Basahkan bahagian intim dengan air

Langkah Kedua

➤Picit sedikit Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim pada tapak tangan

Langkah Ketiga

➤ Basuh bahagian intim dengan lembut. Biarkan selama 30 saat sebelum membilas

Dimana boleh dapatkan Rahsia Puteri | Melindungi, Memulihkan dan Menyegarkan Bahagian Intim?


Rahsia Puteri ini korang boleh beli secara online di pro-care.com.my/e-store/ dengan harga RM 15 (30ml) dan RM 43 (100ml) . Korang boleh juga dapatkan info lain mengenai produk ini di Instagram ProcareMY dan Facebook ProcareMY serta hotline 1800 88 3679

For more Puteripreneur business opportunity, please contact Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd +60124954288



Pendapat Peribadi Cik EN➤ Cik en sukakan sebab dia mudah dibawa, guna sikit pun berbaloi jadi sangat jimat, bau lavender memang kegemaran cik en so memang tak boleh la nak kata apa. Cik en pakai dan rasa sangat segar di bahagian intim. Korang kena cuba dan harga dia pun jenis mampu milik.

Youtube Review ➤ https://youtu.be/OsH3s5_J8ts

Rezeki PKP Langsaikan Pinjaman Kereta

$
0
0
Rezeki PKP Langsaikan Pinjaman Kereta | Alhamdulillah, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam 2 atau 3 bulan lepas banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia, tapi dengan inisiatif yang kerajaan beri seperti perlepasan beberapa pinjaman dapat membantu cik en melangsaikan hutang yang ada. Komitmen cik en tinggi walaupun masih bujang. Banyak pinjaman yang cik en buat dan ada pinjaman dah selesai seperti PTPTN dan beberapa hutang sesaje (ambil handphone. ahahhaha). Dan baru baru ini cik en berjaya tutup lagi satu pinjaman iaitu pinjaman kereta. Rezeki PKP Langsaikan Pinjaman Kereta

No photo description available.

Rezeki PKP Langsaikan Pinjaman Kereta


Sebelum cik en bercerita mengenai pinjaman kereta ini, cik en nak kongsi dulu bagaimana cik en beli kereta kerana cik en tak buat macam orang lain yang hanya pinjaman kereta, cik en guna konsep berbeza. 

Cik en membuat pinjaman peribadi dan menggunakan 80% untuk bayaran muka (deposit) kereta. Banyak benefit cik en dapat dan baki 20% cik en buat satu lagi pinjaman di bank lain. Kenapa cik en buat begitu? Sebabnya cik en memerlukan duit lebihan 20% daripada pinjaman peribadi untuk kegunaan peribadi. Jadi cik en boleh dapat benefit rebat daripada syarkat kereta dan dalam masa yang sama ada duit tunai ditangan. Pinjaman kereta yang cik en baru selesaiakn ini adalah pinjaman 20% untuk pinjaman kereta. Cik en bayar RM238 sebulan untuk 9 tahun. 

Mengikut perjanjian pinjaman, cik en akan tamat perjanjian pada bulan Februari 2021 dan semenjak PKP diumumkan dan dapat beberapa potongan ditangguhkan, jadi cik en dapat kumpul duit dan langsaikan. Jadi dah jadi hak milik buah hati MR Barney cik en tu, kalau tak masih dalam berjaga jaga. hahahah.

8 Tempat Makan Western Di KL dan PJ

$
0
0
8 Tempat Makan Western Di KL dan PJ | Kuala Lumpur dan Petaling Jaya adalah syurga makanan yang menjadi tumpuan orang ramai dalam dam luar negara. Semua jenis makanan daripada makanan melayu, cina, india dan makanan yang menjadi pilihan adalah makanan barat atau western. Makanan western ini sangat mudah didapati dan kebanyakkan telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Cik en nak kongsi dengan korang 8 Tempat Makan Western Di KL dan PJ

 8 Tempat Makan Western Di KL dan PJ
 8 Tempat Makan Western Di KL dan PJ

8 Tempat Makan Western Di KL dan PJ


8 Tempat Makan Western Di KL dan PJ ini yang cik en listkan melalui rating review yang ada di internet. Tak semestinya tempat yang mewah menunya sedap dan juga kedai dan warung tepi jalan menunya tak sedap kan? Dengan adanya review dan rating ini dapat membantu pencinta makanan western memilih Tempat Makan Western Di KL dan PJ. Jom kita tengok 8 Tempat Makan Western Di KL dan PJ

1. Overloaded Western KL


Overloaded Western KL ini dikatakan mempunyai variasi menu yang banyak dan harga yang berpatutan. Kek coklat pun dikatakan sedap dan ramai yang memuji moist kek ini. Alahai.. teringin pula la nak merasa. Selain itu menu western grill nya mendapat sambutan yang banyak. 

2. Paksu Chicken Chop



Terletak di Kampung Kuantan Kuala Lumpur ini menjadi pilihan ramai warga KL dan PJ menikmati makanan barat ini. Pelbagai menu barat seperti chciken chop dan Lamp Chop dengan harga yang sangat berpatutan. 

3. TTDI Meat Point


Terletak di Taman Tun Dr Ismail dan rata rata mengatakan TTDI Meat Point ini merupakan tempat steak yang tersedap di KL. Betul ke? Korang pernah cuba tak? Cik en baca komen komen mereka yang pernah makan dan buat cik en sendiri nak mencubanya nanti. 

4. Eye's Steak


Terletak di Pantai Dalam dan menggunakan tagline ' Rasa Restoran Harga kedai ' menjadikan kedai ini menjadi tumpuan orang ramai. Dan rasanya banyak komen yang cik en baca memang memuji rasa dan harga menu western di kedai ini. Menu yang menjadi pilihan pelanggan adalah Chicken Boxing, Burger Chicken Chicken Chop Bun dan Ribs Eye. 

5. Toowomba Deli & Meats Steak House


Terletak di Setapak dan menu yang menjadi pilihan ramai adalah wagyu. Harganya yang murah dan rasanya yang sedap menjadikan ia pilihan warga KL dan PJ. Susah tau nak dapatkan menu daging wagyu ini dengan harga berpatutan. Rata rata RM200 keatas tapi disini korang boleh jimat hampir RM100 untuk menu daging tersebut

6. Big Brother


Tempat makan ini mempunyai potian makanan yang besar dan dikatakan boleh 1 menu boleh makan sehingga 2 orang. Menu disini banyak menggunakan keju dan semestinaya peminat keju akan memilih makan di sini. Big Brother terletak di Kota Damansara ini mempunyai dessert yang dikatakan sedap seperti Meringue, Breaded Fish, Spagetti dan Nachos

7. Islamic Sixty9 Steakhouse


Disenaraikan sebagai 10 Best Halal Steaks in KL oleh havehalalwilltravel.com ini terletak di Taman Melawati KL. Harganya yang berpatutan dan mempunyai servis customer yang cepat menjadi pilihan warga KL untuk makan disini. Rasanya juga dikatakan sedap dan dapat menarik minat pelanggan.

8. Pekan Station


Terletak di Kampung Baru KL dan boleh melihat permandangan KLCC menjadikan tempat ini tumpuan orang ramai. Harganya pula sangat berpatutan dan kebanyakan rating diberi tinggi. Walaupun dikatakan tempat ini sangat terhad tempat letak kereta tetapi ianya tetap menjadi pilihan orang ramai

Korang yang baca entri ini mesti teringin nak makan di tempat tempat ini tapi disebabkan kekangan masa buat korang tak sempat nak merasainya. Mula la rasa kempunan, mengidam dan meleleh air liur. Hahahha. Apa la korang ini, sekarang kan dah mudah. Ada Food Panda kan? So korang buka aplikasi Food Panda dan cari western food near me saja. Terus keluar pilihan yang ada disekitar korang. Buat pesanan dan tunggu sehingga rider pink Food Panda sampai ke rumah. Mudah kan?

Sumber gambar - Google

Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat

$
0
0
Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat | Topik yang cik en nak kongsi kali ini untuk pengguna contact lens atau kanta lekap. Ramai yang pernah mengalami situasi tertidur dengan contact lens dan sangat risau apabila lens tak dapat dikeluarkan. Cik en nak jujur la dengan korang dan cik en sendiri jujur dengan pakai optometrik cik en iaitu Hoo Optical Kuala Kangsar, cik en pernah 3 hari tak buka lens dan jalani rutin harian biasa. Tapi cik en tak pernah sesekali Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan. Kemungkinan cik en sangat menjaga kualiti lens yang cik en pilih dengan bantuan Hoo Optical. Baru baru ini, cik en ada ke Hoo Optical dan biasalah kami akan bersembang panjang dan ada satu kes Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan. Jadi entri Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat ini cik en kreditkan kepada Hoo Optical disebabkan bagi ilmu baru ini. | Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat


Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat


Cik en sangat cerewet dalam memilih contact lens dan cik en telah menggunakan contact lens secara rutin selama 18 tahun. Cik en pernah ceritakan di entri8 Perkara Korang Tak Tahu Pasal Cik En, Cik En Sesuai Pakai Cermin Mata atau Contact Lens? Power Mata Cik En Naik Lagi? dan beberapa entri yang lain. Tapi alhamdulillah, cik en tak lagi mengalami masalah untuk keluarkan lens even selalu tertidur dengan lens. Tapi mungkin entri Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat ini dapat bantu korang yang tengah ada masalah ini

Ini Cara Korang Kena Buat


1. Kes ini berlaku apabila mata korang kering dan lens dah stuck dan dikatakan kalau korang tarik juga akan melukakan lapisan atas mata dan sakitnya tak boleh dibawa berbincang. 

2. Jadi untuk peringkat awal, korang tutup mata dan gosok mata perlahan lahan kemudian blink kan mata beberapa kali sehingga lens itu bergerak. Lepas itu boleh keluarkan 


3. Jika tidak berjaya, korang pergilah Watsons atau Gaurdian untuk cari sterile saline atau multipurpose solution. Cari bekas untuk korang boleh masukkan muka dan tuangkan kedalamnya. Korang rendam bahagian atas muka dan buka mata, tutup dan buka dalam sterile saline atau multipurpose solution beberapa kali. Nanti lens korang akan keluar sendiri.


4. Jika tak korang cari rewetting drops dan drops kan sehingga korang boleh rasa lens bergerak kiri kanan dan keluarkan. 

Ingat! Jangan paksa keluarkan risau nanti tercabut mata korang. hahahah. gurau je... Tak berbahaya tapi sakit itu dikatakan boleh rasa "kengerian". Hahhaha. Simpan entri ini manatau tiba tiba terjadi kat orang. 

Kesan Mengambil Ubat Luvox 50

$
0
0
Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 | Entri ini adalah sambungan daripada entri Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun. Dalam entri tersebut cik en ada kata, cik en dalam treatment dengan cara makan ubat cuma cik en tak nyatakan ubat apa dan berapa dose. Kali ini cik en nak sambung balik pengalaman cik en dengan ubat tersebut. Cik en diberi ubat 50 mg fluvoxamine maeate atau dengan nama jenama Luvox 50 dari company Abbott. Cik en harap sesiapa yang makan ubat ini boleh sharing pengalaman korang di bahagian komen di entri Kesan Mengambil Ubat Luvox 50  ini nanti untuk rujukan kawan kawan. 

Kesan Mengambil Ubat Luvox 50
Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 


Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 


Bermula dengan 1/2 tablet Luvox 50 ini, cik en nampak perubahan pada dalaman cik en dan tiada perubahan pada fizikal. Cik en mula calm down. Emosi lebih stabil, dah mula takutkan kematian (yang ini doktor nak dengar sebabnya ia akan menghalang pesakit cuba membunuh diri). Cik en mula positif tapi step by step. 

Sampailah, musim PKP, cik en mula menurun balik. Mybe duduk di rumah seorang diri dan buat cik en tertekan. Ramai kan jadi tak normal bila PKP dijalankan. Jangkanya 2 minggu sahaja tapi rupanya sampai 3 bulan. Masa ini rawatan masih dijalan dengan doktor telefon cik en dan bertanya keadaan cik en. So far, cik en jawab ok dan cik en ada bertanya perlukah cik en naikkan dose ke 1 tablet? Sebabnya kali terakhir cik en jumpa doktor (tapi bukan doktor ambil kes cik en disebabkan doktor tersebut ada patient lain) minta cik en naikkan dose ke 1 biji. Dan jawapan doktor perlu. Dan bermulalah cik en dengan dengan dose Luvox 50. Dan disini cik en nak kongsi dengan korang keadaan cik en

Kalau tak silap cik en, cik en mula ambil dose baru pada PKP 2 dan seminggu lepas itu, cik en mula kurang selera makan. Tapi cik en tak berapa kisah sebabnya cik en memang nak kurus pun. hahahah. Mulanya tak anggaap kerana Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 ini. Sebabnya dalam 6 atau 7 tahun dulu, cik en pernah kena gastrik. Rupanya pesakit gastrik ini tak makan pun akan jadi masalah, lebih makan pun sama. so dari situ cik en fikir cik en mula loya, pening sebabkan gastrik. Tapi makin lama cik en makin tak berselera dan mula syak kerana Kesan Mengambil Ubat Luvox 50

Kalau nak tengok perubahan badan cik en, memang terasa tulang di bawah bahu, jari mula nampak tulang dan cik en mula membongkok apabila berjalan. So cik en tahu, cik en dah mula susut berap berat badan. Cuma perut cik en masih boroi (hahahaha) disebabkan sakit cik en yang lain. 

Sepatutnya 1 Jun lepas, cik en ada temujanji tapi kerana PKP, doktor hanya telefon dan kebetulan cik en pun tengah buat surgery kucing, cik en janji nak call balik. And last cik en terlupa dan sampai la entri ini ditaip baru cik en teringat. Hahahaha.

Kesan pada psikologi cik en pula, Luvox 50 ini banyak beri kesan positif. Cik en mula positifkan diri, tak meroyan, tenang, happy dan boleh jalankan rutin harian macam normal. Sesekali akan moody apabila missed ambil ubat. Hilang la dari radar sekejap dan bila makan semula ubat dalam 2 hari akan normal balik


Insyallah, kalau Luvox 50 ianya beri kesan positif cik en, cik en akan makan dalam beberapa tahun. Mungkin ada yang kata, cik en akan bergantung dengan ubat ini pulak nanti. Ianya akan bantu cik en dalam mengawal brain cik en. One day, cik en akan jadi normal dan akan reduce ubat dan seterusnya stop.

Masih awal untuk cik en buat rumusan, tapi cik en akan cuba kekalkan ubat ini sehingga mana yang mana boleh. Dalam masa yang sama, cik en kena bantu diri cik en untuk cepat sembuh. Do something yang boleh happykan diri. Ianya dapat buat cik en cepat sembuh. Dan cik en hanya perlu tumpu pada sakit satu lagi. Sakit apa? Cik en masih merahsikannnya pada orang dan hanya orang rapat sahaja yang tahu. Insyallah apabila cik en bersedia untuk kongsi, cik en akan kongsi. 

Cukup dulu sampai disini, cik en akan story lagi kisah cik en nanti. Bye!

Apa Tanda Kucing Nak Mati

$
0
0
Apa Tanda Kucing Nak Mati | Ada yang bertanya kepada cik en, Apa Tanda Kucing Nak Mati? Cik en yang selalu berdepan dengan haiwan yang kebanyakannya sakit tak dapat nak meramal bila kucing akan mati. Ianya terpulang kepada penjagaan pemilik jika ianya sakit. Cik en hanya mampu untuk membantu dari segi rawatan dan selebihnya bergantung dengan pemilik. Jika kucing sudah tua, ianya bergantung kepada kesihatan kucing tersebut. Tapi kita boleh nampak Apa Tanda Kucing Nak Mati dan korang kena stanby. | Apa Tanda Kucing Nak Mati


Apa Tanda Kucing Nak Mati


Pernah juga kucing sakit, cik en rawat dan kucing tu keadaan nazak sangat. Tapi dengan rawatan yang betul dan penjagaan yang baik dari pemilik, kucing itu sihat dan boleh hidup lebih lama. Jadi entri Apa Tanda Kucing Nak Mati ini cik en hanya bagi gambaran dan jangan putus asa untuk membantu kucing tersebut. Berusaha sehingga nafas dia terakhir. 

6 Tanda Kucing Nak Mati


1. Hilang selera makan dan minum

Selalunya inilah tanda yang paling senang korang nampak. Kucing mula hilang makan dan minum. Kalau korang nak bantu, korang boleh suapkan susu, wetfood uang dicairkan, telur mentah, air kelapa dll. 

2. Lemah

Apabila kucing tiada selera makan dan minun, badan akan mula lemah dan seterusnya bergantung dengan diri kucing itu sendiri. Pada masa ini, korang kena ekstrem untuk push mereka makan. Boleh bagi glukose atau makanan khas ataupun kitten wetfood

3. Suhu Badan Rendah/Sejuk

Jika korang pegang telinga dan tapak kaki, korang akan rasa sejuk. Disini korang boleh letakkan dia dia tempat yang hangat. Seperti kotak ataupun masukkan air suam dalam botol dan letak di tepi mereka

4. Perubahan Badan/Bulu Yang Ketara 

Disebabkan tak makan dan lemah, korang akan nampak kucing mula kurus, bulu berserabut, badan berbau busuk dan korang nampak mereka tak pedulikan keadaan mereka diri

5. Hilang / Larikan Diri

Ini biasa berlaku, mereka akan melarikan diri atau cuba lepaskan diri. Bak kata orang dulu, kucing nak mati selalunya tidak akan mati didepan tuannya sebab tak nak tuannya sedih. 

6. Perangai Berlainan Daripada Biasa

Sebelum ini tak garang menjadi garang, sebelum ini panggil datang tapi sekarang tak datang dan lain lain lagi. Habit biasa mereka buat mereka tak buat dan jadi perangai pelik pelik. 

Cik en kadang kadang boleh nampak kucing ini tak lama dah tapi cik en akan berusaha untuk bantu even nampak ianya usaha sia sia. Biarlah dia mati selepas rawatan tapi bukan semasa cik en merawat. Ianya berbeza kalau kes kucing tua. 

Korang boleh baca entri Perkara Larangan Jika Kucing Sakit

Your Gmail is full? Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive

$
0
0
Your Gmail is full? Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive | Tiba tiba masuk email ini. Cik en macam biasa abaikan sahaja. Tapi tadi apabila cik en nak upload header youtube cik en tak boleh nak upload disebabkan full storage google drive. Disuruhnya cik en beli dengan harga RM8.49 sebulan. Icloud pun baru RM3 lebih je. Ini dah dekat RM10. Matilanak... jenuh la cik en nak membayar. Icloud lagi. Last last cik en google la macamana nak buat ini. Kalau upload header youtube tak lepas, macamana nanti cik en nak upload gambar dalam blog ini. | Your Gmail is full? Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive




Your Gmail is full? Ini Cara Untuk Kosongkan Storage Google Drive


Sebelum cik en tunjukkan cara yang cik en buat tadi, cik en nak bercerita la, macam mana cik en boleh terpenuhkan storage Google Drive. Ceritanya cik en dapat notebook baru dan terset apa tah kat notebook ini untuk auto backup dari notebook ke google drive. Lepas itu, cik en dah diberi alert yang storage dah penuh. Cik en pula, dah lama tak godek Google Drive sebab dah guna icloud. Jadi biarkan saja sampailah timbul masalah header youtube. 

Cik en buka la google drive dan tengok tak banyak pun data atau gambar tapi masih full. Mula la padam semua yang ada dari video, photo, document dan mana yang boleh dipadam. Tapi masih full. Jadi inilah tindakan yang cik en ambil dengan bukak folder trash dan delete all. Apabila korang delete di trash, memang dah tak ada backup untuk korang. Jadi pastikan korang alert ye. 



Itu saja sharing cik en kali ini. Kongsi di blog sebab nanti, cik en juga akan guna semula. Dah berusia ini, cepat lupa. Jadi cik en akan simpan di entri blog www.nurfuzie.com

Jumlah Kedipan Lampu Indicator Honda RS150R Menunjuk Kod Gangguan

$
0
0
Jumlah Kedipan Lampu Indicator Honda RS150R Menunjuk Kod Gangguan | Nak bercerita mengenai motosikal, cik en bukanlah seorang yang arif tapi dengan berkawan dengan adik beradik dalam RS Manjung buat cik en dapat ilmu sedikit sebanyak. Walaupun cik en belum lagi dapat masalah gangguan tapi cik en hendak simpan disini ilmu ini. Jumlah Kedipan Lampu Indicator Honda RS150R Menunjuk Kod Gangguan untuk memudahkan pengguna mengetahui masalah pada motosikal RS mereka. | Jumlah Kedipan Lampu Indicator Honda RS150R Menunjuk Kod Gangguan



Jumlah Kedipan Lampu Indicator Honda RS150R Menunjuk Kod Gangguan


Lampu indicator atau dipanggil lampu penunjuk korang boleh tengok di meter RS. Jika tiada masalah, kalau korang on, dia akan hilang tapi kalau ada masalah, akan berlaku kedipan dan ada maksud jumlah kedipan lampu tersebut. Dibawah ini maksud jumlah kedipan lampu 


So kalau korang dah tau masalah korang, janganlah tanya cik en, korang kena tanya yang lebih pakar untuk selesaikan masalah korang ye. 

Sedikit tips untuk ladies rider yang bertudung ---> Tips Penjagaan Rambut Bagi Ladies Rider

Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini

$
0
0
Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini | Semenjak Covid19, cik en jarang sangat nak masuk mall besar sebab rasa renyah nak berdiri lelama. Lepas cik en support team RS Manjung derma darah di Aeon Seri Manjung dan nampak dah tak perlu beratur panjang, so cik en cuci mata sambil beli barang dapur di Aeon minggu lepas. Dah lama tak window shopping, cik en berjalan setiap baris rak dan sampai tempat wangi wangian. Hahahha. Cik en suka part ini dan terbeli satu benda ini sebab nak letak dalam kereta. Malam cik en letak dan esoknya cik en masuk kereta, baunya macam kereta baru weiii.. Semangat terus nak pergi kerja. Hahahah | Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini


Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini


Mesti korang nak tahu kan? Cik en sebenarnya nak kereta berbau natural. Tapi tak jumpa yang ok. Semuanya berbau bauan. Cik en cuba letak arang aktif/charcoal tapi rasa macam biasa je. Dan cik en jumpa Deodorizer Charcoal dari Farcent. Cik en beli walaupun harganya boleh tahan mahal juga. RM11.50 masa itu. Sedangkan charcoal je pun. Tapi sebab ada add essential oil, mungkin sedap kot bau dia. Jadi cik en pun belilah. 


Letak semalam je, esoknya masuk kereta Ya Allah, rasa macam masuk kereta baru even kereta bersepah. Luar pun penuh lumpur sebab sini kerap hujan. Kira ala ala rumah setinggan, dalam kondo gitew. Hhahahaha.  Cik en pun, cerita kat kawan dan dia pun nak cuba, so tadi cik en masuk Aeon dan borong sampai 3.. hahahhah. Nampaknya ada less sebab dari RM11.50 jadi RM10. Tapi jangan beli di bahagian aksesori kereta sebabnya ianya masih harga asal. Cari dibahagian deoderizer ye. 

Untuk pembelian online, cik en check di Shoppe memang tak banyak dan yang ini langsung tak ada. Kalau nak, korang boleh beli di Lazada : Farcent Charcoal Deodorizer Anti Tobaccco Charcoal 200g

Musim durian mesti kereta bau durian. Ini tips korang boleh baca - Petua : Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Caffein Eye Serum The Ordinary Berjaya Bantu Kurangkan Dark Circle Mata

$
0
0
Caffein Eye Serum The Ordinary Berjaya Bantu Kurangkan Dark Circle Mata | Korang ada msalah lebam dibawah mata atau dark circle atau lingkaran gelap bawah mata? Dah cuba macam macam dari roll, eye cream dan lain lain tapi masih tak ok? Korang boleh cuba satu lagi produk yang mendapat pengiktiraan doktor. Produk tersebut adalah Caffein Eye Serun dari The Ordinary yang ratanya memberi feedback yang sangat positif dan penggunaan yang konsisten mampu mengurangkan dark circle secara berperingkat. Jom baca review jujur cik en mengenai Caffein Eye Serum The Ordinary Berjaya Bantu Kurangkan Dark Circle Mata



Caffein Eye Serum The Ordinary Berjaya Bantu Kurangkan Dark Circle Mata


Sebelum itu cik en nak kongsi dari apa yang cik en dengar mengenai dark circle ini. Dark circle di bawah mata disebabkan dibawah mata mempunyai salur darah yang banyak dan penggunaan mata tanpa rehat yang cukup membuatkan gelap dibawah mata atau dipanggil darck circle. 


Cik en tak nampak caffein eye serum jenama lain, yang cik en nampak hanyalah The Ordinary. Jadi dari situ cik en mencari produk jenama ini dan di Shoppe ianya dijual. Harganya tak terlalu mahal dan jika terlalu murah, takut ianya tiruan. 

Cik en mulakan gunakan Caffein Eye Serum The Ordinary pada 5 Jun 2020 dan nampak perubahan seminggu selepas itu. Inilah hasilnya


Caffein Eye Serum The Ordinary ini hadir dengan isipadu 30ml. Harganya di Malaysia lingkungan RM50 ke RM60. Serumnya berwarna kekuningan dan tidak terlalu likat dan cair. Penggunaanya sedikit memandai dan ianya boleh bertahan lama. Untuk kesan lebih cepat,, korang boleh applykan Caffein Eye Serum The Ordinary dan juga eye cream dan roll. Jika penggunaan Caffein Eye Serum The Ordinary sahaja ambil masa yang lama sedikit. 



Di malaysia rasanya tak ada kedai khas menjual produk The Ordinary ni. Kebanyakan personal seller. Korang boleh cari di Instagram dan Shoppe untuk membeli. Kalau korang beli direct dari web ianya web dari luar negara. 

Heboh Di Ipoh Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu

$
0
0
Heboh Di Ipoh Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu | Ingat tak cik en pernah cerita mengenai Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh? Nampaknya tular di Ipoh mengenai Pantri Komuniti AyamBersamMu tersebut dan banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah, cik en sendiri rasa seronok dapat sebarkan kebaikan ini kepada semua. | Heboh Di Ipoh Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu


Heboh Di Ipoh Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu


Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Perak!
Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand

Ipoh, 18 Jun 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti. 


Di Perak, Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam. 

Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini. 

Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni! 


Noor Haida Bt Zaibidin dan Salina Jalaludin turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut. 

“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami berdua. Kami ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan tuna, ketulan nenas dan santan menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Nasi Lemak Ayam Goreng dan Mini Pizza Tuna yang kami siapkan,” jelas Salina Jalaludin. 

“Kami berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau. 

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut. 

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Noor Haida dan Salina menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh, Datin Hajah Noraini Bt Abdullah.


Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. 

“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia. 

“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu. 


Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:


📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 

📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 

📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 

📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu

📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh

📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang

📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina

📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 

📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru

📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor

📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching

📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu


Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my

Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3

$
0
0
Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3 | Hari ini cik en dijadualkan untuk temujanji dengan psikiatri kali yang ke3. 2 temujanji sebelum ini iaitu pada bulan April dan awal Jun terpaksa ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh pihak kerajaan. Tapi ubat cik en masih diteruskan selepas konsultan melalui telefon oleh doktor. Jadi doktor dah bagi bekalan selama 2 bulan pada masa itu. Ubat yang dibekalkan cik en pernah cerita di entri Kesan Mengambil Ubat Luvox 50. Ubat masih berbaki 2 biji dan semestinya doktor pun dah syak yang cik en ada termiss ambil ubat. hahahha. So nak tau perkembangan cik en tak? Kalau nak korang kena baca entri ini, kalau tak boleh klik pangkah. Hihihi. | Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3



Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3


Perjumpaan kali ini lebih cepat dan tak bersesak. Dari apa yang cik en dengar, hari ini ada kurang 60 orang yang bertemujanji. Cik en datang tepat pukul 9 dan tunggu pun dalam 15 minit sambil main game. Kali ke3, cik en berjumpa dengan doktor lain. Jadi 3 kali temujanji, 3 kali juga dapat doktor psikiatri yang berbeza. Kali ini doktor lelaki Melayu yang nampak ramah dan memahami apa yang cik en nak cakap. Anyway, semenjak cik en dapat OCD, pertuturan cik en sedikit lambat disebabkan cik en mencari perkataan yang sesuai. Tapi fikiran cik en masih normal dan cekap. Hihihi. Cuma untuk menceritakan mengambil masa cik en susun ayat. Mungkin itu salah satu kesan keadaan cik en. Dulu cik en berleter tak berhenti, sekarang terhenti henti. Hahahahah

Oklah, berbalik kepada Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3.doktor beritahu, cik en semakin menuju kearah yang positif. Yeahhhh! Even tak sepenuhnya tapi ianya memberi cik en satu sinar harapan yang sangat tinggi untuk sembuh. Hanya yang betul betul pesakit psikiatri sahaja yang berusaha untuk sembuh. Kalau yang acah acah itu, mereka lebih suka menggunakan alasan Depression, Anxiety dan sebagainya untuk membela diri. 

Doktor itu tu juga, ada tanya, apa aktiviti cik en untuk cik en release bila stress? semestinyalah cik en cakap cik en blogger, even blogger sekarang ini kurang sikit sumber pendapatan dia. Tapi kebaikan pada cik en untuk lebih berkongsi lifestyle cik en pada pembaca semua. Pejumpaan tak sampai 10 minit itu beri cik en semangat hari ini. Ubat dan dose yang sama diteruskan untuk 2 bulan tapi disebabkan stok bekalan ubat kurang, jadi cik en cuma dapat untuk 2 minggu. Nanti kena pergi ambil baki yang terhutang. Kebetulan minggu depan ada temujanji untuk penyakit ke2 cik en, so minggu depan cik en nak pergi menuntut hutang di bahagian farmasi. Hahahhha

Ok lah.. Buat pesakit OCD yang baca entri ini, please be positif, buat aktivit, jangan bersendiri dan makan ubat ikut aturan. Insyallah, korang boleh sembuh. Lawan dan terus lawan. Dunia ini luas lagi. Jangan bazirkan masa yang tak lama ini. 

Tukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan

$
0
0
Tukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan  | Rutin 3 atau 4 tahun, cik en akan tukar tayar baru untuk Mr Barney cik en tu. Walaupun kali ini bunga tayar masih banyak tapi tayar dah keras. Dengan bantuan orang berpengalaman, cik en yang sebenarnya malas ambil tahu bab itu (hihii) mengikut sahaja untuk menukar tayar. Kebetulan memang dah terasa lain pun. Cik en selalunya tak pernah ikut pun si dia tukar tayar kereta cik en, tapi kali ini cik en ikut pula Disebabkan diperkenalkan la, dari tayar ke rim. ahhahaha. Kedai yang cik en maksudkan adalah Huat Tyres & Services Centre SitiawanTukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan 



Tukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan 



Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini tak jauh dari rumah sewa cik en. berhadapan sahaja tapi menghadap tepi jalan besar. Selama ini duk lalu lalang tak pernah terdetik nak masuk tapi nak tukar tayar dah jadi menyesal. hahahaha. Bangunan Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini ada 2 tingkat. Setiap tingkat ada gudangnya sendiri.



Tingkat 2 adalah gudang tayar. Cik en terkebil kebil tengok tayar penuh dan disusun cantik dan tinggi. Sebiji macam gudang. Nasib la bumbung tak tinggi macam IKEA. Mula mula risau gak, andai kata tayar ini tergolek hempap pelanggan (pengaruh final destination lebih) teruk la. Tapi korang jangan risau, owner Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini ada insurans sendiri untuk pelanggan yang kemalangan dalam premis Huat Tyres & Services Centre Sitiawan . Tayar cik en harga RM140 sebiji. Sebab tukar 4 biji jumlahnya RM 560. 


Cik en ada tanya owner Huat Tyres & Services Centre Sitiawan 

"Macamana pekerja you bawa tayar berat berat naik itngkat 2 ini?" 
"I yang bawak diri pun dah letih". 
" Kalau pekerja I angkat satu satu semua pekerja berhenti oooo". 


Rupanya ada lift disebelah belakang dalam bangunan Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini. Haiyaaaaaa... 

Kami pun turun la melalui lift dan sampai tingkat 1, cik en terpukau dengan gudang rim pula. Hahhahaha. "Tokey, singgah sini pula, saya mau cuci mata tengok rim". Satu tingkat tersebut penuh dengan rim. Dan tanpa sengaja terbekenan rim dan si dia pun bagi green light. Rim yang cik en pilih namanya Transformer. Saiz standard iaitu 15. 4 biji rim dan trade in original rim alza. Harga RM500



Masa untuk sarung stoking dan kasut Mr Barney. Tapi tyre nut tak ngam jadi kenalah beli baru kalau tak silap RM50. Si dia cadangkan untuk masukkan gas dalam tayar. Sebabnya akan jaga tayar. Info pasal itu korang boleh baca di kelebihan Gas Nitrogen Untuk Tayar. Gas Nitrogen ini kalau tak silap kena bayar RM70 rasanya. 



Jumlah kerugian adalah RM 1180. Hahahahah.. Semasa nak bayar, punyalah baik owner Huat Tyres & Services Centre Sitiawan ini, bagikan percuma payung dan tekanan angin yang ada lampu suluh dan beberapa alatan yang lain dalam satu.

Jadi Mr Barney yang berangan dari 9 tahun lepas nak stoking baru tercapai dah. Harap Mr Barney akan sentiasa sihat untuk berkhidmat dengan cik en. Hihihiih Itu pun selepas selesaikan pinjaman Mr Barney

Dugaan Pesakit OCD

$
0
0
Dugaan Pesakit OCD | Cik en kerap mengalami masalah di klinik tempat cik en bekerja. Cik en tak marah client tapi nampak macam marah. Cik en sebenarnya risau sangat kalau client terasa dengan tingkahlaku dan lenggok bahasa cik en. Semenjak OCD, memang cik en tak boleh control diri dan sembunyikan perasaan marah cik en. Bak kata orang tak profesional. Tapi tak lama pun, dalam 10 minit cik en dah kembali tenang, cik en akan ok. Tapi adakah client cik en tu akan ok balik dengan cik en? | Dugaan Pesakit OCD

OCD (Obsessive-Compulsive Disorder)

Dugaan Pesakit OCD


Orang tak tahu dan mungkin boleh judge cik en itu dan ini. Hakikatnya cik en tak ada niat nak jadi kurang ajar apabila ada benda yang tak memuaskan hati cik en cuma condition cik en sahaja. Cik en nak owner faham keadaan kucing dan kesakitan yang dialami dan dalam masa yang sama, kekangan masa cik en dengan ramai orang dan kes yang berat yang memerlukan masa yang lama untuk satu satu satu kes. Cik en sekarang tak boleh terima keadaan tertekan. Mesti lost. Itu punca kawan kawan cik en menjauh. Sesiapa yang faham, mereka akan faham yang keadaan cik en tak normal masa itu dan tegurlah semula selepas beberapa jam. Mesti cik en ok. Ada juga kes cik en lupa apa cik en marah. Itu lagi haru kan? hahahaha. Apa apa pun, cik en kena cepat sembuh sebabnya cik en tak nak orang pandang serong dengan perangai abnormal cik en. Tak mahu kerana sakit cik en ini, meow yang datang tak dapat buat rawatan. Kesian mereka kan. 

Akhirnya Doktor Minta Pertimbangkan Keputusan Tersebut

$
0
0
Akhirnya Doktor Minta Pertimbangkan Keputusan Tersebut | "Cik balik dan fikirkanlah semasak masaknya. Jika rasa bersedia, datanglah. Jika rasa terlalu sakit, terlalu lemah, datanglah ke wad kecemasan" Ayat yang cik en harap takkan keluar dari seorang doktor. Sebabnya dari awal lagi, cik en sudah diterangkan. Tapi cik en berharap temujanji selepas 4 bulan ini memberi sedikit sinar harapan seperti mana perjumpaan cik en dengan psikitrik 2 minggu lepas. Nampaknya tidak....| Akhirnya Doktor Minta Pertimbangkan Keputusan Tersebut



Akhirnya Doktor Minta Pertimbangkan Keputusan Tersebut


Seperti mana cik en pernak cerita di entri Perjumpaan Dengan Psikitrik Kali Ke 3, cik en masih belum bersedia untuk kongsi sakit cik en yang kedua ini. Tapi cik en tetap nak menaip untuk meluahkan apa yang ada di hati. Cik en cuma rasa sedih, kecewa, down dan memberontak apabila disahkan pada perjumpaan kali pertama lagi. Masa itu cik en down dalam seminggu. Tapi mesti korang di socmed tak perasan kan?

Perjumpaan ke 2 ini buat cik en lagi down dan doktor sendiri bertanya "under medicine dalam psy?" "Ya" ringkas cik en menjawab. Selepas scan dibuat dan nampaknya kondisi semakin teruk. Dan lagi sekali doktor bertanya "under medicine dalam psy?" . Sebab dia tahu seorang OCD, ianya sangat sukar untuk diterima. Cik en masih bertahan emosi dan air mata dan menjawab " ya doktor "

"Cik balik dan fikirkanlah semasak masaknya. Jika rasa bersedia, datanglah. Jika rasa terlalu sakit, terlalu lemah, datanglah ke wad kecemasan" kata doktor dan cik en mengangukkan kepala tanda faham dan terus keluar dari bilik. Sementara tunggu ubat, air mata cik en mengalir tak berhenti nasib ada mask. Tapi tetap orang ramai perasan. 

Selesai semuanya, cik en masuk kereta dan menjerit sepuas puasnya bersama air mata. Cik en tak leh terima. Memang tak boleh terima.......
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live