Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai

$
0
0
La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai | Makan dalam sungai? Atau makan atas sungai? Kalau dalam sungai, blup blup la kan? Hahahhahaha. Mesti korang pernah melihat di media sosial konsep makan dalam sungai menjadi trend terbaru di Malaysia. Dikatakan mengambil idea di Thailand. Di Malaysia ada hampir lebih 20 lokasi makan dalam sungai. Antara yang popular adalah BBQ Lamb KL Kemenseh, Castella Cafe Grik, Rimba Cafe Baling dan yang terbaru tular di media seluruh Perak La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak. Kesempatan cik en ke Ipoh minggu lepas, cik en dan bersama rakan rakan cik en, Criz Lai, Tan See Wah, Lia Hasty dan Nazrul mencuba La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai

Cafe ini terletak di Kampung Sahom Kampar dan diusahakan oleh Chef Akob dan Chef Adila. Sesiapa yang melalui jalan lebuhraya PLUS boleh turun di Tol Gopeng. Dari Tol Gopeng ke La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak ini ambil masa dalam 17 minit dan berhampiran dengan Sahom Rocky Garden, Sahom Valley Resort dan Embun Resort Lake Sahom. Kalau korang sampai, korang boleh parking dibahagian bawah berhampiran cafe. Jika penuh, terpaksa parking di tepi jalan atau diatas jambatan. Jadi parking agak terhad jika waktu kemuncak. 

Kami sampai masa itu ada lebih kurang 7 atau 8 keluarga sedang menjamu selera dan ada yang sedang bermandi manda. Jadi pastikan korang buat tempahan awal. Kebetulan, La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak baru saja di tularkan di media seluruh Perak. Mungkin kerana ini, masa kami sampai, ramai orang sedang menikmati menu makan tengah hari. 

Kami parking kereta di tepi jalan dan berjalan kaki turun kebawah dan dalam masa yang sama di kiri kanan terletak bunting pakej menu yang tergantung di pokok kelapa sawit. Jadi sambil berjalan, sambil la tengok menu yang ada. Anyway, makan di La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak diajak oleh Criz Lai yang telah menempah set udang galah.

Meja kami sudah tersedia dan hanya menunggu makanan siap sahaja. Sementara itu, cik en dan Lia Hasty dengan photographer kami Nazrul ahahahha buat sesi bergambar gambar. Selesai bergambar cik en pun tukarlah baju dan terus la masuk sungai.. Huuuiii sejuk aihhhh. Macam sungai di kampung cik en je. Dah lama tak mandi sungai ni. Menahan sabar melihat adik adik mandi ini sebabnya cik en akan berendam selepas makan.

Masa yang ditunggu tunggu telah tiba. Makanan satu persatu dihidangkan. Nampak sedap kan? Sabar jap na, sebelum cik en komen sedap kah? berbaloi kah? Kita close up setiap makanan ini. 

Sebagai seorang yang mempunyai tekak Melayu, cik en suka dengan Gulai Kawah dia. Daging dia lembut dan rasa umbut pisang. Yang letak umbut pisang ini selalunya sebelah Utara punya style. Kari dia kari melayu phew. Hahhaha

Udang Galah dia ok, cuma sedikit kecik dan Chef Akob maklumkan, musim udang galah yang diterima kecil sedikit. Agak kecewa tapi menunya sedap. Cik en suka sambal udang galah dia. 

Nasi Teratai dia tak ada rasa yang lain, masih sama. Cuma di balut dengan daun Teratai. Disebabkan cik en tak suka nasi yang sedikit lembik pun, jadi nasi itu cik en just ambil sikit je. Tapi masih nice, korang jangan pulak fikir lembik macam bubur itu. Bab nasi cik en memang memilih sikit.

Ayam Bakar dia sedapppp. Lembut dan rencah dia memang cik en suka. Cik en memang cadang korang ambil ayam bakar dia asing kalau tak ada dalam pakej. Tak liat macam ayam bakar lain. Serius memang sedap

Kerabu Taugeh kot nama dia sebab dalam menu hanya kerabu. Yang ini menu kegemaran cik en. Pergi la kemana pun, kalau ada menu kerabu, cik en akan ambil itu dulu. Dan masa makan ini, memang kerabu yang cik en ambil dulu. Cik en rasa cik en makan lebih untuk kerabu itu. Sedap dan menyelerakan cik en.

Ada 2 jenis ikan masin yang cik en nampak iaitu ikan masin talang dan ikan masin bulu ayam. Ikan masin talang sikit sangat dibagiiii. Dan ikan masin bulu ayam tak berapa rangup. Tapi ok la. Boleh la makan. Sepatutnya ada ikan rebus kan dalam menu tapi ditukar kek telur masin.. Yummy sangat. Kegemaran betul telur masin ini

Sambal yang ada, sambal tempoyak, sambal belacan dan air asam bersama ulam ulaman. Sambal tempoyak dia padu tapi lagi 2 tu, cik en tak rasa, so tak boleh nak komen. Hahahahha

Dessert dia bubur caca dan buah buahan. Bubur caca dia tak terlalu manis dan tawar. Kira sesuai la untuk semua lapisan umur. Cuma buah dia mungkin dipotong lebih awal, jadi tak nampak kesegaran. Tapi semua itu cik en tak kisah sebab tembikai yang dihidangkan masih ok dan tak ada la rasa masam walaupun nampak tak seperti baru dipotong. 

Komen untuk lokasi pula, sangat sesuai, tak jauh dari lebuhraya dan senang jumpa. Batu yang ada besar besar jadi macam sakit sikit kaki. Tapi perlu ada, sebabnya kalau pasir saja yang ada, rasanya kerusi meja makin lama makin tenggelam. Menurut owner La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak , beliau sendiri menyapu batu sungai itu. Bukan macam kedai lain, cafe yang menggunakan konsep makan dalam sungai, kena lebih alert dengan persekitaran seperti keadaan air, keadaan cuaca dan lain lain lagi. Jarak antara La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak dengan air terjun lebih kurang 30km. jadi risiko untuk dibawa arus sangat rendah dan setiap kali pelanggan datang, Chef Akob atau staf yang lain akan menunjukkan dimana mereka melihat keadaan cuaca di gunung dan tanda tanda jika air akan naik. Kalau tak ada siapa beritahu, tanya saja, mereka kaan tunjukkan.

Kesimpulan yang cik en boleh bagi, dari segi makanan tip top, cuma ada gangguan lalat mungkin kerana ada durian. Ataupun memang musim lalat. Cik en tak kisah sebabnya di Manjung ini, dah selalu dapat aduan lalat. Hihihi. Apa apa pun ada tudung saji disediakan. Jadi lepas mandi boleh makan balik. Hahahhaha

Jika korang nak ke La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak ini, korang boleh ke 

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak 
Jalan menduk Sahom,kg sahom, Kampar, perak
No Telefon :013-4966014

Imbz Aquagenius Coldmed Mask Dari Air Mata?

$
0
0
Imbz Aquagenius Coldmed Mask Dari Air Mata? | Lain macam mask yang cik en nak review kali ini kan? Mask cik en ini kali ini guna air mata siapa pula. Macam cerita Puteri Gunung Ledang pula, air mata setempayan. Jenuh la nak mencari orang menangis. hahahaha. Tidak la sampai nak mencari air mata manusia. Dengan menggunakan teknologi terkini, Imbz Aquagenius Coldmed Mask merupakan mask pertama di dunia meniru kesan air mata untuk kebaikan kepada kulit muka. | Imbz Aquagenius Coldmed Mask Dari Air Mata?

Imbz Aquagenius Coldmed Mask Dari Air Mata?

Imbz Aquagenius Coldmed Mask ini berfungsi melembabkan kulit dan anti radangan untuk kulit kering dan sensitif. Menggunakan bahan bahan seperti 

  • IMBZ Aqua + Bionic tear factor
  • Hydrogenated Lecithin
  • Marshmallow Root Extract
  • Solomon’s seal Extract
  • Centella Asiatica Extract
  • Aloe Vera Extract
  • Camellia Sinensis Extract
  • Sericin
memberikan kebaikan kepada kulit 

  • Supreme Water-locking Effect
  • Soothing Effect
  • Restores Skin Natural Radiance
  • Enhance Cell Metabolism
  • Stimulates Collagen Synthesis
  • Restore the Skin’s Natural Barrier
  • Fights Wrinkles and Loss of Firmness
  • Combats Chronological Aging

Imbz Aquagenius Coldmed Mask membantu menyelesaikan 6 major masalah kulit seperti kekeringan, kulit berminyak, kulit gelap, penuaan, kulit sentitif dan masalah jerawat. 

Cara menggunakan Imbz Aquagenius Coldmed Mask 

Caranya sangat mudah dan cik en suka sangat dengan mask ini kerana mask nya besar dan sangat sesuai untuk wajah orang Malaysia. Selalunya cik en akan mengalami masalah mask kecil dan tak dapat menutupkan keseluruhan wajah. Seperti mask yang lain, cara menggunakan Imbz Aquagenius Coldmed Mask adalah 

  1. Bersihkan muka
  2. Lapkan muka pastikan betul betul kering sebelum menggunakan Imbz Aquagenius Coldmed Mask ini
  3. Letak Imbz Aquagenius Coldmed Mask dimuka dan lebihan serum yang ada dalam sheet boleh topup pada mask atau sapu bahagian leher dan tangan
  4. Biarkan selama 15 - 20 minit atau lebih lama lagi. 
  5. Selepas  dibuka Imbz Aquagenius Coldmed Mask , bolehlah urut perlahan lahan untuk serum masuk ke dalam kulit muka

Imbz Aquagenius Coldmed Mask 

Harga : RM148 
Bilangan mask dalam satu kotak : 10 keping
Laman web : http://imbz.vip/

              Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?

              $
              0
              0
              Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17? | 17 Julai 2004, 6 tahun yang lepas, dunia terutama Malaysia sendiri seakan percaya dan tidak percaya, sebuah pesawat Boeing Malaysia Airline MH17 ditembak jatuh dalam perjalanan dari Amsterdam ke Malaysia di Torez di Donetsk Oblast, Ukraine. Cik en antara percaya tak percaya kejadian tersebut. Sama seperti kejadian kehilangan MH370, kejadian MH17 ini cik en ikuti dari awal sehingga beberapa tahun sebelum cik en dah sibuk dengan tugasan harian dan cik en jarang mengikuti perkembangan kes tersebut. Kenapa cik en tiba tiba teringat kembali dengan kisah MH17 ini? Sebabnya 17 Julai ini adalah genap 6 tahun kejadian tersebut berlaku dan cik en masih tertanya Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?

              mh17

              Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?

              Apa yang cik en ingat, cik en mempersoalkan (sembang bersama sama si dia), kenapa bangkai pesawat dibiarkan lama di tapak kejadian tanpa siasatan terhadap pesawat itu sendiri. Sedangkan, cik en yang sendiri bukan arif mengenai siasatan tahu, jika berlaku kejadian jenayah atau kemalangan, tapak kejadian atau bangkai kenderaan (pesawat) adalah tempat dan benda yang paling utama untuk disiasat. Tapi siapalah cik en nak pertikainya pada masa itu. Cik en juga dapat rasa, ada propaganda yang berlaku seeperti kehilangan MH370 dan bukan kes ter"tembak" seperti yang ditularkan pada masa tersebut. Kalau tak silap cik en, cik en mula tak mengikuti perkembangan kejadian ini selepas Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh siapa bertanggungjawab menembak jatuh MH17 tersebut. 

              Senang cerita la sebenarnya, cik en rasa nak mengetahui balik kejadian MH17 ini selepas menonton satu video youtube. Kebetulan cik en baru selesai menonton video scene movie bertajuk Flight lakonan Denzel Washington. Movie itu memang best betul dan selepas itulah cik en tertengok video yang cik en boleh letakkan dalam kategori Dokumentari yang ambil masa dalam duration 40 minit. 

              mh17

              Video tersebut bertajuk MH-17: In Search of Truth mengingatkan kembali cik en pada persoalan cik en dulu. Dan tak sedar yang cik en pun follow keseluruhan video tersebut yang memberi persoalan lebih banyak mengenai Kejadian MH17. Antaranya persoalan yang sama dengan cik en, "Kenapa selepas beberapa bulan, baru bangkai tersebut disiasat?"  Selain itu

              1. Kenapa mayat anak kapal tidak dibedah siasat ?
              2. Kenapa ruang udara tidak ditutup diatas zon konflik?
              3. Kenapa tiada laporan dikeluarkan kepada umum daripada satelit (merakam setiap aktivit setiap hari) pada hari tersebut
              4. Ada beberapa video tular mengenai tembakan sebelum kejadian MH17 berlaku. Seperti dirancang kan?

              Dan banyak lagi persoalan yang lain dalam video dokumentari Youtube | MH-17: In Search of Truth atau korang boleh tengok di Ukr-leaks | MH-17: In Search of Truth ini yang akan buat korang berfikir Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?  Jangan risau, video ini ada sarikata atau subtitle Bahasa English, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyo, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Jerman. 

              Untuk pengetahuan korang, siasatan ini mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan dan memfokuskan pada maklumat yang tidak dinyatakan didalam laporan rasmi. Vasily Prozorov telah menubuhkan Pusat Siasatan UkrLeaks pada tahun 2019 dan bersama sama beberapa sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai siasatan/ projek tersebut. Vasily Prozorov merupakan bekas pegawai di Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) yang berkhidmat lebih daripada 15 tahun jadi tidak dinafikan pengalaman dia sangat luas dan berkredibiliti tinggi  . Beliau telah berkhidmat di SBU sehingga Januari 2018. Beliau juga telah bekerjasama dengan pihak Perkhidmatan Khas Rusia atas sebab motif ideologi sejak April 2014 dengan mendedahkan aktiviti jenayah badan politik dan ketenteraan Ukraine terhadap rakyatnya.

              Untuk maklumat lanjut mengenai video tersebut, korang boleh hubungi dan bertanya sendiri :

              Vasily Prozorov
              Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”

              Emel: ukr-leaks@inbox.lv
              Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)

              $
              0
              0
              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA) | Biasa dengar Hyaluronic Acid atau HA? Mesti korang biasa dengar jika korang pencinta kecantikan atau beauty lover. Ianya merupakan kandungan yang membantu melembabkan dan anti penuaan pada kulit wajah. Itu juga la fungsi Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini tapi Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini menggunakan 8 jenis HA dan ekstrak bahan aktif semulajadi bagi membantu kulit menyerap air dan menjadikan kulit lembab untuk jangka masa yang lama sehingga 72 jam dengan satu mask sahaja | Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask merupakan mask yang perama menggunakan 8 jenis HA untuk membantu melindungi kerosakan pada kulit wajah. Menggunakan kaedah penghidratan yang menghilangkan kotoran pada kulit dan memudahkan pertukaran oksigen pada lapisan kulit. Ianya juga membantu menjadikan kulit kusam menjadi berseri seri. Oksigen yang cukup sebenarnya menjadikan kulit kita sihat dan masa ini, kulit kita akan halus dan mulus 

              Simpton Kulit Kekeringan

              Dari tadi cik en cerita pasal kulit kering kan? Mesti korang nak tahu, apakah simpton yang menandakan kulit korang kulit kering. Simpton tersebut adalah

              • Kegatalan
              • Kulit Kusam
              • Mata Terbenam (Sunken Eyes)
              • Lingkaran gelap bawah mata
              • Garis garis halus dan kedutan

              Bagaimana Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Membantu?

              Dengan satu sheet sahaja, dengan HA, ianya menjadikan 2 lapisan yang mengandungi HA dan Miracle HA (Nano). HA akan duduk dilapisan atas dan nano terletak di bahagian bawah kulit dan ianya mengekalkan kelembapan. Selain itu Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask membantu

              • Hidritasi
              • Melembabkan
              • Mencerahkan
              • Memperbaiki/Melindungi kulit
              • Soothing
              • Refining
              • Purifying
              • Re-energizing

              Apa itu 8 Jenis Hyaluronic Acid(HA)

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask menggunakan 8 jenis HA yang mana setiapnya memberi tindakan dan eksan yang berbeza. 8 jenis tersebut adalah

              1. Hyaluronic Acid
              2. Hydrolyzed Hyaluronic Acid - membantu meningkatkan kelembapan dari dalam dan mengekalkan pada wajah
              3. Potassium Hyaluronate - Membawa air dari dalam ke bahagian luar dan memberi kelembapan pada kulit
              4. Sodium Acetylated Hyaluronate - Menarik lembapan dan udara dan mengunci pada lapisan paling luar kulit 
              5. Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate - Menyimpan air dala kulit dan membentuk lapisan moisture film
              6. Sodium Hyaluronate - Menyimpan air dala kulit dan membentuk lapisan moisturizing film
              7. Sodium Hyaluronate Crosspolymer - Menyimpan air dalam kulit dan membentuk lapisan moisturing curtains
              8. Hydrolyzed Sodium Hyaluronate - Memberi kelembapan jauh kedalam kerana molekulnya yang kecil

              Bahan Semulajadi Yang Lain

              Selain daripada 8 jenis HA, terdapat beberapa ekstrak aktif semulajadi yang menjadikan Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask lebih baik iaitu

              • Saccharide Isomerate
              • Hydrogenated Lecithin
              • Chondrus Crispus Extract
              • Arginine

              Pendapat Cik En Terhadap Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask 

              Jika sebelum ini, cik en kongsi dengan korang mengenai IMBZ AQUAGENIUS COLDMED MASK DARI AIR MATA? kali ini cik en kongsi dengan korang untuk Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask.

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini dibuat untuk kulit orang Malaysia memandangkan ianya made from Malaysia. Mask dia besar dan menutup keseluruhan muka cik en. Kerap sangat beli mask tapi kecil je. Tapi yang ini puas memakai. Serum dia pula tidak terlalu pekat dan cair. Tapi bila kita sentuh serumnya memang terasa likat dan lembab. Cik en dah pakai 2 sheet dan memang kulit cik en rasa lembab tapi tidak berminyak untuk sehari dua. Jadi bila pakai solekan, foundation senang blend atas muka. Korang kena cuba sendiri. Jenis mask digunakan memang berkualiti. Cik en boleh cakap satu perkataan "Best Pakai Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini"

              Kalau korang berminat bolehlah

              Harga : RM168
              Bilangan mask dalam satu kotak : 10 keping
              Laman web : http://imbz.vip/

              The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan

              $
              0
              0
              The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan | Cik en seorang yang suka bercuti. Ada trip bercuti cik en yang memenatkan seperti explore satu satu kawasan. Kepuasan itu ada sebab cik en boleh melihat tempat orang tapi dalam masa yang sama, cik en perlukan percutian yang mendamai, releks dan tenang. That why, cik en mencari cari tempat percutian yang tidak terlalu jauh dan sangat releks selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid19. Cik en survey dan cik en ada satu tempat yang tidak terlalu jauh dan persekitarannya sangat mendamaikan. Tempat tersebut adalah The Haven All Suite Resort, Ipoh Perak. Dengan konsep semulajadi atau nature menjadikan pecutian korang tenang bersama keluarga tersayang. | The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan

              The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan

              Selalunya percutian korang agak rushing nak berjalan jalan, cari kedai makan, risau keselamatan anak anak, bising, serabut, udara yang tidak sihat dan banyak lagi. Jadi semua itu akan buat korang tidak dapat merasakan percutian yang sebenar. Sedangkan percutian adalah masa untuk kita rehatkan fizikal dan mental. The Haven All Suite Resort, Ipoh adalah tempat yang paling tepat untuk percutian yang tenang, selamat dan selesa di setiap tempat. Disebabkan itulah dipanggil The Haven yang membawa maksud syurga.

              The Haven All Suite Resort, Ipoh ini kalau korang melalui Lebuhraya PLUS Utara Selatan, korang perlu keluar  tol Ipoh dan susur Tambun. Macam cik en dari Sitiawan, hanya melalui lebuhraya WCE dan turun lebuhraya Ipoh Lumut untuk sampai ke Ipoh. The Haven All Suite Resort, Ipoh terletak selepas Lost World Tambun dan Banjaran Hotspring. Sebelum masuk ke kawasan The Haven All Suite Resort, Ipoh, korang kena melalui security guard. Yang bestnya, security guard akan ceritakan secara asas apabila masuk ke dalam The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. Memang laju dan rasanya setiap orang yang masuk, dia akan bercerita secara ringkas, padat dan laju. Mesti uncle itu kerja lama disitu. Terhibur rasanya. ahhahaha

              Selesai semuanya di guard, cik en pun masuk ke dalam dan kiri kanan dipenuhi pokok pokok yang merimbun, rasa sejuk je. The Haven All Suite Resort, Ipoh mempunyai 3 buah apartment yang diberi nama Acacia, Banyan dan Cycas. Bahagian reception terletak di Banyan yang merupakan apartment tengah. Nak cari parking memang senang, ada outdoor dan parking bertingkat. So jangan risau juga, setiap parking ini berhampiran dengan pintu masuk bangunan. Selesai pendaftaran dan pemeriksaan suhu yang merupakan SOP Covid19, cik en terus ke bilik untuk berehat. 

              Cik en dapat Apartment Banyan, tingkat 13. Jangan risau, semuanya menghadap permandangan indah. Sama rata setiap bilik dan yang berbeza ketinggian dan kedudukan. Sebagai langkah keselamatan, access card digunakan didalam lif untuk ketingkat yang kita duduk. Sampai sahaja apartment cik en, cik en buka dan rasa teruja betul. Cantik, kemas dan semestinya ada balkoni. 

              Cik en memilih 3 Bedroom Lakeview Executive Suiteyang boleh memuatkan 8 orang. Apa yang ada untuk 3 Bedroom Lakeview Executive Suite?

              • Bilik Utama

                1. 2 katil single (boleh juga request, king atau queen bed)
                2. TV
                3. Bilik air dengan shower
                4. Hot Water
                5. Bathtub
                6. Hairdryer In Room
                7. Iron
                8. Iron Board
                9. Safety Deposit
                10. Tingkap dan view
                11. Almari dengan cermin besar
                12. 2 baju tidur
                13. Meja dan kerusi
                14. Penghawa dingin

              • Bilik Ke 2

                1. 2 katil single (boleh juga request, king atau queen bed)
                2. Bilik air dengan shower
                3. Hot Water
                4. Safety Deposit
                5. Tingkap dengan view
                6. Almari dengan cermin besar
                7. 2 baju tidur
                8. Telefon
                9. Penghawa dingin

              • Bilik ke3

                1. 1 katil single
                2. Ada tingkap tapi tiada view
                3. Meja dan Kerusi
                4. Penghawa dingin

              • Ruang Makan

                1. Peti Ais
                2. Microvawe
                3. Dapur elektrik
                4. Mesin Kopi
                5. Makanan ringan/minuman
                6. Air Tapis (Coway)
                7. Sinki
                8. Meja makan 
                9. Penghawa dingin

              • Ruang Tamu

                1. TV dengan siaran HBO, MTV dll
                2. Sofa
                3. 2 Kerusi 
                4. Telefon
                5. Penghawa Dingin

              • Balconi

                1. Permandangan gunung dan tasik
                2. 2 kerusi dan 1 meja

              • 1 bilik untuk sidai baju
              • Wifi dengan high speed
              • Keluasan apartment 135 m2 / 1453 ft2
              • Grill di pintu masuk aprtment
              • Tempat letak kasut 

              Lengkap kan? Complete dan terasa macam duduk di rumah dengan permandangan yang mendamaikan. So duduk dalam apartment pun dah terasa releks. Untuk versi video korang boleh tengok di The Haven All Suite Resort Ipohby Eintan Nurfuzie. Tapi cik en nak kongsi dengan korang apa lagi yang korang boleh explore dan cuba di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. 

              Kemudahan lain yang ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh

              Ini antara yang sempat cik en explore dan cik en akan kongsi juga kemudahan lain yang cik en tak sempat nk explore okey? Manatau korang nak tahu keseluruhan kemudahan yang ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh. Masa dibuka dan lokasi nanti korang boleh tanya di bahagian reception. 

              • Junior Playroom
              Bilik ini sangat sesuai untuk anak anak pelbagai usia. Ada permainan, TV, bilik bacaan, bilik komputer, bilik permainan playground, dan ada seekor Guinea Pig yang mana anak anak boleh bermain

              • Dinosaur
              Diletakkan seekor replika dinosaur dihadapan 1 bukit batu yang dipanggil Rockhaven untuk anak anak. Disini korang boleh menangkap gambar. Simbolik dinasour ini adalah Rockhaven telah wujud pada zaman dinasour lagi. 

              • Lake Viewing Deck
              Deck ini sangat sesuai kalau nak dijadikan tempat bergambar. deck jenis kayu ini kecil dan berada di tepi tasik. Sangat sesuai untuk private weeding. Ala ala English style. Tapi tak boleh ramai around dalam 50 orang. Boleh ditempah dengan The Haven All Suite Resort, Ipoh atau Love And Love

              • Meditation Deck/Yoga
              Dibahagian ini sangat tenang dan tak ramai orang. Jadi sesiapa yang sukakan Yoga boleh la buat aktiviti ini disini

              • Jogging Track 
              Jogging track ini sepanjang 600 meter melalui tasik dan rimbunan pokok. Mendamaikan dan sangat menenangkan. Ini kalau round 10 kali tak terasa. Hahahahha

              • Amphitheatre by The Lake
              Disini adalah tempat paling sesuai untuk korang hayati view The Haven All Suite Resort, Ipoh. Disini nanti korang akan nampak 3 bangunan The Haven All Suite Resort, Ipoh mempunyai 3 warna car berbeza. Dibawah sekali bewarna kehijauan, dipertengahan bewarna kehijauan kebiruan dan tungkat atas akan nampak warna kebiruan. Ianya untuk memberi impak ketenangan antara bangunan dan persekitaran

              • Swimming Pool
              Keunikan swimming pool di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini adalah swimming pool dia yang besar dan berbentuk kuda laut. Ada 5 jenis kolam yang disediakan iaitu Jacuzzi, Leisure Pool, Lap Pool, Children Pool dan Wading Pool. Dibuka seawal 7 pagi sampai 10 malam. Kalau korang mandi malam, korang nampak view sendiri disebabkan swimming pool dibina dengan kaca jernih. 

              • Outdoor Playground
              Ini memang tempat kegemaran kanak kanak. Yang mana dah bosan di Junior Playground boleh ke sini dan semestinya semua enjoy. 

              • Clubhouse
              Korang kalau datang tempat yang ada clubhouse, please korang explore semua. Tapi cik en tak sempat nak explore semua disebabkan masa tak mencukupi. Clubhouse di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini menawarkan Gym Room, Table Tennis Room, Badminton Court, Squash Court, The Haven Spa dan Herbs Garden

              • Cuisines Restaurant
              Cuisines Restaurant menyediakan makanan dan minuman yang bebas bahan perasa kerana konsep mereka yang nature. Jadi korang yang makan di restaurant ini jangan risau banyak pak aji sebabnya ianya menggunakan bahan semulajadi, bahan basah yang segar dan dibeli setiap hari. Bukannya sejuk beku. 

              • Outdoor Activity
              Sesiapa yang sukakan aktiviti outdoor, ada juga aktiviti untuk korang. The Haven All Suite Resort, Ipoh menyediakan Basketball Court, Tennis Court, Perkhdimatan sewa basikal, Archery dan The Havens Captivating Adventure. Sesiapa yang nak buat aktiviti bersama anak anak waktu malam, The Haven All Suite Resort, Ipoh juga menyediakan Camp Site dan boleh BBQ beserta tidur di khemah. 

              • Organic Farm

              Disebabkan The Haven All Suite Resort, Ipoh menggunakan konsep nature, jadi pihak pengurusan menyediakan satu organic farm. Jadi anak anak yang tak pernah kenal sayuran sayuran asal boleh la melawat tempat ini.

              Pendapat Jujur Cik EN Menginap di The Haven All Suite Resort, Ipoh

              Cik en menginap di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini selama 3 hari 2 malam. Satu cik en nak cakap Awesome! Tapi tak cukup masa untuk cik en explore semua.

              Bilik - Biliknya memang mewah dan lengkap ini memang buat korang tak perlu keluar. Lengkap dan mungkin korang takkan terasa masa berlalu. Privasi bersama keluarga takkan diganggu dengan bunyi bunyi bising ditambah suasananya yang tenang dan damai

              Keselamatan - Selain daripada security guard, keselamatan disekitar swimming pool, sekitar track jogging sangat memuaskan.. Dengan norma baru, pihak The Haven All Suite Resort, Ipoh juga mengamalkan SOP yang terbaik untuk client mereka.

              Tempat - Yang ini cik en rasa tak banyak resort yang boleh menyediakan tempat seperti The Haven All Suite Resort, Ipoh. Jauh dari hiruk pikuk kota, bunyi kenderaan, bunyi bising dan tempatnya sangat strategik. Tidak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan

              Makanan - Disebabkan covid, makanan disini dihidang dan tiada buffet, Cik en boleh pilih makanan apa dan pihak restaurant akan sediakan dan serve di meja. Makanan dia sedap walaupun tak menggunakan MSG atau perasa tambahan tapi tak cukuppppp.. ahahahha Sebab sedap sangat. Ada satu air yang korang patut cuba bila datang ke restaurant di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. Nature Drink eksklusif ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh sahaja.

              Suasana - Sangat tenang dan kalau korang masuk The Haven All Suite Resort, Ipoh dengan fizikal dan mental negatif, korang akan keluar nanti dengan diri yang baru dan sangat POSITIF. Bercuti yang sangat berkualiti apabila memilih The Haven All Suite Resort, Ipoh sebagai pilihan.

              Jika korang nak ketahui lebih banyak info dan harga mengenai bilik di The Haven All Suite Resort, Ipoh korang boleh layari web dan sosial media di bawah

              Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini

              $
              0
              0
              Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini | Ramai adik adik yang datang klinik cik en dan menyatakan seronok jadi macam akak. Seronok sebab bermain kucing dan anjing setiap hari. dapat diagnosis penyakit kucing dan merawat sehingga baik. Apa yang adik itu nampak adalah satu sisi dan adik itu masih tak nampak sisi yang lain. Dimana vet itu bekerja, dibawah jabatan, klinik swasta, ladang, logi dan lain lain, masing masing ada cabaran yang berlainan. Disini cik en nak kongsi dengan korang cabaran menjadi vet di klinik kerajaan. | Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini

              Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini

              Nampak seronok jadi vet, merawat kucing, anjing, dan semua haiwan yang di bawa ke klinik kan? Tapi hakikatnya apabila kita bekerja dengan 2 spesis iaitu haiwan dan manusia, ianya sangat stress. Dengan haiwan, cik en perlu diagnosis sakit atau masalah haiwan tersebut. Haiwan tak boleh bercakap untuk kita tahu, dimana ia sakit. Jadi cik en perlu menjalankan pemeriksaan fizikal pada haiwan tersebut.

              Jika cik en tak boleh mencari masalah pada fizikal haiwan, cik en akan bertanya kepada pemilik haiwan tersebut untuk ketahui history atau sejarah haiwan itu. Ada pemilik yang tahu, ada pemilik yang tak tahu atas alasan "tak perasan" "kucing outdoor" "sibuk bekerja" dan lain lain lagi. Jadi disinilah masa untuk cik en berfikir untuk mengetahui sakit kucing tersebut.

              Vet kerajaan sangat terhad kemudahan untuk memeriksa secara menyeluruh jadi cik en memang akan berfikir dan sentiasa berfikir kenapa dan mengapa kucing sakit. Lagi susah kalau nak tahu, penyakit sebenar. 

              Apabila cik en diagnosis kucing tersebut sakit A dan buat rawatan untuk sakit tersebut. Beberapa hari selepas itu berlaku masalah pada kucing tersebut atau tak sembuh dan ada terus mati, ada pemilik yang menyalahkan dan ada yang menyindir cik en. Disinilah berlaku perasan negatif pada vet. Vet bukan tuhan, kami hanya membantu mereka denagn ilmu yang kami ada. Itu pun dengan bantuan pemilik kucing itu sendiri untuk kami diagnosis kucing mereka

              kalau nak dibandingkan dengan kerja cik en di Klinik Kerajaan, kerja cik en dari pendaftaran, konsultan, rawatan, pemberian ubat dan pembayaran dan kerap juga kena jadi cleaner. Korang boleh bayangkan cik en kena berfikir 6 perkara dalam satu satu masa. Apabila pelanggan tak ramai, mungkin boleh cool tapi kalau dalam setiap 5 minit ada 3 orang pelanggan berdaftar, korang boleh rasa tak bagaimana keadaan cik en? Belum termasuk keadaan kucing yang garang untuk handling, anjing yang mengigit, jika ada yang bawa lembu, kena stanby kena menendang, kambing kena stanvy kena tanduk dan lain lain lagi jika buat rawatan di luar.

              Balik rumah dalam keadaan stress, ditambah pula masalah peribadi, masalah kewangan dan masalah yang lain. Dari seorang yang positif pun, boleh jadi negatif. Dari seorang yang happy go lucky boleh jadi kemurungan. Bebanan kerja, peribadi, keluarga, kewangan dan persekitaran menambah lagi stress seseorang vet tersebut.

              Bersediakah korang yang nak jadi Vet? Kalau cik en, cik en bekerja untuk haiwan sebab cik en kesian dan sayangkan haiwan. Disinilah aura positif cik en apabila berhadapan dengan perkara negatif. Tapi kalau korang tiada minat dengan haiwan, fikirkan sebaik baiknya. Banyak pengorbanan seorang vet dan dalam masa yang sama pencinta haiwan

              Satu sebab yang tak best mengenai kerjaya veterinar - http://www.nurfuzie.com/2016/05/satu-sebab-yang-tak-best-mengenai.html

              PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik

              $
              0
              0
              PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik | Korang kaki shopping? lagi lagi shopping online atau membelah beli atas talian. Mesti banyak apps yang korang dah download kan? Korang ada download apps PG Mall ? Tak ada? Rugilah, sebabnya dengar cerita dah ramai yang gunakan PG Mall untuk shopping online. Cik en pun pada awalnya tak tahu juga. Hahahah. Apabila semua cerita pasal PG Mall ini, cik en terus google dan rupanya PG Mall ini platform untuk kita shopping online. | PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang Menarik

              PG Mall | Platform Membeli Belah Secara Atas Talian Yang menarik

              Cik en baca lagi info yang PG Mall atau www.pgmall.my ini wujud semenjak tahun 2017 lagi. Dan PG Mall juga menduduki top 3 dalam platform e-dagang dan satu satu platform e-dagang tempatan di Malaysia. Buktinya korang boleh tengok sendiri di website iPrice Awat la cik en tak pernah perasan kan selama ini. Apa apa pun dah cik en dapat tahu ini, cik en kongsi dengan korang, manala tau korang dah bosan shopping online di tempat yang sama. 

              Apa lagi yang cik en nak kongsi dengan korang, PG Mall ini buat special offer bagi pemegang kad OCBC. Pemegang kad OCBC boleh dapat diskaun 20% jika membeli belah minimun RM30 di PG Mall. Tapi untuk yang new user sahaja dan promosi ini valid daripada 15 Julai sehingga 15 Oktober 2020 sahaja. Korang hanya gunakan Promo Code : PGMXOCBC di OCBC Diskaun 20%

              Bukan pemegang kad OCBC? Tapi pemegang kad CitiBank ? Ha, ini lagi best nak kongsi, korang dapat juga diskaun tak kisah la new user atau yang dah ada akaun di PG Mall

              New User
              • Diskaun sebanyak 25% dengan minimun RM30. 
              • Tapi ada limit iaitu 1000 kali tebus sahaja untuk satu bulan
              • Promo Code : PGMXCITI25
              • Sah sehingga 31 Mac 2021

              Existing Card Holder 

              • Korang boleh dapat diskaun sebanyak 10% dengan minimun RM200. 
              • Tapi ada limit iaitu 500 kali tebus sahaja untuk satu bulan
              • Promo Code : PGMXCITI10
              • Sah sehingga 31 Mac 2021

              Korang kalau ada Air Asia Big Loyalty macam cik en, korang shopping sambil dapat point. Setiap RM5 bakal dapat 1 point. Spend Small, Earn Big when you shop with PGMALL. Tertakluk pada syarat syarat.

              Untuk yang pengguna bank yang lain, jangan la risau, korang still boleh shopping juga sebabnya PG Mall satu satunya e-dagang yang terima semua e-wallet dan payment gateway yang lain. So apa tunggu lagi? korang boleh daftar di 

              Muka Putih Tangan Hitam? Tidak Lagi Dengan HIAS

              $
              0
              0
              Muka Putih Tangan Hitam? Tidak Lagi Dengan HIAS | Pernah tak korang tengok atau korang sendiri mengalami masalah muka cerah tapi tangan gelap? Macam cik en, cik en hanya gunakan sunblock pada area muka sahaja. Kalau tangan ini suka sangat terlupa. Iyalah, niat hati apply selepas basuh tangan kotor dengan lebihan solekan tapi dah kelam kabut terus terlupa. Tapi bila korang ada sunblock yang wangi, mesti korang tak kan lupa nak pakai. Sebab itu, cik en gunakan HIAS Whitening Losyen. Selain daripada losyen, terdapat juga pencerahan segera untuk tangan korang. | Muka Putih Tangan Hitam? Tidak Lagi Dengan HIAS

              Muka Putih Tangan Hitam? Tidak Lagi Dengan HIAS

              Tangan saja ke boleh guna cik en? Sebenarnya ianya boleh juga untuk muka. Kalau korang jenis bersolek boleh gunakan HIAS ini sebagai base make up sebabnya mengandungi vitamin C dan E. Celah celah bedah yang gelap itu pun korang boleh sapu dengan HIAS ini. Disebabkan kesan pencerahan yang segera, korang boleh la stanby HIAS ini dalam koleksi losyen korang. Urgent nak guna untuk majlis rasmi boleh la pakai.

              HIAS ini juga jenis cepat meresap pada kulit dan tak melekit. Tambah dengan bauan bunga ros akan buat korang yang stress jadi release. Selain daripada base makeup, HIAS juga boleh digunakan untuk aktiviti harian seperti jogging, walking dan macam cik en ini yang kadang kadang kena turun ke ladang untuk rawatan haiwan besar. Jenis kaki pulau boleh juga gunakan HIAS untuk aktiviti air korang seperti snorkling, scuba, driving dan lain lain lagi. Ini kerana HIAS mempunyai sunblocks SPF50 yang sesuai untuk perlindungan sunburn (UV).

              Perakuan KKM? Mestilah ada, cik en tak kan share kalau tak tahu asal usul ini. Korang boleh semak NOT200204214K sendiri.

              Kalau korang berminat, korang boleh ke IG : Hias Berhias atau whatsapp terus ke nombor 0172422362

              Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk. Rupanya Cik En...

              $
              0
              0
              Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk. Rupanya Cik En... | Alhamdulillah, selepas struggle untuk kembali sihat dan cergas, cik en beransur baik walaupun bukan sepenuhnya. Cik en tak pasti korang pernah atau tidak mengalami keadaan Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk macam cik en ini tapi kalau korang pernah mengalami, cik en sangat mengharapkan untuk korang berkongsi pengalaman korang untuk sembuh. Mungkin boleh cik en masukkan dalam cara cik en untuk sembuhkan cik en dari masalah Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk ini. | Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk. Rupanya Cik En...

              Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk. Rupanya Cik En...

              Mungkin yang tak faham atau yang tak tahu, cik en akan jelaskan. Dalam setahun ini, cik en mengalami masalah angin dalam badan yang tak pernah surut. Berurut , minum teh halia, sauna pernah sampakan mandi herba pun pernah tapi semua itu sementara. Cik en akan mengalami masalah angin dalam badan semula. Tandanya belakang cik en terutama pinggang akan rasa sakit sangat sampai tahap tak boleh tidur. Tapi cik en masih ok lagi sampailah sebulan yang lepas, cik en mengalami sakit kepala setiap bangun tidur. Cik en mula agak tekanan darah tapi semuanya normal, gastrik pun tak ada masalah. Mungkin juga panas, jadi setiap malam cik en akan letak tuala basah di kepala sebelum tidur tapi keadaan tak berubah. 

              Kepala sejuk hanya mampu untuk bagi cik en tidur tapi bangun pagi akan rasa macam pening melayang. Masa buat kerja pun sama, rasa nak pitam. Jadi cik en rasa tak sihat, cik en akan curi masa untuk rehat dalam seminit dua dan minum air di bilik sebelum meneruskan rawatan haiwan kesayangan. Cik en kerap berehat dan buat cik en rimas sebab cik en sendiri tak tahu apa masalah cik en. 

              Mengenai Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk itu, cik en mula rasa beberapa minggu. Cik en tekan disebelah belakang kepala dan terasa macam lembik dan tak keras macam selalu. Kepala cik en pun berlekuk di antara kepala kiri dan kanan di belakang tempat yang lembik itu. Cik en google dan risau sangat. Cik en bukan jenis suka mengadu lagi lagi keluarga cik en. Cik en lebih suka sendiri dan buat rawatan yang cik en tahu. Kekenon tak nak susahkan orang la. Huhuhu .

              Semua cara cik en guna, semuanya gagal. Cik en pernah minum teh halia tapi kesannya sangat teruk sampai cik en muntah sampai lembik badan. Ada juga sampai kepala menjadi melayang sehinggakan cik en hentak hentak kepala cik en. Mula la fikir, sakit barah otak kah aku? Hahahahha. 

              Sebenarnya, cik en ini jenis berlagak. Ada mak tak mahu nak berkongsi sakit. Kalau dari awal cerita rasanya dah lama cik en baik. Hihi. Mak cik en sebenarnya pernah mengalami masalah yang sama cuma cik en sahaja tak pernah alert. Mak kata, angin dah naik ke kepala. Itu yang rasa camtu. Saranan awal, mak suruh potong rambut. Sebab rambut cik en panjang dan tebal. So cik en memang tak kisah kalau nak botak sekalipun asalkan sakit cik en sembuh. Tapi mak tak bagi, so cik en dah macam Goku je sekarang ini selepas potong rambut. Hahahah. 

              Lepas itu, abah belikan air lemuju. Apa itu air lemuju? kalau yang tak tahu, air lemuju sangat rare. Cik en dari kecik dah minum air ini. Kembung perut tak pernah tau. Di tempat cik en, air lemuju ada jual di kedai kedai even kat kedai kecil di kampung. Tapi lepas minum pun, tak banyak membantu cik en untuk lega

              Malam itu, mak cik en buatlah rebusan bahan bahan semulajadi dan bagi cik en minum. Pertama kali cik en minum, cik en rasa sendawa angin banyak kali. Mak kata, ianya tak pekat, jadi buang angin. Mak rebus kali kedua dan kali ini agak pekat. Tak sampai sejam minum, cik en mula rasa melayang kepala, badan jadi dedor(kata orang perak - demam) dan sakit badan. Cik en cuba bawa tidur tapi tak boleh. Mak datang dan nampak cik en tak keruan terus urut kepala dan bahu. Mak pun cakap, kepala lembik dan berlekuk ini along?. Barulah mak cerita, angin ini kalau dibiar akan jadi masalah lagi teruk

              Mak urut dalam 10 minit tapi sepanjang urut, sendawa ta berhenti henti sampai nak muntah. Selesai urut, barulah cik en rasa lega. Barulah boleh lelapkan mata. Esoknya bangun dengan badan yang ringan. Tapi masih ada lagi rasa tak sihat badan itu

              Itu kalau di kampung, kalau dah balik ke rumah sewa, tiada siapa nak urut jadi cik en gunakan minyak panas dan urut di kepala dan bahu yang mana mampu. Cik en gunakan Losyen Aura Magika. Sebabnya rasa panas dia tak perit pada kulit dan bau dia wangi buat tenang untuk tidur. Dan dalam masa sama, cik en masih amalkan rebusan yang mak buat. Tiada akar kayu pun, hanya gunakan bahan yang ada di dapur kita je. Nanti cik en kongsi next entri cara buatnya. 

              Jadi, kalau korang tiba tiba rasa Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk, jangan tunggu lama lama, mungkin kepala korang dah penuh angin. Kira macam dah naik kepala la. Dibiar nanti bahaya sebab angin ini boleh buat kita sesak nafas macam gastrik. Yang penting, cik en dah lama tak bersenam ini. Kena start balik slow slow. Tapi dalam keadaan sekarang, tak digalakkan, takut pitam pulak kat padang tengah berjogging. Siapa pula nak mengangkat. hahahahaha

              Anyway cik en masih dalam rawatan sendiri sampai sekarang, ingat nak pergi berbekam tuk buang angin. Mungkin dapat bantu kurangkan lagi. Dah alang alang potong rambut pendek kan. Hahahah. Ada cadangan lain lagi tak? Kongsi tau. 

              6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya

              $
              0
              0
              6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya | Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang buat kita jad strees. Walaupun cik en bukan jenis kulit berminyak yang mana punca utama kulit berjerawat tapi apabila dah masuk umur 30 an jerawat yang tumbuh disebabkan stress, kebersihan dan persekitaran. Siapa kata jerawat hanya tumbuh pada remaja sahaja? Kita dah masuk level mak dan bapak budak pun boleh juga. Jadi cik en nak kongsi dengan korang 6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya. | 6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya

              Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya

              Jenama Himalaya bukan kaleng kaleng bagi kita kan? Cik en dalam bidang veterinar pun ada menggunakan produk himalaya pet untuk ubatan dan supplement pada haiwan kesayangan. Memang terbukti produk ini mempunyai kualiti yang terbaik dan kesannya yang baik pada kulit. Untuk pengetahuan korang, satu bahan semulajadi yang sangat sesuai untuk masalah kulit adalah pokok semambu atau popular dengan nama neem. Kalau kita kena demam campak, opah atau mak kita akan cari daun semambu ini untukk mandian dan hasilnya parut berkurang daripada yang tidak mengamalkannya. 

              Untuk masalah jerawat ini, Himalaya menggunakan Neem basic untuk membantu pengguna produk mereka yang mempunyai masalah ini. That why la cik en nak kongsi dengan korang 6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya yang cik en amalkan.

              6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100% Formula Herba dari Himalaya

              1. Bersihkan muka dengan Purifying Neem Face Wash

              Langkah paling wajib korang kena buat adalah membersih muka. Pemilihan pembersih muka ini perlulah bersesuaian dengan masalah korang. Untuk masalah jerawat, korang boleh pilih pembersih yang ditulis untuk muka berjerawat. Kalau produk Himalaya, Purifying Neem Face Wash, dah dinyatakan Combats Pimples. Ha, memang untuk jerawat la kan. Tak yah nak study bagai untuk buat pemilihan 

              Purifying Neem Face Wash ini menggunakan 2 bahan asas iaitu Neem dan Turmeric (Kunyit). Pencuci herba bebas sabun ini berfungsi membersihkan kekotoran dan mencegah jerawat. Ianya juga membantu menyembuhkan luka disebabkan jerawat tanpa sebarang jangkitan dan meninggalkan parut serta meratakan warna kulit, mengekalkan keanjalan kulit dan menjadikan kulit lembut 

              Cara penggunaan Purifying Neem Face Wash

              Ambil sikit Purifying Neem Face Wash dan letak ditangan, basahkan dan basuhkan keseluruhan muka. Elakkan cuci dibahagian mata. Yang mana pakai makeup, jangan lupa untuk makeup remover sebelum membasuh muka dengan Purifying Neem Face Wash

              2. Masker muka dengan Purifying Neem Pack

              Rutin yang korang kena buat dalam 2 kali seminggu adalah memakai mask pada kulit wajah. Ianya dapat memberi kesan lebih mendalam. Pemilihannya mask juga kena bersesuaian. Kalau dah muka berjerawat korang pi cari mask yang salah, mau jerawat korang timbul macam ladang gandum nanti. Hahahah

              Purifying Neem Pack ini adalah sejenis mask tapi dalam bentuk liquid dan bukan pace mask. Ianya membantu menanggalkan lebihan minyak dan membersihkan liang pori. Ianya tak boleh pakai hari hari jadi ianya bagus untuk korang hanya gunakan 2 kali seminggu. 

              Purifying Neem Pack menggunakan bahan asas neem, tumeric dan Fuler,s Earth (tanah liat bumi). Ianya dapat mencegahkan daripada jerawat datang lagi. Herbal seperti tumeric adalah anti radangan yang baik dan mampu menjadikan kulit yang kasar kerana parut jerawat menjadi lembut. Dalam masa yang sama juga, ianya dapat mencerahkan kulit, menyejukkan dan anti radangan daripada kesan membersihkan kotoran dan bahan kimia.

              Cara penggunaan Purifying Neem Pack

              Letakkan di jari dan sapu pada keseluruhan kulit muka. Elakkan daripada kawasan sentitif mata. Biarkan selama 10 - 15 minit dan bersih menggunakan span. Basuhkan baki yang ada di muka denan air sejuk. Jangan gunakan jika kulit muka korang broken atau muka yang ada radangan.

              3. Lembabkan dengan Nourishing Skin Cream

              Lepas bersihkan dan gunakan masker, kulit korang akan terasa tegang dan rasa kering kerana fungsi kedua dua langkah membersihkan minyak lebihan dan menjadikan kulit korang sedikit kering. Jadi wajib sangat korang menggunakan pelembab untuk memastikan kulit korang sentiasa lembab. Even kulit korang jenis berminyak, bukan bermakna korang kena skip langkah melembabkan. Kena letak juga tapi pemilihan pelembab yang betul

              Dengan Purifying Neem Pack, kulit korang akan lembab untuk jangka masa yang lama dan jauh meresap ke dalam kulit. dengan menggunakan Aloe Vera dan Winter Cherry. Winter cherry ini sejenis buah yang banyak di gunakan oleh Himalaya pada produk untuk bayi. Korang boleh baca di Himalaya Baby Care. Krim ini tidak berawarna, tidak melekit, boleh digunakan etiap hari untuk melembabkan, nourishment dan perlindungan pada kulit

              Cara penggunaan Nourishing Skin Cream

              Ambil sedikit dan sapu dikeseluruhan muka. Boleh juga letak di lutut, siku dan tumit. Kiranya Nourishing Skin Cream boleh dipakai diseluruh badan

              4. Gunakan Acne-n-Pimple Cream Pada Jerawat Aktif

              Rawatan khusus pada jerawat yang tengah naik atau aktif ini sangat perlu. Ianya membantu pengecutan jerawat dan tak perlulah korang dok picit picit jerawat, risau merebak ke tempat lain.

              Gunakan Acne-n-Pimple (AnP) pada jerawat yang tengah naik atau 'masak'. Menggunakan Barbados Aloe (Aloe Vera), Silk Cotton Tree (pokok kapas sutera), Five -leaved Chaste Tree (sejenis herba liar dari wilayah Mediterranean, membantu merawat jerawat, menyembuhkan jangkiran disamping menjaga kulit lembut dan halus. Sangat sesuai untuk bahagian kulit yang mengelurkan sebum (minyak) berlebihan dan membantu mengurangkan jangkitan dan radangan.

              Cara menggunakan Acne-n-Pimple Cream

              Ambil sedikit Acne-n-Pimple Cream dan oles pada jerawat yang aktif. 

              5. Lembabkan bibir dengan Lip Balm

              Apabila kita membersihkan muka, sedikit sebanyak mesti terkena di bahagian bibir korang kan? Jangan sesekali korang biarkan ianya terus kering. Korang kena juga apply lip balm untuk memastikan bibir korang lembab sentiasa 

              Nourishing Skin Cream menggunakan Wheatgerm Oil (minyak gandum) dan Carrot Seed Oil (minyak biji lobak) dan berfungsi nourishes dry dan menghalang bibir kering dan pecah

              Cara menggunakan Nourishing Skin Cream

              Hanya oleskan pada bibir apabila diperlukan

              6. Amalkan supplement Skin Wellness

              Bukan setakat rawatan luar sahaja korang kena buat tapi kena juga amalkan supplement yang dapat memberi kesan lebih baik. Cik en sendiri kalau ada masalah kulit tak kisahlah kegatalan, jerawat, panau, cik en memang akan ambil supplement yang bersesuaian. Begitu juga yang ini, langkah terakhir korang kena cari supplement yang sesuai untuk masalah kulit korang

              Menggunakan neem sebagai bahan aktif, Skin Wellness berfungsi anti bakterial anti fungas, dan juga berfungsi mencuci darah untuk kesihatan dan kulit yang cantik. Skin Wellness ini sangat bagus untuk masalah jerawat, ring worms, nanah, dandruff, ekzea dan psoriasis(seakan kayap). Ianya tidak akan menyebabkan masalah buah pinggang kalau korang amalkan dose yang betul. 

              Cara mengggunakan Skin Wellness

              Untuk jerawat teruk ambil 2 kapsul 2 kali sehari untuk 3 hingga 5 hari. Selepas itu 1 biji 1 hari. Pastikan minum air masak banyak dan konsisten. Limitkan untuk makan makanan bergoreng, pedas dan berminyak. Dan terakhir, pastikan amalkan rutin pembersihan muka yang cik en kongsi dari langkah 1 hingga 5 tadi.

              Untuk dapatkan produk produk Himalaya ini, korang boleh beli di Himalaya Boutiques, Watsons, Guardian dan farmasi. Kalau korang nak beli online boleh terus ke webstore www.shophimalaya.my. Cik en tak jual tau, korang boleh cari sendiri di tempat cik en kongsi tu. 

              #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

              $
              0
              0
              #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat | Ingat tak lagi, cik en pernah berkongsi entri mengenai Pantri Komuniti AyamBersamuMu yang membantu golongan yang kurang kemampuan? Kali ini Ayam Brands menerokai kawasan orang asli dalam menyokong mereka dengan makanan berkhasiat. Dengan kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), mereka ke Kampung Orang Asli Tibang Perak untuk menyumbang barangan dari sumbangan Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero | #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

              #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

              Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat
              Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Tibang, Perak

              Perak, 04 Ogos 2020 – Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.

              Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Perak.

              Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

              Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Tibang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 59 keluarga Orang Asli.

              Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

              “Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

              Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Yok Chicher dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

              “Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.

              Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

              Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

              “Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

              Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Tibang di Perak.

              “Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 59 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Yok Chicher A/L Yok Sadai.

              Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Tibang.

              “Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.  

              Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my. 

              Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En

              $
              0
              0
              Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En | Lama juga cik en peram review ini sebab kekangan cik en untuk selesaikan task yang lebih urgent. Yang mana mengikuti cik en di media sosial facebook, mungkin perasan yang cik en pernah mencuba cat litter jenis tofu. Ini disebabkan pengaruh rakan PR cik en Criz Lai semasa bercuti di Ipoh bulan lepas. Seminggu selepas itu, cik en order melalui platform Shoppe Premium Super Clumping Natural Cat Litter Tofu 6L dengan harga RM13.00. Cik en memilih flavour Lavender. So cik en nak bagi Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En

              Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En

              Seperti pertukaran makanan, cik en akan menggunakan tofu secara berperingkat. Cik en masih letak cat litter jenis pasir juga dan tofu. Kiranya ada 2 bekas untuk ajar kucing cik en menggunakan tofu. Hari pertama, tiada siapa yang gunakan. Masuk hari kedua, barulah ada yang menggunakan. Cuma cik en tak pasti siapa yang gunakan memandangkan cik en memiliki 3 ekor kucing. Tapi selepas kematian Adik, tofu seperti tidak diusik jadi tofu yang ada digunakan oleh Adik dn sesekali cik en perasan Oboi pun ada gunakan. 

              Berbalik kepada Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En, penggunaan Tofu 

              • Jimat dan murah - Cik en boleh kata jimat, 6L hnaya RM13.00 dan apabila poo dan pee (termasuk yang cirit sebabnya adik cirit sebelum kematian) tofu clump poo pee ini dan berketul. Jadi korang hanya buangkan satu ketul itu sahaja. Memang betul betul berketul macam yang cik en tengok di youtube. 

              • Mesra Alam - Seperti yang sedia maklum, tofu boleh buang denagn flush toilet dan memang betul boleh. BAU awalnya ada tapi kalau beberapa jam selepas itu, bau memang kurang dan hanya bau lavender yang ada

              • Tidak berbahaya - Anyway, saiz tofu agak besar daripada pasir, jadi kucing agak selesa duduk di atas tofu semasa pee dan poo. Anyway ada kes salahs eekor kucing cik en makan tofu tapi tak pasti siapa. Ini sebabnya ada kesan muntah bewarna purple. So far hanya muntah dan tak ada kes kucing sakit kecuali adik yang mati disebabkan digigit anjing. 

              • Keburukan pula korang kena letak banyak tofu dalam bekas poo pee kucing sebabnya kalau sedikit, memang akan bocor terus ke dasar bekas so itu yang macam melekit. 

              • Selain itu, tofu senang melerai, mungkin kerana kualiti atau murah. Tapi apabila kerap scop, ada tofu yang hancur menjadi debu debu

              Anyway itu sahaja Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En. Mungkin korang pun ada pendapat korang, so rajinlah drop komen review penggunaan korang pulak.

              Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala

              $
              0
              0
              Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala | Ingat tak cik en nak kongsi resepi Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala di entri Kepala Jadi Lembik Dan Berlekuk, Rupanya Cik En... Maaf sebab lambat sikit cik en kongsikan disebabkan kekangan cik en untuk kerja hakiki dan kerja part time cik en. Resepi Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala hanya gunakan bahan yang ada di dapur dan boleh didapati di pasar basah sekitar korang. Air jamu ini 100% bahan semulajadi dan segar. | Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala

              Air Jamu Cik Pah Untuk Buang Angin Dalam Badan dan Kepala

              Bahan bahan yang korang perlu sediakan adalah 

              1. Serai
              2. Halia
              3. Daun Pandan
              4. Ibu Kunyit Hidup
              5. Isi Cekur
              6. Madu

              Cara merebus

              • Rebus semua bahan bahan dengan api kecil. Mak cik en guna periuk nasi tapi periuk itu memang kuning la sebab guna ibu kunyit. Biarkan jadi pekat dan minum suam suam. Jika air habis hanya tambahkan air dan renehkan semula sehingga air menjadi cair. 

              Korang amalkan sentiasa, testimoni yang berjaya adalah mak cik en sendiri, badannya nampak slim, selalu kentut dan tandanya perut semakin sihat. Testimoni kedua cik en sendiri, memang angin dalam badan keluar dan keadaan cik en lebih baik walaupun baru 2 kali minum. 

              Air rebusan ini serasi dengan cik en, tapi tak semestinya serasi dengan korang, tapi korang boleh cuba sebabnya ianya bahan semulajadi je. Tak ada perisa tambahan dan bahan yang tersembunyi. 

              Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang

              $
              0
              0
              Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang | Daun gelenggang digunakan oleh orang tua dulu dulu dalam menyelesaikan masalah kulit. Khasiat daun ini menghilangkan kegatalan akibat gigitan serangga atau jangkitan parasit. Ianya bertindak sebagai agen bakteria yang sangat baik dan memberi khasiat pada kulit. Ciri daun ini yang antiseptic digunakan untuk penghasilan sabun kerana ianya mampu mengeluarkan buih dan merawat kulit. Sabun daripada daun gelenggang ini akan melembutkan lapisan epidermis dan sekaligus dapat membunuh kuman yang terdapat pada kulit. Tapi dimana dan jenama apa yang dipercayai yang mengeluarkan set daun gelenggang ini untuk mengatasi masalah kulit? Semestinya Glow Gelenggang la | Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang

              Cara Pantas Hilangkan Gatal Dengan Daun Gelenggang

              Jika di imbas semula cara orang dulu dulu mengatasi kegatalan kulit dengan melumatkan daun gelenggang ini dan dicampur bersama belerang dan minyak tanah dan disapu di bahagian kulit badan yang mempunyai kurap, panau, kudis dan kudis buta. Di Arab, daun gelenggang ini digunakan dari zaman dulu lagi dan mula berkembang ke Eropah pada abad ke 9. Glow Gelenggeng mengambil ilmu mengenai daun gelenggang ini telah menghasilkan produk yang sangat praktikal untuk kita gunakan secara harian. 

              Glow Gelenggang Menghilangkan Gatal Gatal Kulit Tanpa Steroid

              Glow Gelenggang dibuat hanya dari bahan semulajadi premium terpilih dan ianya adalah handmade. Mempunyai kandungan bahan aktif yang banyak, 5 kali lebih berkesan, selamat dan mudah digunakan oleh semua jantina dan peringkat umur. Dan Glow Gelenggang membuka 4 rahsia yang buat cik en terkejut dan terus memilih produk daripada Glow Gelenggang ini berbanding produk yang ada di pasaran. 

              Rahsianya sabun yang dihasilkan di kilang kilang menggunakan konsep apa ada dan menggunakan sangat sedikit campuran daun gelenggang. Bayangkan guna sikit daun gelenggang untuk beratus ratus sabun. Selain itu kalau beli sabun yang jatuh dan tahan lasak ini, ianya mempunyai kandungan wax yang tinggi dalam campuran jadi sabunnya banyak mana je kan? Untuk kekalkan produk tahan lama, produk akan digunakan bahan pengawet juga dan juga glycerin yang ada untuk melembabkan kulit diasingkan dan pengguna terpaksa membeli produk berasingan untuk memastikan kulit tidak kering. 

              Berbeza dengan Glow Gelenggang, ianya dibuat secara handmade dan Glow Gelenggang dapat mencampurkan ekstrak gelenggang yang sepatutnya dan disebabkan itu produk ini sangat efektif dalam mengatasi masalah kulit. Mereka juga mengurangkan kandungan wax dan tidak mempunyai bahan pengawet (kalau ada mungkin 1%). That why sabun Glow Gelenggang tidak terlalu lasak dan digunakan dalam masa 6 bulan hingga 2 tahun sahaja.

              Glow Gelenggang mengeluarkan 3 jenis produk iaitu 

              • Sabun Herba Organik Glow Gelenggang

              Fungsi sabun ini adalah menghilangkan gatal gatal. Tekstur sabun ini jenis scrub. Scrub tersebut daripada serat hijau asli daun gelenggang itu sendiri dan bukan bahan sintetik yang ada dalam sabun dipasaran. Serat hijau ini bukan sahaja menanggalkan sel kulit mati dan melembutkan kulit tapi memberi khasiat semulajadi extra. Bahannya yang berkualiti kerana menggunakan bahan aktif yang maksimum. Sabun ini boleh digunakan di rambut, muka dan badan jadi tak perlu nak beli produk yang berbeza untuk merawat masalah yang lebih kurang sama. Cara menggunakan gosok pada badan secara memutar dan guna secara konsisten

              • Minyak Herba Organik Glow Gelenggang

              Minyak ini tidak pedih, tidak panas, tidak rengsa dan semestinya wangi. Cara penggunaanya adalah digunakan selepas Sabun Herba Organik Glow Gelenggang. Picit sedikit sahaja dan sapu di tempat bermasalah sehingga menyerap. Guna selepas mandi, sebelum tidur dan setiap kali kulit gatal. Elakkan mengaru 

              • Minyak Herba Organik Glow Gelenggang & Daun Bidara (Khas Untuk Bayi)

              Seperti Minyak Herba Organik Glow Gelenggang juga tapi ada tambahan daun bidara untuk menghindari gangguan jin dan makhluk halus. Gunakan pada bayi selepas bayi mandi. 

              Bahan Bahan Digunakan Dalam Glow Gelenggang

              Bahan bahan yang digunakan untuk menghilangkan gatal gatal dengan pantas tanpa steriod

              ✅ Daun Gelenggang
              ✅ Habbatus Sauda - mengurangkan radangan dan sembuhkan luka luaran
              ✅ Minyak Zaitun - sebgai pelembap yang tahan lama pada kulit
              ✅ Minyak Argan - Menghaluskan dan melicin kulit serta senang menyerap dalam kulit
              ✅ Tanah Liat Putih Koalin - menyembuhkan ekzema, psoriasis, dermatitis dan masalah kulit yang lain.

              Harga Produk Glow Gelenggang

              ✅ Sabun Herba Organik Glow Gelenggang : RM 47.00
              ✅ Minyak Herba Organik Glow Gelenggang : RM 47.00
              ✅ Minyak Herba Organik Glow Gelenggang & Daun Bidara : RM 47.00
              ✅ Untuk harga set dan combo korang boleh tengok di laman web Glow Gelenggang 

              Maklumat lanjut mengenai produk Glow Gelenggang boleh baca di 

              Facebook 

              Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak Tempat Mandi Manda Bersama Adik Adik

              $
              0
              0
              Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak Tempat Mandi Manda Bersama Adik Adik | Hari minggu dan bersambung dengan cuti am buat cik en merancang jalan jalan bersama adik adik cik en. Adik adik yang cik en maksudkan adalah sepupu sepupu cik en dan seorang adik kesayangan cik en. Disebabkan ibu mereka berpantang jadi cik en ambil keputusan untuk bawa adik adik berjalan jalan memandangkan mereka bosan cuti selama 3 hari. Tempat pertama cik en pilih adalah Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak. | Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak Tempat Mandi Manda Bersama Adik Adik

              Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak Tempat Mandi Manda Bersama Adik Adik

              Air Terjun Ulu Licin Beruas ini terletak di Beruas Perak dan merupakan air terjun yang mempunyai mata air yang sama menuju ke Air Terjun Ulu Kenas. Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak ini tidak la sepanjang Air Terjun Ulu Kenas jadi tempatnya sangat terhad. Cik en sampai di Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak dalam pukul 9 pagi dan memilih ditengah tengah. Nampaknya ada yang berkhemah di sepanjang Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak ini jadi cik en tidak mempunyai banyak pilihan tempat. 

              Untuk sampai ke sini, korang perlu ke pekan Beruas dan masuk lorong pasar Beruas dan terus melalui jalan tersebut sampai korang melalui bawah jalan lebuhraya WCE. Teruskan tapi berhati hati sebab jalannya agak sempit. Disarankan untuk pergi pagi sebab kalau tengah hari korang susah nak dapatkan tapak. 

              Tasik Cermin Ipoh Perak Destinasi Kedua Bersama Adik Adik

              $
              0
              0
              Tasik Cermin Ipoh Perak Destinasi Kedua Bersama Adik Adik | Selesai bermandi manda di Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak, kami terus ke Kellie Castle awalnya. Tapi bila sampai nampak full dan panas sangat, kami terus ke Tasik Cermin Ipoh Perak dulu. Sebelum ini cik en pernah keluarkan entri Cara Ke Tasik Cermin Ipoh Perak sumber dari Tourism Perak tapi belum kesempatan untuk ke sana. Kali ini cik en pergi bersama adik adik yang suka ber OOTD. Jadi ada point la untuk cik en pergi ke Tasik Cermin Ipoh Perak ini. | Tasik Cermin Ipoh Perak Destinasi Kedua Bersama Adik Adik

              Tasik Cermin Ipoh Perak
              Tasik Cermin Ipoh Perak 

              Tasik Cermin Ipoh Perak Destinasi Kedua Bersama Adik Adik

              Untuk datang ke sini dulu, tak dikenakan bayaran cuma perlu mencari sendiri jalan unutk ke Tasik Cermin ini. Tapi sekarang jika pergi waktu cuti, korang perlu bayar parking RM5 dan perlu letak kereta jauh. Cik en yang tahu serba sedikit meneruskan menaiki kereta ke tempat paling hampir jalan ditutup. Cik en ada sediakan video perjalanan ke Tasik Cermin Ipoh Perak ini di Youtube. 

              Ramai orang kan? Sediakan payung dan air mineral juga ye. Sekarang musim panas. Cik en tak tahan dengan panas melampau ini. Tapi jangan risau sampai di tasik korang akan rasa sejuk. Cuma musim cuti, kawasan ini tidak mendamaikan dan cik en sendiri akan repeat semula nanti mungkin hari biasa. Air dalam tasik ini agak keruh jadi tak nampak la macam cermin. Mungkin faktor terlalu ramai orang. Antara gambar yang sempat kami tangkap. Yang lain korang jangan lupa tengok di youtube

              Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?

              $
              0
              0
              Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17? | 17 Julai 2004, 6 tahun yang lepas, dunia terutama Malaysia sendiri seakan percaya dan tidak percaya, sebuah pesawat Boeing Malaysia Airline MH17 ditembak jatuh dalam perjalanan dari Amsterdam ke Malaysia di Torez di Donetsk Oblast, Ukraine. Cik en antara percaya tak percaya kejadian tersebut. Sama seperti kejadian kehilangan MH370, kejadian MH17 ini cik en ikuti dari awal sehingga beberapa tahun sebelum cik en dah sibuk dengan tugasan harian dan cik en jarang mengikuti perkembangan kes tersebut. Kenapa cik en tiba tiba teringat kembali dengan kisah MH17 ini? Sebabnya 17 Julai ini adalah genap 6 tahun kejadian tersebut berlaku dan cik en masih tertanya Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?

              mh17

              Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?

              Apa yang cik en ingat, cik en mempersoalkan (sembang bersama sama si dia), kenapa bangkai pesawat dibiarkan lama di tapak kejadian tanpa siasatan terhadap pesawat itu sendiri. Sedangkan, cik en yang sendiri bukan arif mengenai siasatan tahu, jika berlaku kejadian jenayah atau kemalangan, tapak kejadian atau bangkai kenderaan (pesawat) adalah tempat dan benda yang paling utama untuk disiasat. Tapi siapalah cik en nak pertikainya pada masa itu. Cik en juga dapat rasa, ada propaganda yang berlaku seeperti kehilangan MH370 dan bukan kes ter"tembak" seperti yang ditularkan pada masa tersebut. Kalau tak silap cik en, cik en mula tak mengikuti perkembangan kejadian ini selepas Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh siapa bertanggungjawab menembak jatuh MH17 tersebut. 

              Senang cerita la sebenarnya, cik en rasa nak mengetahui balik kejadian MH17 ini selepas menonton satu video youtube. Kebetulan cik en baru selesai menonton video scene movie bertajuk Flight lakonan Denzel Washington. Movie itu memang best betul dan selepas itulah cik en tertengok video yang cik en boleh letakkan dalam kategori Dokumentari yang ambil masa dalam duration 40 minit. 

              mh17

              Video tersebut bertajuk MH-17: In Search of Truth mengingatkan kembali cik en pada persoalan cik en dulu. Dan tak sedar yang cik en pun follow keseluruhan video tersebut yang memberi persoalan lebih banyak mengenai Kejadian MH17. Antaranya persoalan yang sama dengan cik en, "Kenapa selepas beberapa bulan, baru bangkai tersebut disiasat?"  Selain itu

              1. Kenapa mayat anak kapal tidak dibedah siasat ?
              2. Kenapa ruang udara tidak ditutup diatas zon konflik?
              3. Kenapa tiada laporan dikeluarkan kepada umum daripada satelit (merakam setiap aktivit setiap hari) pada hari tersebut
              4. Ada beberapa video tular mengenai tembakan sebelum kejadian MH17 berlaku. Seperti dirancang kan?

              Dan banyak lagi persoalan yang lain dalam video dokumentari Youtube | MH-17: In Search of Truth atau korang boleh tengok di Ukr-leaks | MH-17: In Search of Truth ini yang akan buat korang berfikir Siapa Sebenar Dalang Disebalik Kejadian MH17?  Jangan risau, video ini ada sarikata atau subtitle Bahasa English, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyo, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Jerman. 

              Untuk pengetahuan korang, siasatan ini mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan dan memfokuskan pada maklumat yang tidak dinyatakan didalam laporan rasmi. Vasily Prozorov telah menubuhkan Pusat Siasatan UkrLeaks pada tahun 2019 dan bersama sama beberapa sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai siasatan/ projek tersebut. Vasily Prozorov merupakan bekas pegawai di Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) yang berkhidmat lebih daripada 15 tahun jadi tidak dinafikan pengalaman dia sangat luas dan berkredibiliti tinggi  . Beliau telah berkhidmat di SBU sehingga Januari 2018. Beliau juga telah bekerjasama dengan pihak Perkhidmatan Khas Rusia atas sebab motif ideologi sejak April 2014 dengan mendedahkan aktiviti jenayah badan politik dan ketenteraan Ukraine terhadap rakyatnya.

              Untuk maklumat lanjut mengenai video tersebut, korang boleh hubungi dan bertanya sendiri :

              Vasily Prozorov
              Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”

              Emel: ukr-leaks@inbox.lv
              Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)

              $
              0
              0
              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA) | Biasa dengar Hyaluronic Acid atau HA? Mesti korang biasa dengar jika korang pencinta kecantikan atau beauty lover. Ianya merupakan kandungan yang membantu melembabkan dan anti penuaan pada kulit wajah. Itu juga la fungsi Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini tapi Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini menggunakan 8 jenis HA dan ekstrak bahan aktif semulajadi bagi membantu kulit menyerap air dan menjadikan kulit lembab untuk jangka masa yang lama sehingga 72 jam dengan satu mask sahaja | Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask merupakan mask yang perama menggunakan 8 jenis HA untuk membantu melindungi kerosakan pada kulit wajah. Menggunakan kaedah penghidratan yang menghilangkan kotoran pada kulit dan memudahkan pertukaran oksigen pada lapisan kulit. Ianya juga membantu menjadikan kulit kusam menjadi berseri seri. Oksigen yang cukup sebenarnya menjadikan kulit kita sihat dan masa ini, kulit kita akan halus dan mulus 

              Simpton Kulit Kekeringan

              Dari tadi cik en cerita pasal kulit kering kan? Mesti korang nak tahu, apakah simpton yang menandakan kulit korang kulit kering. Simpton tersebut adalah

              • Kegatalan
              • Kulit Kusam
              • Mata Terbenam (Sunken Eyes)
              • Lingkaran gelap bawah mata
              • Garis garis halus dan kedutan

              Bagaimana Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Membantu?

              Dengan satu sheet sahaja, dengan HA, ianya menjadikan 2 lapisan yang mengandungi HA dan Miracle HA (Nano). HA akan duduk dilapisan atas dan nano terletak di bahagian bawah kulit dan ianya mengekalkan kelembapan. Selain itu Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask membantu

              • Hidritasi
              • Melembabkan
              • Mencerahkan
              • Memperbaiki/Melindungi kulit
              • Soothing
              • Refining
              • Purifying
              • Re-energizing

              Apa itu 8 Jenis Hyaluronic Acid(HA)

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask menggunakan 8 jenis HA yang mana setiapnya memberi tindakan dan eksan yang berbeza. 8 jenis tersebut adalah

              1. Hyaluronic Acid
              2. Hydrolyzed Hyaluronic Acid - membantu meningkatkan kelembapan dari dalam dan mengekalkan pada wajah
              3. Potassium Hyaluronate - Membawa air dari dalam ke bahagian luar dan memberi kelembapan pada kulit
              4. Sodium Acetylated Hyaluronate - Menarik lembapan dan udara dan mengunci pada lapisan paling luar kulit 
              5. Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate - Menyimpan air dala kulit dan membentuk lapisan moisture film
              6. Sodium Hyaluronate - Menyimpan air dala kulit dan membentuk lapisan moisturizing film
              7. Sodium Hyaluronate Crosspolymer - Menyimpan air dalam kulit dan membentuk lapisan moisturing curtains
              8. Hydrolyzed Sodium Hyaluronate - Memberi kelembapan jauh kedalam kerana molekulnya yang kecil

              Bahan Semulajadi Yang Lain

              Selain daripada 8 jenis HA, terdapat beberapa ekstrak aktif semulajadi yang menjadikan Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask lebih baik iaitu

              • Saccharide Isomerate
              • Hydrogenated Lecithin
              • Chondrus Crispus Extract
              • Arginine

              Pendapat Cik En Terhadap Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask 

              Jika sebelum ini, cik en kongsi dengan korang mengenai IMBZ AQUAGENIUS COLDMED MASK DARI AIR MATA? kali ini cik en kongsi dengan korang untuk Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask.

              Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini dibuat untuk kulit orang Malaysia memandangkan ianya made from Malaysia. Mask dia besar dan menutup keseluruhan muka cik en. Kerap sangat beli mask tapi kecil je. Tapi yang ini puas memakai. Serum dia pula tidak terlalu pekat dan cair. Tapi bila kita sentuh serumnya memang terasa likat dan lembab. Cik en dah pakai 2 sheet dan memang kulit cik en rasa lembab tapi tidak berminyak untuk sehari dua. Jadi bila pakai solekan, foundation senang blend atas muka. Korang kena cuba sendiri. Jenis mask digunakan memang berkualiti. Cik en boleh cakap satu perkataan "Best Pakai Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini"

              Kalau korang berminat bolehlah

              Harga : RM168
              Bilangan mask dalam satu kotak : 10 keping
              Laman web : http://imbz.vip/

              The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan

              $
              0
              0
              The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan | Cik en seorang yang suka bercuti. Ada trip bercuti cik en yang memenatkan seperti explore satu satu kawasan. Kepuasan itu ada sebab cik en boleh melihat tempat orang tapi dalam masa yang sama, cik en perlukan percutian yang mendamai, releks dan tenang. That why, cik en mencari cari tempat percutian yang tidak terlalu jauh dan sangat releks selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid19. Cik en survey dan cik en ada satu tempat yang tidak terlalu jauh dan persekitarannya sangat mendamaikan. Tempat tersebut adalah The Haven All Suite Resort, Ipoh Perak. Dengan konsep semulajadi atau nature menjadikan pecutian korang tenang bersama keluarga tersayang. | The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan

              The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan

              Selalunya percutian korang agak rushing nak berjalan jalan, cari kedai makan, risau keselamatan anak anak, bising, serabut, udara yang tidak sihat dan banyak lagi. Jadi semua itu akan buat korang tidak dapat merasakan percutian yang sebenar. Sedangkan percutian adalah masa untuk kita rehatkan fizikal dan mental. The Haven All Suite Resort, Ipoh adalah tempat yang paling tepat untuk percutian yang tenang, selamat dan selesa di setiap tempat. Disebabkan itulah dipanggil The Haven yang membawa maksud syurga.

              The Haven All Suite Resort, Ipoh ini kalau korang melalui Lebuhraya PLUS Utara Selatan, korang perlu keluar  tol Ipoh dan susur Tambun. Macam cik en dari Sitiawan, hanya melalui lebuhraya WCE dan turun lebuhraya Ipoh Lumut untuk sampai ke Ipoh. The Haven All Suite Resort, Ipoh terletak selepas Lost World Tambun dan Banjaran Hotspring. Sebelum masuk ke kawasan The Haven All Suite Resort, Ipoh, korang kena melalui security guard. Yang bestnya, security guard akan ceritakan secara asas apabila masuk ke dalam The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. Memang laju dan rasanya setiap orang yang masuk, dia akan bercerita secara ringkas, padat dan laju. Mesti uncle itu kerja lama disitu. Terhibur rasanya. ahhahaha

              Selesai semuanya di guard, cik en pun masuk ke dalam dan kiri kanan dipenuhi pokok pokok yang merimbun, rasa sejuk je. The Haven All Suite Resort, Ipoh mempunyai 3 buah apartment yang diberi nama Acacia, Banyan dan Cycas. Bahagian reception terletak di Banyan yang merupakan apartment tengah. Nak cari parking memang senang, ada outdoor dan parking bertingkat. So jangan risau juga, setiap parking ini berhampiran dengan pintu masuk bangunan. Selesai pendaftaran dan pemeriksaan suhu yang merupakan SOP Covid19, cik en terus ke bilik untuk berehat. 

              Cik en dapat Apartment Banyan, tingkat 13. Jangan risau, semuanya menghadap permandangan indah. Sama rata setiap bilik dan yang berbeza ketinggian dan kedudukan. Sebagai langkah keselamatan, access card digunakan didalam lif untuk ketingkat yang kita duduk. Sampai sahaja apartment cik en, cik en buka dan rasa teruja betul. Cantik, kemas dan semestinya ada balkoni. 

              Cik en memilih 3 Bedroom Lakeview Executive Suiteyang boleh memuatkan 8 orang. Apa yang ada untuk 3 Bedroom Lakeview Executive Suite?

              • Bilik Utama

                1. 2 katil single (boleh juga request, king atau queen bed)
                2. TV
                3. Bilik air dengan shower
                4. Hot Water
                5. Bathtub
                6. Hairdryer In Room
                7. Iron
                8. Iron Board
                9. Safety Deposit
                10. Tingkap dan view
                11. Almari dengan cermin besar
                12. 2 baju tidur
                13. Meja dan kerusi
                14. Penghawa dingin

              • Bilik Ke 2

                1. 2 katil single (boleh juga request, king atau queen bed)
                2. Bilik air dengan shower
                3. Hot Water
                4. Safety Deposit
                5. Tingkap dengan view
                6. Almari dengan cermin besar
                7. 2 baju tidur
                8. Telefon
                9. Penghawa dingin

              • Bilik ke3

                1. 1 katil single
                2. Ada tingkap tapi tiada view
                3. Meja dan Kerusi
                4. Penghawa dingin

              • Ruang Makan

                1. Peti Ais
                2. Microvawe
                3. Dapur elektrik
                4. Mesin Kopi
                5. Makanan ringan/minuman
                6. Air Tapis (Coway)
                7. Sinki
                8. Meja makan 
                9. Penghawa dingin

              • Ruang Tamu

                1. TV dengan siaran HBO, MTV dll
                2. Sofa
                3. 2 Kerusi 
                4. Telefon
                5. Penghawa Dingin

              • Balconi

                1. Permandangan gunung dan tasik
                2. 2 kerusi dan 1 meja

              • 1 bilik untuk sidai baju
              • Wifi dengan high speed
              • Keluasan apartment 135 m2 / 1453 ft2
              • Grill di pintu masuk aprtment
              • Tempat letak kasut 

              Lengkap kan? Complete dan terasa macam duduk di rumah dengan permandangan yang mendamaikan. So duduk dalam apartment pun dah terasa releks. Untuk versi video korang boleh tengok di The Haven All Suite Resort Ipohby Eintan Nurfuzie. Tapi cik en nak kongsi dengan korang apa lagi yang korang boleh explore dan cuba di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. 

              Kemudahan lain yang ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh

              Ini antara yang sempat cik en explore dan cik en akan kongsi juga kemudahan lain yang cik en tak sempat nk explore okey? Manatau korang nak tahu keseluruhan kemudahan yang ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh. Masa dibuka dan lokasi nanti korang boleh tanya di bahagian reception. 

              • Junior Playroom
              Bilik ini sangat sesuai untuk anak anak pelbagai usia. Ada permainan, TV, bilik bacaan, bilik komputer, bilik permainan playground, dan ada seekor Guinea Pig yang mana anak anak boleh bermain

              • Dinosaur
              Diletakkan seekor replika dinosaur dihadapan 1 bukit batu yang dipanggil Rockhaven untuk anak anak. Disini korang boleh menangkap gambar. Simbolik dinasour ini adalah Rockhaven telah wujud pada zaman dinasour lagi. 

              • Lake Viewing Deck
              Deck ini sangat sesuai kalau nak dijadikan tempat bergambar. deck jenis kayu ini kecil dan berada di tepi tasik. Sangat sesuai untuk private weeding. Ala ala English style. Tapi tak boleh ramai around dalam 50 orang. Boleh ditempah dengan The Haven All Suite Resort, Ipoh atau Love And Love

              • Meditation Deck/Yoga
              Dibahagian ini sangat tenang dan tak ramai orang. Jadi sesiapa yang sukakan Yoga boleh la buat aktiviti ini disini

              • Jogging Track 
              Jogging track ini sepanjang 600 meter melalui tasik dan rimbunan pokok. Mendamaikan dan sangat menenangkan. Ini kalau round 10 kali tak terasa. Hahahahha

              • Amphitheatre by The Lake
              Disini adalah tempat paling sesuai untuk korang hayati view The Haven All Suite Resort, Ipoh. Disini nanti korang akan nampak 3 bangunan The Haven All Suite Resort, Ipoh mempunyai 3 warna car berbeza. Dibawah sekali bewarna kehijauan, dipertengahan bewarna kehijauan kebiruan dan tungkat atas akan nampak warna kebiruan. Ianya untuk memberi impak ketenangan antara bangunan dan persekitaran

              • Swimming Pool
              Keunikan swimming pool di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini adalah swimming pool dia yang besar dan berbentuk kuda laut. Ada 5 jenis kolam yang disediakan iaitu Jacuzzi, Leisure Pool, Lap Pool, Children Pool dan Wading Pool. Dibuka seawal 7 pagi sampai 10 malam. Kalau korang mandi malam, korang nampak view sendiri disebabkan swimming pool dibina dengan kaca jernih. 

              • Outdoor Playground
              Ini memang tempat kegemaran kanak kanak. Yang mana dah bosan di Junior Playground boleh ke sini dan semestinya semua enjoy. 

              • Clubhouse
              Korang kalau datang tempat yang ada clubhouse, please korang explore semua. Tapi cik en tak sempat nak explore semua disebabkan masa tak mencukupi. Clubhouse di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini menawarkan Gym Room, Table Tennis Room, Badminton Court, Squash Court, The Haven Spa dan Herbs Garden

              • Cuisines Restaurant
              Cuisines Restaurant menyediakan makanan dan minuman yang bebas bahan perasa kerana konsep mereka yang nature. Jadi korang yang makan di restaurant ini jangan risau banyak pak aji sebabnya ianya menggunakan bahan semulajadi, bahan basah yang segar dan dibeli setiap hari. Bukannya sejuk beku. 

              • Outdoor Activity
              Sesiapa yang sukakan aktiviti outdoor, ada juga aktiviti untuk korang. The Haven All Suite Resort, Ipoh menyediakan Basketball Court, Tennis Court, Perkhdimatan sewa basikal, Archery dan The Havens Captivating Adventure. Sesiapa yang nak buat aktiviti bersama anak anak waktu malam, The Haven All Suite Resort, Ipoh juga menyediakan Camp Site dan boleh BBQ beserta tidur di khemah. 

              • Organic Farm

              Disebabkan The Haven All Suite Resort, Ipoh menggunakan konsep nature, jadi pihak pengurusan menyediakan satu organic farm. Jadi anak anak yang tak pernah kenal sayuran sayuran asal boleh la melawat tempat ini.

              Pendapat Jujur Cik EN Menginap di The Haven All Suite Resort, Ipoh

              Cik en menginap di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini selama 3 hari 2 malam. Satu cik en nak cakap Awesome! Tapi tak cukup masa untuk cik en explore semua.

              Bilik - Biliknya memang mewah dan lengkap ini memang buat korang tak perlu keluar. Lengkap dan mungkin korang takkan terasa masa berlalu. Privasi bersama keluarga takkan diganggu dengan bunyi bunyi bising ditambah suasananya yang tenang dan damai

              Keselamatan - Selain daripada security guard, keselamatan disekitar swimming pool, sekitar track jogging sangat memuaskan.. Dengan norma baru, pihak The Haven All Suite Resort, Ipoh juga mengamalkan SOP yang terbaik untuk client mereka.

              Tempat - Yang ini cik en rasa tak banyak resort yang boleh menyediakan tempat seperti The Haven All Suite Resort, Ipoh. Jauh dari hiruk pikuk kota, bunyi kenderaan, bunyi bising dan tempatnya sangat strategik. Tidak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan

              Makanan - Disebabkan covid, makanan disini dihidang dan tiada buffet, Cik en boleh pilih makanan apa dan pihak restaurant akan sediakan dan serve di meja. Makanan dia sedap walaupun tak menggunakan MSG atau perasa tambahan tapi tak cukuppppp.. ahahahha Sebab sedap sangat. Ada satu air yang korang patut cuba bila datang ke restaurant di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. Nature Drink eksklusif ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh sahaja.

              Suasana - Sangat tenang dan kalau korang masuk The Haven All Suite Resort, Ipoh dengan fizikal dan mental negatif, korang akan keluar nanti dengan diri yang baru dan sangat POSITIF. Bercuti yang sangat berkualiti apabila memilih The Haven All Suite Resort, Ipoh sebagai pilihan.

              Jika korang nak ketahui lebih banyak info dan harga mengenai bilik di The Haven All Suite Resort, Ipoh korang boleh layari web dan sosial media di bawah

              Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini

              $
              0
              0
              Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini | Ramai adik adik yang datang klinik cik en dan menyatakan seronok jadi macam akak. Seronok sebab bermain kucing dan anjing setiap hari. dapat diagnosis penyakit kucing dan merawat sehingga baik. Apa yang adik itu nampak adalah satu sisi dan adik itu masih tak nampak sisi yang lain. Dimana vet itu bekerja, dibawah jabatan, klinik swasta, ladang, logi dan lain lain, masing masing ada cabaran yang berlainan. Disini cik en nak kongsi dengan korang cabaran menjadi vet di klinik kerajaan. | Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini

              Seronok Jadi Vet? Fikirkan Selepas Baca Entri Ini

              Nampak seronok jadi vet, merawat kucing, anjing, dan semua haiwan yang di bawa ke klinik kan? Tapi hakikatnya apabila kita bekerja dengan 2 spesis iaitu haiwan dan manusia, ianya sangat stress. Dengan haiwan, cik en perlu diagnosis sakit atau masalah haiwan tersebut. Haiwan tak boleh bercakap untuk kita tahu, dimana ia sakit. Jadi cik en perlu menjalankan pemeriksaan fizikal pada haiwan tersebut.

              Jika cik en tak boleh mencari masalah pada fizikal haiwan, cik en akan bertanya kepada pemilik haiwan tersebut untuk ketahui history atau sejarah haiwan itu. Ada pemilik yang tahu, ada pemilik yang tak tahu atas alasan "tak perasan""kucing outdoor""sibuk bekerja" dan lain lain lagi. Jadi disinilah masa untuk cik en berfikir untuk mengetahui sakit kucing tersebut.